KEJAR 15

Other Completed 44531

3 bulan kemudian..

United kingdom,London.

Irish berlari-lari anak di sekeliling kotejnya. Segarnya udara!!

Nampaknya pilihan Irish untuk tinggal di sebuah perkampungan kecil lama di sekitar London adalah tepat.

Tinggal di London tidak semestinya perlu menghadap hiruk pikuk kota metropolitan itu.

Walaupun tinggal di perkampungan lama itu,Irish tetap merasa gembira kerana Adam kelihatan lebih sihat disini.

"Good Morning Mrs Robert!" Irish melambaikan tangannya kepada jiran Inggerisnya.

"Hi,good morning too! Have a nice day??" Mrs Robert berhenti sebentar untuk berbual dengan Irish.

"Haha..perhaps. Where is Dean and Lily??" Irish bertanya tentang anak kembar Mrs Robert.

"At town",

"Shopping huh?

"Haha..yaa..They seems like wanna burn all my money..kids", Mrs. Robert ketawa.

"Haha.. Soon, I will get into the same trouble too",

"Yaa..its took a lot of responsibility.. Its not easy to be a mother. Right??"

"Yaa...right.Eh..got to go. Its been an half an hour I left Adam at the house. See you again",

"Okey.. bye!!" Mrs Robert memandu keretanya ke bandar.

..............................................................

"Mama..bila kita nak balik rumah?"

"Balik rumah?? Kitakan memang ada dekat rumah", kata Irish yang sedang memasak spagetti bolognise khas untuk Adam.

"Tak.Rumah kita yang dekat Malaysia. Adam rindu dengan rumah kita,atuk,nenek,papa", Adam membalas.

"Papa??"

"Uncle Harren lah mama. Kan Adam panggil dia papa", Adam menjawab selamba.

Irish terdiam.Dia masih tidak tahu bagaimana keadaan Harren di Malaysia. Adakah dia sihat??

Tiba-tiba fikirannya terawang-awang tentang Rezza. Yaa..Rezza.

Bahagiakah dia??

Jujur,perasaan sayang itu masih ada namun setelah terfikir tentang Dayana Batrisya, Irish segera mengikis perasaan itu. Dia tidak mahu menyakiti hati manusia sebaik Dayana.

"Mama?"

"Ye sayang?"

"Adam suka kalau uncle Harren betul-betul jadi papa Adam", Adam berkata sebelum berlalu ke ruang tamu.

............................................................

December 2013..

"Adam! Jangan main salji tu. Kang demam!" Irish mengejar Adam yang sudah bergolek-golek di atas salji.

Kesejukkan tidak terkata menusuk segenap tulang. Irish menggigil kesejukkan. Malaysia tetap Malaysia.

Nampaknya iklim disini memang tidak sesuai untuk Irish.

Adam yang dipaksa masuk sudah mencebik bibir. Keinginan untuk bergolek-golek dalam salji seperti cerita kartun di tv sudah terbantut.

"Assalamualaikum", Irish terdengar satu suara lemah memberi salam sebelum dia terdengar bunyi benda jatuh.

"Ya Allah!" Irish segera menerpa ke arah tubuh itu. Dengan kudrat yang ada, Irish segera memapah wanita itu masuk kedalam rumah.

Irish membaringkan wanita itu diatas katil sebelum memasang pemanas udara.

Irish hampir terjerit setelah dia benar-benar mengenali seraut wajah pucat itu.

Dayana!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience