KEJAR 20

Other Completed 44531

"Selamat pagi", Irish menyapa Dayana yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.

"Eh..Irish.Marilah sini teman Dayana", Dayana menggamit Irish.

Irish berlari-lari anak ke arah Dayana.

"Dah mandi ke belum?" Dayana menyoal.

"Hehe..belum.Nak pergi mandi lah ni", Irish mengundur kebelakang setelah dapat mengagak apa yang akan terjadi.

Dayana memancutkan air ke arah Irish. Mandi time!

"Ooh,main kasar ye!" Irish merampas getah paip itu daripada Dayana lalu membalas balik.

Setelah penat bermain akhirnya mereka terduduk kepenatan. Habis lencun mereka berdua.

"Astaghfirullah budak bertuah dua orang ni! Mak Som suruh siram bunga bukan mandi bunga. Demam karang!" Mak Som memarahi Dayana dan Irish.

"Maafkan kami Mak Som", Irish dan Dayana menjawab serentak sambil ketawa terkekek.

Irish melarikan dirinya ke kamar mandi. Sebelum dia dimarahi lebih baik dia membersihkan diri.

"Aduh!" Irish memegang dahinya yang terasa perit.

'Siapa pula letak dinding dekat depan kamar mandi ni?' Irish mengomel.

"Haih,nak cepat sangat sampai tak nampak saya ke?" Rezza memerli.

Irish mengigit bibir. Aduh..ku sangkakan dinding..

"Hah..basah ni kenapa?? Rasanya tak hujan pun", Rezza memegang baju Irish yang basah lencun.

"Err..aa.. tadi main air dengan Dayana", Irish berkata sambil memandang lantai. Tidak berani menatap wajah Rezza. Takut dimarahi.

"Eee..dah besar panjang pun main air. Nak kena ni", Rezza menolak tubuh Irish rapat ke dinding.

"A..awak.. nak buat apa?" Irish menolak dada bidang Rezza.

"Nak tengok muka awak dekat-dekat. Muka budak nakal", Rezza ketawa kecil. Kelakarnya tengok wajah Irish yang ketakutan. Ni lah balasannya sebab semalam tolak Rezza dari katil. Terpaksa tidur atas lantai.

"Siapa nakal? Wahai Encik Pengawas.. sila lepaskan saya.Saya tidak bersalah", Irish meronta.

" Encik Pengawas ye.. 'Encik Pengawas yang mencuri hati saya..jahat sungguh awak..' Macam tu eh?" Rezza membalas.

'Aik? aku kenal ayat itu..Takkan lah??'

" Awak pernah baca diari saya!?" Irish menyoal. Dia sudah berjaya meloloskan diri dari Rezza.

Kini Rezza pula yang terperangkap. Irish memulas tangan Rezza kebelakang.

"Aduh! Sakitlah sayang oi", Rezza mengaduh. Kuat juga tenaga Irish ni. Nampaknya tak boleh pandang dia sebelah mata ni.

"Jawab dulu. Pernah baca diari saya kan?" Irish menyoal sekali lagi.

"Okay, saya mengaku. Saya pernah baca.Tapi tak banyak pun. Harren marah", Rezza akhirnya mengaku.

Jadi,dari dulu lagilah Rezza tahu aku suka dia?? Oh tidak!! Malunya..

Irish melepaskan lengan Rezza sebelum merempuh ke dalam kamar mandi.

Malunya tak terhingga. Kenapa Harren tak bagitahu dia??

Irish memasang pancuran air sehingga hadnya dengan harapan agar malunya terbasuh sekali kot.

"Irish..maaflah..saya tak sengaja. Bukalah pintu ni", Rezza mengetuk pintu.

"Orang nak mandilah",Irish menjawab dari dalam kamar mandi.

Rezza ketawa. Seronok menyakat Irish sampai lupa nak buat apa.

Rezza menyedari yang Irish terlupa membawa tuala. Haa..gotcha!

Hampir setengah jam menunggu akhirnya dia mendengar suara Irish dari dalam kamar mandi.

"Awak?"

"Hello..ada orang kat luar tak?"

Tiada jawapan. Irish yakin bahawa tiada orang diluar lalu dia dengan perlahan-lahan membuka pintu.

"Aaahh!" Irish terjerit.

Tidak!! Tak sangka Rezza main kotor. Habis! Dia nampak aku seksi-seksi macam ni.

"Ehem..tak mahu tuala ke? Ke nak buat free show untuk saya?" Rezza menayangkan tuala di hadapan Irish.

"Baklah sini..hhuhu", Irish merengek.Aduh malunya..nasib baik aku pakai T shirt loose;milik Rezza rasanya..

"Comel awak pakai baju saya. Rasa macam tak mahu bagi tuala ni je", Rezza menyorokkan tuala itu dibelakangnya.

Irish terlopong. Aduh... Main-main pula.

Irish cuba merebut tuala itu dari Rezza namun apakan daya,Rezza lebih pantas.

Rezza berundur ke belakang perlahan-lahan. Malang nasibnya dia terlanggar hujung katil lalu terjatuh ke atas katil.

Lebih malang apabila Irish terjatuh atasnya.

"Beratnya awak", Rezza merangkul pinggang Irish.

"Hei..mana ada. Lepaskan saya. Nak pakai baju. Baklah tuala tu", Irish meronta-ronta. Semakin dia meronta semakin erat pelukan Rezza.

"Awak tahu tak,Ibu cakap dia nak cucu cepat", Rezza berbisik perlahan.

"Merepek apa? Orang nak tuala tu la..Bak laa", Irish merengek.

Rezza menarik nafas panjang. Haih..terpaksa mengalah.

"Yelah..Nah", Rezza menghulurkan tuala lalu mencebik bibir.

"Terima kasih Encik Pengawas",Irish menghadiahkan ciuman kepada Rezza.

Rezza kelu. Wah.. Irish cium akulah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience