KEJAR 12

Other Completed 44531

Akhirnya,aku kecundang dalam mengejar cinta. Dia sudah sah menjadi milik orang. Aku harus pergi. Tiada ruang lagi untuk aku.

Seharusnya aku sedar dari dulu lagi. Mungkin ia tidak akan sepedih ini jika aku mengalah dulu.

Irish menyeka air matanya yang masih terus mengalir bak anak sungai. Dia sempat mengerling ke arah Adam yang sudah pun terlelap di dalam kereta.

Irish mendongak memandang langit. Lantas dia teringat kata-kata seseorang. 'Jika sedih pandanglah langit,kiralah bintang.. sebelum kau habis mengira aku pasti datang'.

Irish mula mengira bintang-bintang di langit.

"36,37,38",

"Jika sedih pandanglah langit,kiralah bintang, sebelum kau habis mengira aku pasti datang",

Irish menoleh ke belakang seraya terdengar ungkapan itu. Harren!!

"Macam mana kau???"

"Kan aku pernah kata,sebelum kau habis kira aku akan datang?? Tak jelas lagi??" Harren duduk bersila sambil bersandar di perdu pokok membelakangkan aku.

"Aku ingat kau main-main je. Hahaha. Macam mana kau tahu aku ada kat sini??"

" Naluri hati yang memandu aku kesini", Harren membalas. Matanya tidak lepas melihat kerlipan bintang di langit kelam.

"Cewaahh.. Ayat. Yelah Harren. Apa-apa ajelah", Aku ketawa kecil mendengar tutur kata Harren. Namun aku merasakan degupan kecil di sudut hatiku yang aku sendiri tidak dapat mentafsirkannya.

"Kau nak tahu tak..sebenarnya aku suka kat kau", terang Harren. Entah mengapa malam ini dia mendapat keberanian untuk meluahkan perasaannya.

Irish menarik nafas panjang. Benar telahannya. Harren memang ada menyimpan perasaan terhadapnya.

"Betul ke? Cerita lah kenapa kau suka dekat aku?" Irish berlagak tenang sedangkan hatinya hanya Allah yang tahu.

Harren terdiam seketika mencari ayat yang sesuai.

"Aku suka kau sejak hari pertama aku jumpa kau,first day kau masuk sekolah. Muka kau sebiji macam arwah adik aku. Aku terkejut sangat.

Mulanya aku cuma rasa sayang terhadap kau kerana kau macam Adreana tapi lama kelamaan perasaan tu berubah menjadi cinta.

Tapi aku hampa, ternyata kau sukakan Rezza.Kawan baik aku sendiri. Aku betul-betul kecewa. Tapi aku lagi kecewa sebab cinta kau tak kesampaian.

Berkali-kali aku hampir terlepas cakap pada Rezza tentang perasaan kau dekat dia tapi aku tak nak semuanya jadi lebih teruk. Satu je yang ada dalam otak aku masa itu,kebahagiaan kau.

Lepas SPM, aku cuba lupakan kau dan mengambil keputusan untuk tak berjumpa kau. Aku tukar nombor telefon. Tapi semakin lama aku sedar yang aku memang tak mampu lupakan kau", Harren berkata panjang. Matanya kelihatan tenang memandang langit bagaikan sudah pasrah untuk menanti jawapan dari Irish.

Irish hampir menangis mendengar pengakuan ikhlas Harren.Dia tidak menyangka dalam pada dia mencintai Rezza ada seorang lagi insan yang setia menunggunya.

" Terima kasih Harren sebab sudi mencintai aku yang serba kekurangan..Maafkan aku kerana buta tidak menyedari kehadiran kau",

"Hati ni sudah betah dengan kekecewaan Irish. Tak apa", Harren tersenyum nipis.

Irish mengigit bibir. Hatinya pedih melihat keadaan Harren. Terlintas di fikirannya, salahkah jika dia memberikan sekelumit peluang kepada Harren??

Irish nekad dengan keputusannya. Baginya ini adalah yang terbaik.

"Harren,hulurkan tangan kau",

Harren memandang hairan namun dia tetap menghulurkan tangannya.

Irish mengagau beg tangannya lalu mengapai secebis kertas lantas mencoret sesuatu.

Selesai mencoret, Irish menggulung kertas itu sekecil mungkin lalu memasukkannya ke dalam sebuah botol kecil yang merupakan seutas rantai kunci.

"Nah", Irish meletakkan rantai kunci itu di atas tapak tangan Harren.

"Apa ni?"

"Ni janji aku pada kau. kalau aku kembali satu hari nanti buka botol ni dan kau akan tahu jawapannya ",

"Kau nak pergi mana??"

"Mana-mana je Harren..Jauh lagi baik", aku berkata sambil memandang langit.

Selamat tinggal cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience