KEJAR 10

Other Completed 44531

"Adam, aaaa", aku menyuakan sudu ke mulut Adam.

"Ma,si dap kan gi", Adam bercakap dengan mulut yang penuh dengan nasi.

"Ma si dap kan gi?? Apa awak merepek ni budak kecik?" aku menyoal sambil menampar lembut paha Adam.

Adam menelan baki nasi dalam mulutnya lalu mencapai gelas berisi air lalu diteguknya beberapa kali. Adam menarik nafas panjang.

"Ma, Adam cakap,nasi sedap nak makan lagi. Tu pun mama tak faham", Adam mencebik.

"Eleh, cakap pun omomomomom cemana orang nak faham. Eee..poyonya", aku mengusik Adam.

"Mana ada Adam cakap omomomomom", Adam membalas. Dia menarik muka.

"Ala,samalah tu. Haaa, mulut tu muncung lagi kang mama ikat dengan getah sayur", aku mengugut.

"Garangnya mama ni", satu suara menyapa dari belakang. Untung saja pinggan yang dipegang Irish tidak terlepas.

"Hoi pakcik, buat terkejut je. Tak reti nak bagi salam ke hah?" Aku memarahi Harren yang selamba dek sahaja masuk ke dalam rumah ku.

"Haha,opss! Assalamualaikum mama,assalamualaikum Adam", Harren masih lagi sakan mengusik.

"Waalaikumusalam papa!" Adam meloncat-loncat keriangan ke dakapan Harren. Eleh....

"Eei,gediknya dua-dua orang ni. Sekeh kang", aku bercekak pinggang. Adam ni pun satu,sesuka hati je nak panggil si pakcik bajet handsome tu papa.

"Ala,biarlah Adam ni nak manja-manja dengan aku. Apa salahnya?? Ke mama Adam yang jeles?? Tak boleh manja-manja?? Alolo,meh sini",

"Pernah makan kaki tak?? Kalau tak pernah meh aku bagi kau rasa sikit", aku menjeling Harren.

" Haha,kaki besar tu aku boleh makan dua kali ganda lah", Harren menyengih.

"Merepek suka. Hah,kenapa datang tiba-tiba ke teratak indah permai aku ni??"

"Permailah sangat. Actually aku nak bagi kau sesuatu", Harren mengeluarkan sampul dari poket belakangnya.

" Apa tu??" aku menyoal kehairanan.

"Ni.....kad kahwin...Rezza", Harren berkata perlahan. Mungkin tidak mahu aku sedih.

"Ouh..Bila?" aku cuba mengekalkan nada biasa ku. Tak mahu Adam dan Harren melihat air mata ku yang mungkin bila-bila masa sahaja akan gugur.

"Minggu depan. Hari Sabtu. Rezza cakap,dia harap kau boleh datang. Yelah..kau kan kawan kitorang", Harren membalas.

"Yaa..haha..Kawan", aku tersenyum hambar. Aku teringat janjiku dengan abang Feer. Semuanya dah berakhir.

"Irish..", Harren menarik lengan baju ku menjauhi Adam yang sedang sibuk menyusun mainannya di rak.

" Aku tahu apa yang kau tengah fikirkan. Aku faham Irish. Tapi ni semua dah takdir. Mungkin jodoh kau bukan dengan dia",

"Aku...tapi..aku..", Irish tidak dapat menghabiskan ayatnya. Selama ini dia cuma berlagak biasa. Dia cuba untuk tidak menunjukkan perasaannya terhadap Rezza.

Tapi tiada siapa yang tahu sedalam mana rasa cintanya terhadap Rezza. Betapa dia begitu menyayangi insan yang sudah menjadi tunangan orang itu.

"Irish,lupakan Rezza. Dia bukan untuk kau",

"Kau tahukan Harren? Dia cinta pertama aku. Susah...",

"Aku faham. Cinta pertama aku juga bukan milik aku. Kalau kau nak pergi wedding dia,call aku. I'll pick you up next saturday", Harren berkata. Aku merasakan sesuatu dalam nadanya itu.

"Insha Allah. I'll tell you later", aku mengangguk perlahan.

"Macam yang aku cakap dulu,aku boleh jaga kau. It's up to you. Assalamualaikum", Harren pergi tanpa menoleh ke belakang. Dia tidak mahu Irish sedar akan perubahan riak wajahnya.

"Waalaikumusalam", aku menjawab perlahan.Aku yakin ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik kata-kata Harren.

"Mama,why not you marry with uncle Harren?? He so kind and handsome. Don't you realize he look like uncle titanic?"Adam mencelah.

"Haha.. how can I marry him if I dont love him darling?? and,who's uncle Titanic??"

"Hmm, that guy who starring Titanic. Hmm..Leo..Caprio..", berkerut kerut dahi Adam memikirkannya.

"Leonardo De Caprio??"Haha.mana kenal dia ni??"

"Auntie Qira yang bagitahu. Dia cakap uncle Harren handsome macam Leonardo Prioprio",

"It's Leonardo De Caprio lah. Haha.. apalah si Qira ni.Mengajar yang bukan-bukan je",

"Whatever mama", Adam berkata sambil menyambung kerjanya semula.

"Duh".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience