KEJAR 32

Other Completed 44531

2 tahun kemudian...

Perginya seorang Irish... melenyapkan satu lagi keindahan di muka bumi ini...

Perginya seorang Irish... meninggalkan sebuah hati yang sarat merindu...

Perginya seorang Irish ...

takkan hilang cinta dihati...

Tenanglah sayang..

akan kutemu engkau disana...

"Papa, kenapa papa nangis??" Adam memegang erat tangan Harren.

"Tak ada apa-apa sayang. Mata papa masuk habuk aje ni", Harren berdalih. Tangannya perlahan-lahan mengusap pipi Adam.

"Papa rindu mama??" Adam menyoal lagi.

Harren tersenyum. Dia mendongak langit malam.

'Jika sedih pandanglah langit,kiralah bintang.. sebelum kau habis kira aku pasti datang'

Harren terkenang akan ayat itu. Ayat yang menjadi saksi pengakuan cintanya pada Irish 2 tahun yang lalu.

"Rindu...", Harren membalas. Dia menarik Adam ke dalam pelukkannya. Anak kecil itulah pengubat rindunya kepada Irish.

"Tsk..tsk..", kedengaran bunyi tangisan dari dalam rumah.

Adam berlari-lari masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan adik kembarnya sambil disusuli Harren.

"Shh.. Haraz jangan nangis. Tidurlah.. nanti esok kita main sama-sama", Adam yang berusia enam tahun itu menepuk-nepuk paha adik kecilnya yang kelihatan gelisah.

"Mama..." Haraz menyebut dalam lelapnya. Harren hampir menangis mendengar perkataan yang lahir dari kanak-kanak yang tidak pernah menemui ibunya.

Adam mencium lembut pipi adiknya lalu baring di antara Haraz dan Asya yang sedang lelap tidur.

"Adam rindu mama..", setitik air matanya jatuh sebelum dipejamkan. Berharap agar ketemu ibunya di alam mimpi.

................................................……………

"Hana, kamu dah makan ke?" Mak Mila menyoal anak gadisnya. Sejak semalam dia mengurung diri. Makan pun tak nak.

"Sudah mak. Hana makan masa mak pergi rumah makcik Tijah tadi",Hana menjawab. Dia baring menghadap siling. Kelam. Cuma itu yang dilihatnya.

"Yelah tu. Jangan nak membohong mak. Nasi atas meja tu tak berusik pun",Mak Mila duduk di sisi Hana.

"Ala mak ni. Betullah orang dah makan tadi. Orang makan biskut aje", Hana membalas. Dia meraba-raba untuk mencapai lengan emaknya lalu dipeluk erat.

"Mak, muka Hana macam mana erk? Teringin nak tengok muka sendiri tapi....", kata-kata Hana putus.

Mak Mila mengusap pipi Hana. Kasihan gadis itu.

"Hana cantik sangat. Hana ada lesung pipit dan tahi lalat di pipi kanan Hana", jelas Mak Mila.

"Setiap kali Hana tanya mak, pasti tu jawapannya. Hana teringin sangat nak tengok wajah Hana, wajah mak tapi Hana kan buta", keluh Hana. Dia meraba matanya lagi. Andai saja dia bisa melihat.

"Tapi kan mak, siapa lelaki yang selalu muncul dalam mimpi Hana?? Kenapa Hana rasa macam pernah tengok dia sedangkan mak kata Hana buta dari kecil?? Hana boleh bayangkan wajah dia. Dia pun ada lesung pipit tapi cuma sebelah pada pipi kanan. Handsome dia mak", Hana mengadu lagi. Dia sering termimpi tentang lelaki itu semenjak dua tahun lepas.

"Entahlah nak, mak pun tak tahu. Mungkin tu bayangkan kamu aje kot. Hmm, betul ke kamu nak ke KL?? Apa yang kamu boleh buat kat sana??"soal Mak Mila. Hana telah meluahkan hasratnya untuk ke Kuala Lumpur untuk menyertai Yayasan Orang Buta disana.

"Ye mak, Hana rasa kalau Hana terus tinggal di kampung ni, tak ada apa yang boleh Hana sumbangkan. Kat sana nanti, Hana boleh belajar macam-macam", balas Hana cuba untuk meyakinkan emaknya.

" Hmm..suka hati kamu la. Mak dah tolong kemaskan baju kamu. Kalau ada apa-apa bagi tahu emak aje", Mak Mila menggeleng kepala. Dia segera berlalu ke dapur.

"Jika sedih pandanglah langit,kiralah bintang.. sebelum kau habis kira aku pasti datang" Hana menggumam perlahan. Ayat itu tiba-tiba terlintas di fikirannya. Dia merasa amat tenang sekali.

……………………………………………………

"Hana, cepatlah. Pak Usu dah tunggu tu. Kau ni lambat betullah", Maya sepupu Hana sudah bercekak pinggang di hadapan pintu rumah.

"Sabarlah Mak Cik. Aku pun tak suka nak lambat tapi masalahnya aku buta, tak nampak apa, mana nak cepat?" Hana mengomel. Nasib dia tidak tersadung kerusi sebentar tadi.

"Ops..maaf! Hah, meh sini aku pimpin ye", Maya memegang bahu Hana sebelum membawanya ke dalam perut kereta.

"Hana", Mak Mila memanggil sayu. Sedih hatinya melihat satu-satunya anak gadisnya hendak berhijrah.

"Ye Mak?? Ala, mak nangis eh?? Mak ni, bukan jauh pun KL tu dengan Ipoh ni hah. Tak sampai berapa jam pun. Bukannya Hana pergi London", Hana mengesat pipi emaknya yang basah.

"Mana ada mak nangis. Peluh ni. Sekarangkan panas ya amat. Haih, hati-hati ye nak dekat sana. Jangan sembarangan ikut orang yang tak kenal", Mak Mila memeluk erat tubuh Hana.

"Yelah Mak. Hah, Hana pergi dulu. Mak jangan nakal-nakal tau. Assalamualaikum mak!" Hana mengucup pipi tua Mak Mila sebelum ditarik oleh Maya ke dalam kereta.

"Ada pulak suruh aku jangan nakal, haih, Hana.. Hana", Mak Mila mengomel sambil melihat kereta tua Pak Usu memecut laju.

..............................................................

Hana mengagau-gagau sekeliling.Muncul perasaan gentar dalam jiwanya tatkala berada di tempat asing ini.

Maya masih belum kembali dari tandas. Sudah 10 minit Hana menunggu di meja makan.

Dek kerana terlampau bosan, Hana menyanyi-nyanyi kecil.

"Mama??" satu suara kecil menganggu Hana. Dia merasakan cuitan kecil di jarinya.

"Mama??" Hana menyoal kembali apabila anak kecil itu memeluknya erat.

"Adik cari mama adik ye?? Adik sesat??" Hana menyoal. Dia mengusap rambut lembut anak itu. Dia terasa dekat sekali.

"Mama, Adam rindukan mama", Adam mengogoi dalam pelukan Hana.

" Dik?? Adik salah orang ni. Akak bukan mama adik", Hana berkata. Tiba-tiba dia disapa seseorang.

"Irish!!" Harren kaget. Setiap degupan jantungnya terasa terhenti. Dia kaku apabila melihat Irish yang masih hidup.

"Encik, encik salah orang ni. Saya bukan Irish. Saya Farhana", Hana segera bangkit. Peduli lah terlanggar meja.

"Tak mungkin. Awak memang Irish. Saya tak salah. Awak Irish", Harren menafikannya. Dia amat mengenalo wajah dan susuk tubuh itu.

Hana menggeleng. Dia cuba untuk pergi namun lengan bajunya ditarik oleh Harren.

"Jika kau sedih, pandanglah langit, kiralah bintang..." Harren menggumam. Kalau gadis yang mirip Irish itu bisa menyambung ayatnya sah gadis itu memang Irish.

Hana kelu. Ayat itu....

"Sebelum kau habis mengira, aku pasti datang", Hana membalas perlahan.

Harren tersenyum riang. Assalamualaikum cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience