KEJAR 4

Other Completed 44531

Langit biru kosong lagi...

sama seperti aku..

Biru pudar,kusam warnanya..

Menanti warna tujuh pelangi..

"Mama buat apa??" Adam menarik hujung bajuku. Haih kacau line lah si kecik ni.

"Mama tengah menulis je ni.Kenapa?? Awak nak join ke?", aku mengigit lembut pipi Adam. Berteriakkan Adam kerana diperlakukan sebegitu.

"Mama mama mama! Adam geli laa", Adam ketawa terkekek-kekek.

"Haa..padan muka.Siapa suruh kacau mama", aku meriba Adam sambil bermain dengan rambut lembutnya.

Orang kata,wajah Adam sebiji macam aku. Aku tak menafikannya.Memang wajahnya iras aku.

Kuasa Allah. Mungkin sebab aku yang menyusukannya.

"Mama sayang Adam?" Adam bertanya. Pandangannya bertaut dengan ku.Dapat ku lihat dengan jelas kesucian seorang anak kecil melalui mata bundar itu.

"Mestilah! Adam kan hero mama", aku mencium lembut kepalanya.

Adam membalas pelukkan ku. Erat.

"Mama..mama.. engkaulah ratu hatiku..", Adam menyanyi kecil namun aku dapat mendengar dengan jelas.

Air mataku jatuh perlahan-lahan tanda mensyukuri nikmat dan kurniaan Tuhan, Ryan Adam Rizki.

*****************************

Jenuh Irish terkejar sana sini, membeli barang keperluan dapur. Macam ini lah kalau hidup sebagai ibu tunggal. Semua kerja pun kita yang kena buat.

"Mama,biskut dah habis. Jangan lupa", Adam mengingatkan aku. Fuh,nasib aku bawa si kecik ni kalau tak mesti ada je aku lupa. Bagus betul daya ingatan Adam.

Irish menolak troli perlahan-lahan. Penat juga shopping barang dapur ni. Selalunya ada juga si Ziyad tu tolong tapi sejak semester dah start sibuk memanjang je bakal lawyer tu.

"Auchh! Beware lah!!" suara seorang perempuan mengejutkan aku. Aishh,amende pulak ni.

Irish memandang depan.Kelihatan seorang perempuan sedang memegang buku lalinya. Aik,aku ke yang langgar??

"Akak okey?" Aku menyoal.Haih,Irish,masalah lah kau ni!Selamba aje aku panggil orang akak.Ntah-ntah sebaya.

"Err..not bad lah.Tak mahu tolong angkat ke??" perempuan berambut perang itu menghulurkan tangannya minta dibantu.

Terkocoh-kocoh Irish menarik lengan perempuan itu.

"Akak sorry,tak sengaja tadi", Irish memohon maaf. Kasihan pula aku melihat perempuan itu terdengkot-dengkot.

"Eh,tak apa. Salah akak juga.Haha", Perempuan itu turut mebahasakan dirinya akak.

Aku tersengih. Nasib dia tak melenting.

"Nama siapa??" Perempuan itu menyoal. Dah jadi sesi berkenalan pula kat supermarket ni..

"Panggil Irish aje.Akak??Haha,nak tahu umur juga kay. Macam awkward je panggil akak.Manelah tahu kita sebaya ke", aku ketawa. Ku kerling Adam yang masih fokus bermain ipadnya. Bukan main game ye. Aku tak biasakan Adam bermain game dari kecil.

"Tia,Tiara Emira btw umur akak 27.Rasenye macam ngam lah tu panggil akak.Irish pun mesti muda dari akak", Tia membalas.

"Jyeah,betul lah tu. Irish 24. Haha. Ok nak panggil Kak Tia lah.Nampak comel sikit.Nice to meet you Kak Tia", Irish menghulurkan tangan untuk bersalaman dan disambut oleh Tia.

"Nice to meet you too ".

*****************************

Irish menyelongkar almari bajunya. Hari ini dia tersangatlah lewat bangun dan rasa macam nak menangis pun ada.

Adam sudah dihantar ke rumah Kak Peah. Memang Kak Peah tu laa pun yang ngasuh Adam dari kecil.

"Allah,nak pakai apa pulak hari ni!!" Dahlah aku ada jemputan jadi photographer dekat satu majlis perasmian syarikat Amanda's Holding.

Takkan nak pakai selekeh-selekeh kot. Kang ada yang kena halau keluar. Tak pasal-pasal je.

Akhirnya Irish membuat keputusan untuk memakai seluar jeans berwarna hitam dan dipadankan dengan kemeja dan blazer berwarna turqoise serta pashmina berwarna merah hati.Ah lantaklah.Ini pun dah kira okey aku pakai baju.

Irish mencapai boot potongan rendah yang berwarna coklat lalu menyarungkan ke kakinya.

Dalam sekelip mata je Irish sudah berada didalam keretanya lalu memecut ke bandar.Hope tak lewat!!

*****************************

"Tumpang lalu!!" Irish menyusup di celah-celah golongan-golongan korporat yang terdiri daripada Mak-mak datin yang vogue-vogue and Datuk-datuk yang dah kaya tujuh keturunan tak habis belanja.

Irish mengantungkan pas dilehernya sambil terkocoh-kocoh melilit tali camera Canon miliknya di pergelangan tangan.

'Fuh nasib baik sempat,kalau tak naya diorang tak bayar aku nanti', Irish bermonolog.

Irish meneruskan kerjanya. Snap sana snap sini.Ok done kat sini. Pergi depan pula.

"Seterusnya dijemput Datuk Hezrizuddin Syahazlan untuk merasmikan majlis pembukaan syarikat Amanda's Holding", pengacara majlis membuat pengumuman.

Kesemua photographer dari sidang media segera mengerumuni pentas. Nasib baik aku ada pas petugas VIP senang nak ke depan.

"Minggir,minggir", aku menyelit-nyelit dan tiba-tiba aku terguna loghat Indonesia. Gila!

Akhirnya akulah photographer yang paling depan sekali.Wuhuu..seronoknya!

Irish mengetik punat cameranya berkali-kali setelah Datuk Hezri memotong riben. Dia sudah diamanahkan oleh setiausaha Datuk Hezri a.k.a Qira potpet untuk mengambil sebanyak mungkin gambar waktu Datuk Hezri memotong riben .

Hah,terkejutkan?? Qira PA Datuk woo.. Ni aku dapat job pun berkat si Qira tulah.. Alhamdulillah.

Tengah sakan menfokuskan lens ke atas pentas...

"Eh,wait!! wait!! Itu macam, aaaa... macam Encik Pengawaslah!!" aku separuh menjerit. photographer di sebelahku memandang aneh.

Betul lah!! Tu Encik Pengawas a.k.a crush lama aku dekat sekolah menengah dulu. OMG!!!

Aku bagaikan tak cukup nafas. Teruja ya amat sangat! Oh my Encik Pengawas! Aku tiba-tiba teringat zaman sekolah dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience