KEJAR 14

Other Completed 44531

"Irish!!! sampai hati kau!" Qira berlari-lari mengejar Irish yang telah berada di balai berlepas.

"Qira", Irish berbisik perlahan. Dia tidak menyangka dalam semua keperitan yang dia lalui dia terlupa tentang rakan baiknya sendiri.

Qira memeluk Irish sambil menyembamkan mukanya ke bahu Irish. Qira menangis sekuat hati.

"Sampai hati kau tinggalkan aku! Kenapa tak pernah nak telefon tak pun sms pasal masalah kau?? Siapa aku ni?? sampah??? kenapa???" Qira melepaskan amarahnya.

"Qira..maaflah...aku.. betul betul tertekan. Aku tak terfikir.."

"Tak terfikir yang kau masih ada aku??" Qira memandang tepat mata Irish.

" Bukan.Aku takut kau terbeban dengan masalah aku yang mungkin kau tak mahu terlibat", Irish berkata jujur.Dia menarik lengan Qira ke satu sudut yang tersorok kerana orang sudah mula memandang hairan.

"Gila! Kau ingat aku apa?? Orang yang suka tengok kawan dia dalam masalah?? Yang cuma duduk diam je??" Qira membalas.

"Tak. Aku tahu kau bukan.Tapi...yelah benda dah lepas. Maafkan aku", Irish mengenggam erat tangan Qira.

Qira mengangguk perlahan.

"Adam,betul ke nak tinggalkan auntie??" Qira menunduk memandang Adam.

"Adam ikut mama. Kalau mama nak pergi,Adam kenalah pergi",Adam menjawab perlahan.

"Hmmm..yelah..auntie Qira sorang-sorang jelah kat sini", Qira mengeluh. Lengan Irish dipegang kejap seakan-akan tidak mahu dilepaskan.

"Eh..kau datang dengan siapa?" Irish cuba mengalihkan topik. Namun belum sempat dia mendengar jawapan daripada Qira dia terasa satu pelukan hangat dari belakang.

Irish segera menoleh kebelakang. Air matanya mengalir sederas-derasnya.

"Bonda!!" Irish memeluk erat tubuh Bondanya.

Datin Sri Camelia membalas pelukan itu dengan linangan air mata. Ternyata naluri keibuannya sudah tidak dapat dibendung lagi.

"Maafkan Bonda sayang. Bonda tahu bonda salah. Bonda buta", Datin Sri Camelia mengongoi.

Irish mengangguk laju.Dia segera mencium kedua belah pipi Bondanya.

Bonda meleraikan pelukan lalu menerpa kearah Adam yang masih terpinga-pinga.

"Maafkan nenek Adam. Nenek jahat",

"Adam mengenggam erat tangan Datin Sri Camelia.

"Adam maafkan nenek. Adam tak pernah benci nenek sebab mama selalu cakap nenek sebenarnya tak berniat pun nak benci Adam. Mama selalu cakap yang Atuk dengan Nenek sayangkan Adam", Adam berkata.

Ayah dan Bonda memeluk erat tubuh kecil Adam. Sesungguhnya Tuhan sahaja yang tahu betapa menyesalnya mereka.

"Ayah minta maaf. Semua ni salah Ayah sebab tak sedar dan terlampau pentingkan darjat daripada perasaan keperimanusiaan", Datuk Sri Damian mengenggam erat tangan anaknya itu.

"Ayah, Irish tak pernah salahkan bonda dan ayah,anggap saja semua ni ujian dari Allah", Irish berkata.

Irish sempat menghadiahkan senyuman kepada Asfeerdaus yang sedang mengenyit mata kepadanya lalu menjeling kearah Qira.

Irish mengangguk faham. Oh, someone fell in love!

"Betul ke Irish nak pergi??" Bonda mengajukan soalan.

"Err...ya Bonda. Irish dah tekad. Lagipun Irish bukan pergi selamanya.Irish pasti kembali", Irish membalas. Ingatannya melayang kepada Harren. Keberangkatannya ke London tidak dikhabarkan kepada Harren. Bukan apa,hatinya tidak sanggup melihat wajah lelaki itu. Bagaikan ada kesedihan yang mencucuk hatinya.

"Irish,bonda sebenarnya tak mahu Irish pergi tapi kalau Irish betul-betul nak pergi,bonda relakan",

"Terima kasih bonda,ayah,abang dan Qira", aku membalas. Hatiku menjadi lebih tenang apabila masalah ini selesai.Mungkin inilah masanya untuk aku memberikan masa buat diriku dan Adam.

"Pergilah Irish..kalau itu pilihan kamu. Ayah dan Bonda akan sentiasa mendoakan kamu", Ayah menepuk lembut belakang Irish.

Irish menyalami ayah dan bondanya setelah mendengar pengumuman kapal terbang akan berlepas.

Irish melambai ke arah mereka sambil memegang erat tangan Adam yang masih lagi tersedu kecil.

"Selamat tinggal memori. Hari ini bukan pengakhiran tapi permulaan hidup seorang Irish Risteena Bella.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience