KEJAR 13

Other Completed 44531

"Assalamualaikum", Irish menekan loceng sambil memberi salam. Tangannya memegang erat tangan kecil milik Adam.

Irish menekan loceng lagi. Namun masih tiada jawapan.

"Mama,nenek tak suka kita datang sini ke??"

"Tak Adam. Nenek suka. Tapi mungkin nenek tak dengar kot", aku tidak mahu menanam persepsi negatif dalam hati Adam tentang bonda.

"Tak payah lah kamu nak membohong anak kamu tu Irish. Bonda memang tak suka dia", Aku mendengar suara yang kurindui seraya pintu dibuka.

"Bonda", hanya itu yang mampu aku katakan. Lidah ku kelu pabila menatap wajah tua itu yang masih tegar membenci Adam.

"Hah,kamu nak apa??" Bonda langsung tidak menatap aku.

"Bonda..Irish nak pergi luar negara.Mungkin lama. Tak tahu bila Irish balik sini",

"Baguslah tu. Bawak anak haram ni jauh dari sini. Buang terus kat sana pun bagus juga",

"Nenek..." Adam memanggil lirih. Kasihan Adam. Masih kecil namun terpaksa menerima cacian sebegitu.

" Eh budak ni! Siapa benarkan kau panggil aku nenek??" Bonda menjegil mata memandang Adam yang kelihatan tersentak dek suara Bonda.

"Bonda, Adam ni budak kecil. Hati dia rapuh. Tolonglah bonda", Irish memohon. Air matanya bergenang.

" Rapuh?? Kau tak fikir pula perasan bonda masa kau ambil anak haram ni??"

"Bonda!" Irish melutut dihadapan Bonda sambil memegang kaki bondanya itu.

"Nenek..maafkan Adam. Adam tak minta dilahirkan sebagai anak haram. Ini semua Allah dah tentukan", Adam bersuara lirih. Matanya menyorot memandang Irish yang masih tidak lepas memegang erat kaki bonda.

Bonda kelu seketika. Dia tidak menyangka anak kecil itu mampu berkata seperti itu.

Irish mengesat air matanya. Dia perlahan-lahan menarik tangan bondanya lalu dikucup lama. Bonda masih tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Irish mendukung Adam keluar dari perkarangan villa itu. Dia sudah tidak sanggup menahan telinga mendengar cacian bonda terhadap Adam.

Bonda mengangkat kepalanya melihat kepergian Adam dan Irish.

setitik air mata jatuh dari pelupuk matanya.

"maafkan bonda..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience