KEJAR 16

Other Completed 44531

" Tolonglah Irish,saya betul-betul perlukan pertolongan awak",Dayana mengoncang kuat bahu Irish.

Sudah genap seminggu Dayana tinggal bersama mereka. Ternyata kehadiran Dayana membawa hajat yang sangat besar.

"Ini semua kerja gila! Saya takkan kahwin dengan Rezza!" Buat sekian

kalinya Irish menolak.

"Irish..tolonglah faham keadaan saya. Saya tak mahu Rezza kahwin dengan orang lain", Dayana hampir menitiskan air mata tatkala menuturkan ayat itu.

Hampir setahun Rezza dan Dayana berkahwin namun mereka belum dikurniakan cahaya mata. Ibu mertuanya semakin membencinya setelah mengetahui Dayana sebenarnya mandul.

Dek kerana hal itu,keluarga Dayana dan Rezza berbalah dan ibu mertuanya mahu Rezza berkahwin dengan orang yang mampu memberikan zuriat kepada Rezza.

Tambahan lagi,kondisi Dayana semakin parah. Kansernya sudah ditahap kritikal. Bila-bila masa maut menjemputnya.

"Im dying Irish!"

"Tak.Awak salah. Ajal maut ditangan Tuhan."

"Tapi,saya mandul. Ibu nak Rezza kahwin lain. Ibu nak cucu. Saya tak boleh bagi semua ni pada Rezza. Kasihanilah saya", Dayana hampir melutut.

Irish meraup wajahnya. Ini merupakan keputusan yang amat berat baginya.

" Tapi kenapa saya?"

"It cant be anybody else. It must you because...he love you",

Irish kaget. Jantungnya berdegup selaju tiga kali ganda.

"Dayana...apa yang awak cakap ni?? Awak nak saya kahwin dengan dia sebab tu awak cakap macam ni kan?" Irish sudah berdiri menjauhi Dayana. Ini semua memang tak masuk akal.

"Tak Irish. Saya memang tak tipu. Tak guna saya menipu. Rezza memang pernah cintakan awak. Percayalah",

"Nonsense!" Irish berlari ke arah biliknya lalu menutup pintu sekuat hati.

Apa semua ni??! Kenapa benda ni boleh jadi macam ni?? Kenapa sekarang?? Di saat dia telah memulakan hidup baru??

Macam mana dengan Harren?? Lelaki yang setia mencintainya sejak dulu?? Macam mana dengan perasaan cintanya pada Harren yang telah mula berputik??

Irish menangis sekuat hati. Semua ini menyesakkan fikirannya.

"Irish..dengarlah dulu. Saya nak ceritakan sesuatu kepada awak. Saya janji..lepas saya cerita,saya akan pulang ke Malaysia. Terserah kepada awak",

Irish tidak memberikan sebarang jawapan.Dayana mengeluh perlahan lalu memulakan ceritanya.

..............................................................

8 tahun lalu..

Rezza menatap sekeping gambar yang berada di tangan kirinya sambil membandingkan dengan gambar di sebelah tangan kanannya.

"Hmmm.. susahnya", Rezza bermonolog. Hatinya terpaut pada gambar ditangan kanan tapi mengapa naluri lebih berpihak kepada pemilik gambar di sebelah kiri?

"Tengah tengok apa tu?? khusyuknya ", Dayana mencuit bahu Rezza.

Rezza yang terkejut cepat-cepat memasukkan gambar itu ke laci mejanya.

"Eh tak ada apa-apa lah. Err..saya tukar baju dulu, awak tunggu sini", Rezza cepat-cepat melarikan diri ke biliknya.

Dayana menggelengkan kepala melihat telatah tunangnya itu. Macam kanak-kanak.

Dayana memerhatikan sekeliling sebelum dia membuka laci meja Rezza. Hatinya ingin tahu apakah yang cuba disorokkan oleh Rezza.

Dayana tersenyum apabila dia melihat gambarnya didalam laci itu namun senyumannya mati apabila melihat ada sekeping gambar lagi di dalam laci itu.

Seorang gadis bertudung yang sedang membaca buku.

Dayana memusingkan gambar itu.

Irish Risteena Bella..

First time tengok dia,aku rasa something.. Hmm..cinta??

Dayana terkedu.

Dayana Batrisya..

Pilihan ibu dan abah. Comel..tapi.. mungkin belum kot?

Dayana menekup mulutnya. Sangkanya mereka bertunang kerana kemahuan Rezza.

Irish Risteena Bella...

..............................................................

Dayana menarik nafas panjang. Pedih rasanya apabila terpaksa menerima hakikat bahawa dia bukanlah pilihan pertama dalam hidup Rezza.

Aku kena paksa Rezza berterus terang. Ini tak adil untuk aku dan dia. Dayana mengenggam erat tangannya.

"Eh..jomlah.Kata nak pergi beli buku?" Rezza yang sudah siap berpakaian menegur Dayana yang masih duduk di atas kerusi. Hairan. Kenapa Dayana bungkam?

"Rezza...apa ni?" Dayana mengangkat gambar Irish tinggi. Matanya merah.

"Err..saya boleh jelaskan..", Rezzs terkedu.

"Jelaskan", suara Dayana kedengaran dingin.

"Itu gambar Irish. Classmate saya.. Cuma kawan biasa", Rezza merenung tepat ke mata Dayana.

"Betul?? Jadi,apa yang tertulis dekat belakang gambar ni salah lah?? Bukan itu maksud awak?? Macam tu?", Dayana menyoal bertubi-tubi.

Rezza menghela nafas. Jalan terbaik ialah berkata jujur.

"Ya.Apa yang tertulis tu betul. Saya mencintai Irish..tapi..",

"Tapi apa?? Awak terpaksa terima saya kan?? Kenapa?? Sebab Ibu dengan Abah yang suruh??" Dayana berdiri.Wajahnya menjadi semakin merah.

" Dengar Batrisya. Jujur saya memang cintakan Irish tapi saya cuma bertepuk sebelah tangan. Irish cintakan Harren", Rezza meraup wajahnya. Pedih kerana terpaksa menerima hakikat bahawa Irish mencintai orang lain.

"Harren?? Tengku Hafiz Adrean?? Kawan baik awak??"

" Yaa..Harren. Dan Harren juga sukakan Irish. Saya tak mampu mengkhianati kawan baik saya sendiri",

Dayana kembali duduk. Tiada guna bertekak. Jalan terbaik ialah..

"Lupakan Irish. Cintailah saya sepenuh hati awak kerana saya juga akan membalasnya sama seperti apa yang awak berikan", Dayana bersuara.

Rezza kaget. Dia memandang terus ke wajah Dayana.

"Berjanjilah dengan saya. Selagi saya hidup, cintailah saya sepertimana saya mencintai awak",

"Saya...janji", Rezza akhirnya akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience