KEJAR 8

Other Completed 44531

" Assalamualaikum cinta", Rezza mengetuk pintu wad perlahan. Andainya Dayana Batrisya sedang lena dia tidak mahu mengejutkan dia.

" Waalaikumusalam bakal suamiku",kedengaran suara Dayana menyahut dari dalam. Kalau dulu Rezza bisa melihat senyuman manis di bibir Dayana tapi kini kekasihnya itu sudah berpurdah. Alhamdulillah.

"Hahaha. Comelnya ayat dia. Bakal suami. Suka saya dengar", Rezza mengusik.

"Haih awak, dah memang betul kan yang awak tu bakal suami saya", Dayana membalas. Wajah Rezza membuatkan dia merasa tenang sekali.

" Yelah awak. hahaha. Awak tahukan tarikh perkahwinan kita dicepatkan? Walid dengan baba cakap lagi dua minggu", Rezza membuka cerita tentang majlis pernikahan mereka.

"Cepatkan?? Kenapa Trisya tak tahu langsung??" Dayana menyoal. Takkanlah hal sepenting ini tidak dibincangkan dahulu dengannya.

"Errrr...maaflah.Walid dengan Baba suruh saya bagi tahu awak sendiri,and Im really sorry because Im too busy to tell you earlier.But now I just tell you right?" Rezza berkata.

"Hmm,it seem you're too in love with your work right?? Nevermind. But, you know my condition right?? you pretending you don't know or you don't want ever know that Im sick???" Dayana membalas panjang.

"Trisya, even you're sick or not,my love never change at all." Rezza memujuk. Dia tahu Dayana kecewa.

"Saya tahu awak. Tapi saya tak mahu awak kahwin dengan saya cuma untuk bahagiakan saya di akhir sisa kehidupan saya. Apa gunanya kalau saya bahagia tapi akhirnya awak yang akan menderita?" Dayana hampir menangis tatkala menuturkan ayat itu.

"Ajal dan maut itu ditangan Tuhan,Batrisya. Semuanya itu sudah tertulis di Loh Mahfuz. Kita yang cuma hambanya ini hanya boleh merancang tetapi Dia yang menentukan", Rezza berkata lagi. Wajahnya tetap tenang walaupun hatinya turut terseksa. Siapalah yang gembira sekiranya orang yang dicintainya menderita?

Dayana bungkam. Apa yang baru sahaja keluar dari mulut Rezza itu benar belaka. Dia tidak seharusnya mengalah kerana Allah itu ada.

"Ya Allah,ampunkan hambamu yang hina ini", Dayana berbisik perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience