KEJAR 36

Other Completed 44531

~2 bulan kemudian~

"Puan, hari ni kita akan buka balutan pada mata puan ye", doktor yang bertanggungjawab dalam pembedahan mata Irish berkata.

"Err..baiklah doktor", Irish mengetap giginya. Hatinya berdebar-debar. Dia merasakan jantungnya hendak melonjak keluar.

"Rish,kau mesti tak sabar kan?? Jangan risau, aku tak lari kemana. Kau tetap akan melihat wajah handsome aku ni", gurau Harren sekadar untuk menceriakan suasana.

"Cehh, tak habis-habis dengan perasan kau tu. Aku nak tengok setampan mana kau tu. Kalau tak membuatkan aku cair, aku nasihatkan kau pergi jumpa mana-mana ustaz untuk tarbiah kau nanti", Irish membalas sambil ketawa walhal hatinya terus berdegup kencang menanti saat untuk melihat kembali.

"Saya akan buka sekarang", doktor sudah mula membuka balutan dia kepala Irish.

satu balutan.

dua balutan.

tiga balutan.

Akhirnya sampai ke balutan terakhir. Irish merasakan ada cahaya yang merembes masuk melalui celah-celah kapas yang digunakan untuk menutupi matanya.

"Buka mata puan perlahan-lahan sekarang", arah doktor.

Irish menggeletar hebat.Saat itu dirasakan seperti detik yang terhebat bagi dirinya. Allah telah mengembalikan nikmatnya yang pernah ditarik seketika.

"Bismillah", Irish menyebut perlahan. Kelopak matanya diangkat perlahan-lahan. Kesilauan mengabui matanya namun tidak lama selepas itu mata barunya telah bisa disesuaikan dengan keadaan sekeliling.

Irish mengerdip matanya beberapa kali dan segala-galanya menjadi jelas. Dan seperti yang diharapkan, manusia pertama yang dikesan oleh mata Irish ialah Tengku Hafiz Adrean.

" Harren..kau?" Irish kelu. Dia kalah dalam pertaruhannya. Ternyata Harren sememangnya tampan malah bertambah tampan dari dulu.

"Nampak aku?? So, how do I look?? Impressive kan? Okey, aku masih terima ungkapan cinta kau now", Harren berseloroh sedang dihatinya merasa begitu gembira kerana Irish mampu melihat semula.

"Okey, jujur kau memang handsome gila dari dulu. Aku ada tercair sikit. Tapi sikit je. Tak adalah sampai nak confess kat kau bagai", Irish ketawa riang. Terima kasih ya Allah kerana kau kurniakan nikmat tak terhingga ini pada hambaMu.

"Mama!" Adam, Harraz dan Asya berkejaran masuk ke dalam ruangan wad Irish diikuti oleh ahli keluarganya yang lain.

"Anak-anak mama!" Irish segera memeluk ketiga-tiga permata hatinya itu. Dia merasa sungguh bahagia.

"Ma saya Harraz!" Harraz mengangkat tangannya tinggi-tinggi.

Irish ketawa lalu mengucup kedua pipi Harraz. Wajah Harraz mirip Irish. Semuanya, hidung, bibir, mata.

"Muka Harraz macam mama laa", kata Irish.

"Tahu! Papa selalu cakap. Dia kata muka Harraz memang macam mama", Harraz ketawa terkekek.

"Ma, saya Asya!" Asya pula mengangkat tangannya tinggi-tinggi. Irish ketawa melihat gelagat anak-anaknya.

Irish merenung Asya. Sumpah, wajah Asya saling tak tumpah seperti Rezza. Mata itu..

"Muka Asya macam-", Irish belum sempat menghabiskan ayatnya kerana dipotong laju oleh Asya.

"Macam daddy kan?? Semua orang cakap macam tu. Asya suka. Sebab daddy handsome dan Asya cantik", giliran Asya pula ketawa terkekek-kekek.

"Mama-", Adam memegang lembut tangan Irish.

"Anak mama yang paling mama sayang, Ryan Adam Rizki", Irish berkata lalu mengelap air mata yang mula jatuh dari pelupuk mata Adam.

"Adam rindu mama", kata Adam lagi.

"Mama pun rindu Adam. Adam dah handsome sangat sekarang. Muka Adam macam...macam papa?" Irish tersenyum kerana melihat wajah Adam yang iras-iras Harren. Kuasa Tuhan.

"Adam handsome macam aku kan?" Harren duduk di pinggir katil Irish lalu mendukung Adam.

"Permulaan yang baik untuk hari yang baik", Harren dan Irish mengumam bersama sambil memandang satu sama lain.

"Lupa, aku masih tak tahu siapa penderma mata aku!" Irish berkata sambil merenung Harren.

" Err...itu-", Harren berpaling dan melihat seorang demi seorang ahli keluarga Irish. Dato Sri Damian mengangguk tanda memberi persetujuan.

"Nah", Harren menghulur cermin kepada Irish.

"Kenapa?" Irish mengambil cermin lalu meneliti matanya yang kini berwarna hazel.

"Hazel-", sebut Irish perlahan. Air matanya jatuh lagi.

"Rezza yang jadi penderma mata untuk kau.Itu amanat terakhirnya Rish", jelas Harren.

"Aku.. Ya Allah..", Irish menekup wajahnya. Kesedihannya memuncak.Ternyata dia amat merindui Rezza. Tambah lagi, kini setiap kali dia merenung cermin tentu sepasang mata milik Rezza itu akan merenungnya kembali.

"Irish, semua ni sudah ditentukan oleh Allah. Kita sebagai hambaNya cuma mampu berserah kepada takdir yang telah tercatat untuk kita sejak di Loh Mahfuz lagi", Harren merenung sepasang mata milik sahabatnya itu. Rindu pada Rezza.

Irish mengesat air matanya perlahan. Dia benar-benar tersentuh dengan tindakan Rezza.

"Terima kasih Brian Hariz Syahrezza", Irish menggumam perlahan sebelum memandang langit biru melalui jendela yang terbuka luas.

……………………………………………………

Irish menjalani kehidupannya seperti biasa malah lebih gembira dan bermakna berbanding dulu. Pengalaman telah mendewasakannya. Semua yang berlaku telah membuka jalan baru buat dirinya.

"Acho!" Harren bersin. Matanya sudah menjadi merah. Radangnya pada habuk benar-benar teruk.

"Woi, bersin lagi ke? Haih, teruk betul alahan kau ye", Irish menghulur tisu kepada Harren yang sedang membantunya mengemas rumah.

"Bersinlah, rumah kau ni banyak betul habuk. Nasiblah aku baik nak tolong kau. Kalau tidak-", Harren memandang terus ke mata Irish.

"Kalau tidak apa Tengku?", Irish membalas pandangan itu. Apa Harren ingat dia gentar dengan pandangannya itu?

"Kalau tidak aku..acho!" Harren bersin lagi sehingga menimbulkan kelucuan di hati Irish.

"Hahahaha, lawak lah kau ni. Dahlah, kau pergi jaga budak-budak tu kat depan. Biar aku kemas bilik ni", Irish menolak bahu Harren menggunakan penyapu bulu ayam.

"Idea yang bijak. Okay, bye!" Harren segera berdiri dan ketawa kecil. Bukannya dia tidak mahu membantu Irish tapi alahan dia memang teruk.

Irish menggeleng kepala melihat perilaku Harren.

Irish kembali mengemas bilik tidurnya. Dia mengambil penyapu untuk menyapu di bawah katil sebelum dia tertolak sebuah kotak di bawah katil.

"Kotak apakahh?" Irish menggumam sebelum menarik kotak berwarna coklat kayu itu.

Irish membuka kotak itu perlahan sehingga terserlah isi dalam kotak itu.

"Ohh", Irish menyebut perlahan apabila melihat isi kotak itu adalah baju perkahwinannya bersama arwah Rezza dan album mereka.

Irish membelek-belek barangan itu sambil air mata mula bergenang di pelupuk matanya.

Dia kemudiannya tersedar tentang kehadiran sepucuk surat didalam kotak itu.

Irish membuka surat itu sebelum membacanya perlahan.

'Assalamualaikum bintang hati,

saya harap awak sentiasa sihat dan gembira. Saya tahu saya sudah tiada didunia tatkala surat ini sampai pada awak.

Irish sayang..

Saya ingin memohon maaf atas semua kesalahan saya sepanjang kita menjadi suami isteri dan sungguh tidak terlintas dihati saya untuk menyakiti perempuan sebaik awak.

Sayang..

Saya tahu, kehadiran saya dalam hidup awak membawa awak kepada penderitaan. Saya tahu saya lah sebenarnya orang ketiga dalam perhubungan awak dengan Harren. Maafkan saya.

Keegoan saya untuk memilik awak memaksa saya untuk mengendahkan perasan cinta awak dan Harren. Maafkan saya sekali lagi.

Saya sedar betapa besarnya cinta awak, betapa sayangnya Harren pada awak. Namun hati ini tak mampu menghalang rasa cinta pada awak.

Irish sayang....

Terimalah Harren kembali dalam hidup awak. Sememangnya awak ditakdirkan untuk dia.. Tengku Hafiz Adrean..

Rezza.

Air mata Irish mengalir deras. Benar, cintanya pada Harren tidak pernah padam namun dalam masa yang sama dia masih dibayangi cintanya pada Rezza, cinta pertamanya.

Irish bangun perlahan-lahan lalu menuju ke ruang tamu. Dia pantas menyedari ketiadaan sesiapa di ruang itu.

" Harren?? Adam??" Irish memanggil. Dadanya terasa berdebar-debar.

" Asya? Harraz??" Irish memanggil lagi namun tiada jawapan.

"Harren! Kau kat mana?" Irish terduduk di sofa. Matanya bergenang lagi. Entah kenapa jiwanya terasa rapuh waktu itu.

"Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu

Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju

Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku

Walau ku tahu ragamu tak utuh

Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh

Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku

Walau ku tahu ragamu tak utuh

Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh

Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku

Walau ku tahu ragamu tak utuh

Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh

Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku

Walau ku tahu ragamu tak utuh

Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh

Karena bagiku engkaulah nyawaku

Karena bagiku engkaulah nyawaku"

Harren muncul dari dapur bersama gitar ditangannya. Dia merenung Irish sambil menyanyi.

Lirik lagu itu menjelaskan segala-galanya.

Setelah selesai menyanyi, Harren melutut dihadapan Irish sambil menyuakan sebuah kotak kecil berwarna merah.

"Irish Risteena Bella nak tak kahwin dengan aku?" Harren menggumam perkataan keramat itu.

Irish sudah teresak-esak menahan sebak. Hatinya benar-benar tersentuh.

"Terimalah papa", tiga suara kecil menyampuk dari belakang.Irish pantas menoleh.

"Papa handsome", Harraz menggumam.

"Papa baik", Asya menambah.

"dan..papa cintakan mama", Adam menyambung.

Irish menangis lagi. Dia menjadi terlalu sebak sehingga dia tidak mampu berkata apa-apa.

"Aku-", Irish menarik nafasnya panjang.

" Kau?"

" Aku-"

"Ye kau??" Harren merasakan dadanya hendak pecah sementara menanti jawapan dari Irish.

"Aku....terima", Irish menyebut perlahan sebelum dia memandang ke tempat lain. Malu.

"Yayyyy!" Adam,Harraz dan Asya bersorak keriangan. Kegembiraan jelas terserlah di mata anak-anak kecil itu.

" Terima kasih Irish", Harren berkata sambil menghadiahkan senyuman kepada kawan baik merangkap bakal isterinya itu.

……………………………………………………

3 tahun kemudian~

" Sayang, mana baju abang?" Harren tergesa-gesa mencari baju kemeja kegemarannya.

"Aduh, kan tadi orang dah letak kat atas katil sana sayang oi", Irish membebel.Tangannya sibuk menyiapkan Harraz dan Asya yang terloncat-loncat teruja untuk mengikut Harren ke zoo.

"Sayang, mana ada atas katil. Abang dah cari kot. Tipu ehh? Ke salah letak?" Harren mengusik dari dalam bilik.

"Haihh, pakcik.. orang letak atas katil sana lahh", Irish bingkas bangun untuk mendapatkan suaminya.

Harren ketawa kecil apabila Irish memanggilnya pakcik. Comel gitu.

"Mana bajunya makcik?" Harren berseloroh sambil memeluk tubuh.

" Ehhh, tadi macam ada kat sini tapi apasal tak ada?" Irish menggaru kepalanya. Hairan. Mana pergi baju itu?

"Sayang ni, daydreaming betul lahh. Mimpi lah tu", Harren mencebik.

"Ehh kau. Mengada! Cubit karang", Irish mencubit lengan Harren sehingga lelaki itu terjerit kecil.

" Sakitlah sayang. Nak tengok magic tak?" Harren cepat-cepat mendekati Irish kerana risau isterinya itu akan bertambah marah.

"Magic apa bang oii?" Irish mengangkat keningnya.

"Tutuplah mata dulu", Harren berkata.

"Eee..banyak songeh lah abang ni!" Irish mengomel sebelum menutup matanya.

satu minit.

dua minit.

tiga minit.

"Buka mata", perintah Harren.

Irish membuka matanya sebelum dia tergamam.

"Selamat hari jadi sayang", Harren berkata. Di atas katil mereka penuh berpuluh-puluh hadiah berbalut cantik.

" Harren-" Irish terkedu sebelum dia menerpa ke arah Harren dan memeluknya.

"Terima kasih sayang", Irish menghadiahkan ciuman di pipi suaminya.

"Sama-sama kasih", Harren ketawa sebelum membalas pelukan isterinya.

"Adik rasa macam tak jadi je nak pergi zoo hari ni", Asya mencebik sambil bercekak pinggang dihadapan pintu bilik mama dan papanya.

"Ala, lain kali kita pergilah. Tak lari monyet tu", Harraz berkata sebelum berlarian ke arah mama dan papanya.

" Eleh, memang tak lari sebab diorang dalam sangkar", Asya mengomel sebelum turut menerpa ke arah mereka.

……………………………………………………

Irish mendongak langit. Segala-galanya sempurna sekarang. Dia bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan kepadanya.

Dia kini ada Adam, Harraz dan Asya yang merupakan penyeri buat hidupnya.

Perkara yang paling hebat buat dirinya kini ialah memiliki Tengku Hafiz Adrean.

Segala yang mereka lalui akhirnya membawa mereka kepada sebuah perkahwinan yang amat sempurna dan bahagia dan moganya akan terus kekal begitu.

"Sayang, tengok apa?" Harren memeluk Irish dari belakang.

"Langit", Irish menjawab perlahan.

"Di bawah langit yang sama. Sentiasa", Harren menambah sebelum mengucup lembut pipi Irish.

"Di bawah langit yang sama, ke hujung nyawa", Irish menambah.

"Di bawah langit yang sama, aku akan terus menjadi peneman setia", Harren tersenyum kecil.

"Di bawah langit yang sama, aku milikmu selamanya", Irish membalas senyuman Harren.

Tuhan..

Terima kasih ku atas segalanya..

KurniaanMu tiada tara..

Aku bersujud sentiasa.. Tunduk pada kuasaMu yang Esa..

Di bawah langit yang sama...

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience