KEJAR 3

Other Completed 44531

"Cik,kalau ye pun saya tak cantik,tak payahlah nak lukis muka saya herot berot", client ku menegur lukisan yang sedang ku lukiskan waktu itu.Eh bila masa pula client aku ni ada kat sebelah? Bukan tadi ada dekat depan ke?

"Maaf,tadi saya menge....", belum sempat aku menghabiskan ayat ku gadis itu telah menyambung.

"mengelamunkan? Thats why saya ada kat sini after 5 minute cik tak bergerak", gadis itu tersengih lalu memaafkan ku dan sudi untuk dipotretkan semula.

Inilah kerja ku. Kalau tak melukis,buat photoshoot,urus butik kecil-kecilan aku,buat craft,amik part time design deko bilik pengantin and macam-macam lagi. Apa boleh buat,nak cari makan bukan senang,tambah lagi Adam tu pun dah membesar.

"Assalamualaikum,penghantaran barang", Seorang lelaki mengetuk pintu galeriku.

"masuk lerr", aku mempersilakan lelaki penghantar barang a.k.a Ziyad a.k.a adik angkat ku yang comel lagi meletop di kalangan kawan-kawan aku.

"Kak Rish,ni ada parcel dari Ipoh from Affina Muhammad Rizuan", Ziyad meletakkan bungkusan itu dihadapanku sebelum berlalu ke nursery room yang menempatkan Adam. Aku sengaja buat nursery room ni sebab ada client aku yang datang nak photoshot and lukis potret bawa anak so diorang boleh je taruh anak diorang dalam nursery room tu. Seronok si Adam tu kalau ada kawan.

"Uncle Yad!" Adam berlari-lari anak ke arah Ziyad.Haih rindu bebenor anak aku tu dengan si Ziyad. Baru dua hari tak jumpa.

Nak dijadikan cerita,aku kenal si Ziyad tu dari Qira. Actually Ziyad ni kawan Qarish adik si Qira tu. Adelah jugak si Qarish bawa Ziyad datang galeri aku dua tiga kali dulu.Tu yang jadi adik angkat tu.

Lagipun Ziyad ni sebatang kara. Kesian aku tengok dia. Baru 18 tahun tetapi terpaksa tempuh macam-macam. Ziyad ni bukan tak pandai,SPM straight A's youallsss!

Tak lama lagi,Ziyad dah mula belajar dekat UM ambil law.Bakal peguam adik aku ni. Dah tak ade sape yang nak melayan kerenah si Adam Rayyan tu. Aku tahu, Adam ketandusan kasih sayang seorang ayah.

Bukan aku tak nak kahwin tapi belum jumpa someone yang ikhlas terima Adam.

Dulu aku ada juga teman tapi mesra.Tup tup bila dia tahu pasal Adam aku dah tak dengar khabar pasal dia dah. Nampak sangat dia tak boleh terima Adam dengan ikhlas.

Aku hairan. Hina sangat ke Adam?? Sampaikan keluarga aku pun buang aku dari hidup diorang semata-mata aku sanggup kutip Adam yang aku jumpa di luar pagar rumah.

Aku tahu,ayah orang ternama. Bonda pun sama. Sebut je Datin Sri Camelia Juwita,semua orang kenal. Datuk Sri Damian Hisyam,pak cik guard belakang galeri aku ni pun tahu.

Bukan aku nak membangga jauh sekali riak dengan status ku sebagai anak orang ternama apatah lagi sekarang aku bagaikan orang buangan.

"Kau jangan sekali-kali pulang ke pangkuan kami selagi anak haram ni kau jaga!!" bagaikan halilintar suara ayah disaat aku sehelai sepinggang dipaksa keluar dari Villa gah berwarna hijau lumut itu. Apa guna hidup di Villa mewah sekiranya hati tidak berperikemanusiaan dan sanggup membiarkan tubuh kecil Adam digigit semut.

Nasib baik abang aku yang belajar di luar negara sanggup menghulurkan bantuan. Dengan duit yang dia bagi aku buka galeri dan butik kecil-kecilan ini.

Aku bernasib baik sebab orang tak kenal aku sangat sebab masa tinggal dengan ayah dan bonda dulu aku suka pencilkan diri so nobody know me even ayah punya kakitangan office pun.

Bukan apa, im not attention seekers.

"Kak oii! Ziyad nak balik sambung kerja ni,menggelamun aje kerjanya", Ziyad mengetuk meja beberapa kali.

"Allah! Maaflah Yad,akak termenggelamun pula.Haha..yelah kerja elok-elok",Aku berpesan sebab aku tahu Ziyad ni tak reti nak jaga diri.Ada ajelah benda aneh yang dia buat.

"Yelah kak. Hah tu Adam dah tertidur dekat nursery and Ziyad ada belikan akak nasi.Ada kat dapur.Ziyad pergi dulu.Assalamualaikum",

"Waalaikumsalam and thanks!", aku menjerit dari dalam. Laju betul si Ziyad tu merempit.Berdesup hilang.

Aku meneruskan kerja ku semula alang-alang Adam dah tidur.

kang dia bangun susah pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience