KEJAR 22

Other Completed 44531

"Hi, Im Diandra Adisha", Diandra menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Dayana dan Irish.

"Hai, Saya Dayana and she is Irish", Dayana menyambut huluran salam Diandra.

Irish menghadiahkan segaris senyuman kepada Diandra. Seksi betul perempuan ni. Skirt atas lutut, segala lurah pun tertayang.

"Saya anak saudara Auntie Laili a.k.a cousin Rezza", Diandra melabuhkan punggungnya di atas sofa lalu menyilangkan kaki bak seorang raja.

"Ooh..abang tak pernah cerita pun pasal Diandra", Dayana membalas.

"Haha..Nevermind. Yelah, kitorang kan pernah couple dulu so dia mesti tak nak cakap pasal ex dia", Diandra menjawab acuh tak acuh.

Dayana menjeling Irish. Irish mengerti pandangan itu.

'Perempuan ni nak makan kaki nampaknya' Begitulah apa yang Irish faham melalui pandangan Dayana.

"Ooh.. macam tu rupanya".

"Eh,awak berdua ni siapa? Orang gaji kat sini ke?? Lawa-lawa pun jadi orang gaji ke?"

"Maaf, untuk pengetahuan Cik Diandra kami berdua ni isteri Rezza", Irish membalas geram. Sengaja eh perempuan ni. Sekeh karang.

"Wow, dah pasang dua?? Hebat Rezza. So,kalau dah pasang dua, nak pasang tiga pun tak de hal kan? Awak berdua pun mesti tak kisah kalau tambah lagi satu kan?" Diandra ketawa gedik.

Irish mengenggam penumbuknya.Kang ada yang makan tangan.

"Entahlah, saya rasa lah, Rezza tak suka perempuan macam awak", Irish memerli.

"Hello,lelaki mana yang tak suka dengan Diandra Adisha?? Im vogue,sexy,modern,pretty..easy to say,perfect.. Tak macam awak berdua ni.Kolot,lagi-lagi yang berpurdah ni", Diandra menjeluak.

"Its up to you, yang penting kitorang terhindar dari dosa aurat", Dayana menambah.

Diandra menjeling Dayana dan Irish tanda protes.

"Hello,zaman dah maju.Please lah jangan kampung sangat. Kasihan Rezza", Diandra mengangkat kaki keluar dari ruang tamu itu menuju ke parkir apabila mendengar bunyi kereta.

"Auntie Laili! Dah lama tak jumpa. Rindunya", Diandra menerpa ke arah Puan Laili yang baru balik dari pasar pagi.

"Euww..bau apa ni?" Diandra pantas mengundur.

"Ini bau ikan , Diandra. Eh,kamu apa khabar? Mama kamu sihat?"

"Thank God, sihat aje kitorang ni. Tak sedar ke Diandra dah tambah cantik?" Diandra memusing-musingkan badannya dihadapan Puan Laili.

"Kamu sentiasa cantik", Puan Laili tersenyum melihat anak kakaknya itu. Dulu, mengikut perancangan, Rezza akan dijodohkan dengan Diandra tapi disebabkan ada konflik sedikit ,mereka tidak jadi dijodohkan.

"Auntie,betul ke abang Rezza dah kahwin dua? Kenapa macam tu pula?? Dulu masa Diandra pernah minta nak jadi isteri kedua abang,auntie tak kasi??", Diandra kelihatan berang.

Auntie Laili menarik nafas. Lemah betul dengan anak saudaranya yang seorang ni.

"Masuklah dulu Diandra,nanti auntie cerita", Puan Laili cuba menarik lengan Diandra namun ditepis laju.

"Dayana, tolong buatkan air? Irish tolong Mak Som angkat barang ye", Puan Laili menyuruh. Sejak kebelakangan ini, Puan Laili sudah kembali mesra dengan Dayana. Mungkin sudah sedar dengan kesilapannya.

"Sebenarnya macam ni, Dayana isteri pertama Rezza. Tapi..dia tak boleh mengandung. Nak buat macam mana,takdir Allah. Tu yang Rezza kahwin lagi satu. Auntie yang paksa mula-mula. Tapi sekarang auntie rasa kasihan dengan Dayana. Auntie dah banyak sakitkan hati dia", Puan Laili sebak.

Diandra buat endah tak endah. Malas nak dengar cerita haru biru keluarga ni. Yang penting adalah Rezza.

"Laa yeke? Kalau isteri kedua Rezza pun mandul juga?" Diandra sengaja meninggikan suaranya apabila Irish dan Dayana menghampiri mereka.

"Tak mungkin la. Tapi kalau macam tu ketentuan Tuhan, kita kena reda lah. Lagipun Irish dah ada anak".

"What? Anak? Luar nikah eh? Tak sangka buah dah ditebuk tupai", Diandra buat muka terkejut.

Irish mencuit Dayana. Pandangan mereka bertautan.

'Nak sumbat pasu tak dalam mulut dia?'

'Boleh juga, kita ambik yang ibu punya dekat halaman tu eh? Besar sikit.'

"Astaghfirullah. Adam tu anak angkat Irish. Irish ni baik orangnya, sudi ambil anak yang tidak bernasib baik", Auntie Laili menggeleng kepala mendengar persepsi Diandra.

"Betul ke anak angkat? Entah-entah Adam tu anak luar nikah dia lepastu pura-pura adopt anak tu and kata dia jumpa. Cliche laa".

"Tak baik menabur fitnah.Auntie yakin Irish bukan orang yang macam tu",Puan Laili mengenggam lembut tangan Irish.

"Hmm..yelah.Tapi anak tu bukan darah daging Rezza kan? Takkan lah nak serahkan segala harta dekat orang luar. Diandra ada satu cadangan. Kalaulah Irish mandul juga or tak boleh nak lahirkan zuriat untuk Rezza, Diandra sanggup kahwin dengan abang. Lahirkan anak untuk abang", jelas Diandra.

"Tak tahulah Diandra. Auntie dah malas nak mengongkong Rezza. Kalau pun Irish mandul ke apa, Rezza takkan kahwin lain dah. Cukuplah auntie dah bahagikan kasih sayang dia kepada dua. Dua pun susah apa lagi tiga?"

"Auntie..apa susah, yang tak berguna tu ceraikan aje. Buat apa simpan tanduk kalau dah dapat gading bertuah?" Diandra sengaja menekankan perkataan cerai itu.

"Hmm... malas auntie nak fikirkan. Lebih baik auntie ke dapur,masak. Karang pakcik kamu nak balik".

Diandra membuat muka lalu mengeluarkan handphonenya. Malas mahu berbual dengan seterunya.

'Wait and see. Rezza will be mine..again'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience