KEJAR 1

Other Completed 44531

Menanti dan terus menanti..

Bagai pungguk rindukan

bulan.....

Kadangkala aku turut tertanya..

apakah ia akan kesampaian?

Biarlah masa yang menentukan..

kalau ada pasti ia kunjung tiba..

Menitip angin menghembuskan

rindu..

bawalah ia dekat dengannya...

"yuhuuu..cik kak pengejar cinta sang arjuna idaman puteri dari kayangan! Menung aje kerjanya. Tu tak lain tak bukan mesti tengah menganyam kata-kata pujangga mengalahkan A.Samad Said kan???"

Qira menepuk bahuku dari belakang.Kurang ajaran betul minah potpet ni. Menganggu dan terus menganggu aku je kerjanya.

"Hello,cik kak potpet mengalahkan murai tercabut ekornya! Yang kau tepuk ni bahu yang aku nak guna lagi 50 tahun akan datang,tepuknya biar berkadar ye..Ni mahu lebam seminggu nanti". Aku mendengus sambil mencubit peha Qira yang sudah pun melabuhkan punggung di kerusi sebelah ku.

"Hai,berkira nampaknya sekarang?? Dulu tepuk tampar tak ade pun kau bising macam ni", Qira mencebik bibir tanda terasa denganku.

"Itu dulu,waktu telah mengubah segalanya.Hahahaha", Aku ketawa mengekek sambil berlalu ke dapur untuk membacuh secawan kopi. Qira datang rumah aku ni sah sah nakkan kopi hasil tangan aku.Bertuah perut si Qira tu sebab kek buatan Kak Peah jiran sebelah pong pang pong pang tu masih berbaki.Rezeki kau Qira oii.

Aku membawa dulang berisi kek dan kopi itu ke meja depan. Dari jauh aku boleh mendengar riuhan mulut si Qira yang mengadu lapar.Karang senyap lah tu bila dah kenyang.

"Uihhh..baik nya hati kau hari ni ye Rish. Jamu aku dengan kek..Wah rezeki jangan ditolak!" Qira mencapai sepotong kek.

"Rezeki aku jugak Qira.. Hah makanlah dulu.Aku nak sidai kain jap ni..Matahari pun sudah menunggu.Kang lambat hilang pulak dia.Haishh".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience