KEJAR 24

Other Completed 44531

"She's pregnant?" Diandra menggengam kuat Iphone 5s miliknya itu. Gagal rancangannya.

"Sial betul perempuan tu. Apasal cepat sangat mengandung? Belum sempat apa-apa dah mengandung? Damn!" Diandra mencampak telefonnya ke lantai. Amarahnya membara.

"Sayang..apa bising-bising ni?" Faizal menarik Diandra kedalam pelukkannya.

"Lepaslah! I tengah bengang dengan bini nombor dua Rezza tu. Dia pregnant kot! Apasal cepat sangat sedangkan tak sampai dua bulan diorang kahwin?" Diandra menolak Faizal. Bilik hotel itu terasa bahang sedangkan air conditioner dipasang.

"Wah,Excellent Si Rezza dengan bini dia! I wonder, what kind of game that they played together?" Faizal menggigit bibirnya.

"Eh yang you ni gatal sangat kenapa?? Pervert!"

"Hello, I sorang aje ke yang gatal? Kalau I je yang gatal, both of us wouldn't be here...", Faizal tersenyum sinis. Perempuan jalang,tetap jalang, Diandra.

"Shut up! I tengah pening ni, you makin tambah pening I", Diandra mencapai bajunya yang berselerak di atas lantai sedari semalam.

"Heyy.. rilexlah.. I boleh tolong you asalkan.. satu or dua round lagi?? It's not enough laa baby", Faizal menarik baju di genggaman Diandra perlahan-lahan. Diandra termakan pujukkan Faizal lalu mereka terjatuh sekali lagi ke lembah hina itu.

............................................................

"Abang okey?" Gladys menyoal. Sejak kebelakangan ini, abang angkatnya itu bagaikan mayat hidup. Tiada langsung senyuman yang terukir di bibir lelaki itu. Kali terakhir dia melihat senyuman lelaki itu ialah dua bulan yang lepas.

"Entah lah.. I feel nothing but holes inside.." Harren meletakkan tapak tangannya di dada. Terasa kosong.

" Is it about Kak Irish again? Enough Abang.. Sampai bila abang nak sedih macam ni?? Kak Irish dah jelas-jelas tak cintakan abang", Gladys menegur. Kopi di meja dibiarkan dingin. Mungkin sedingin hati Tengku Hafiz Adrean itu.

"Ini bukan soal cinta tak cinta Gladys. Ini soal hidup dan mati. Gladys tahukan,cinta abang terhadap dia separuh mati?? Abang tak minta semua ni.. Abang bukannya tak cuba melupakan dia tapi dengan izinNya, rasa ini masih bertakhta di hati abang.

Kadang-kadang abang terfikir, salahkah jika menyimpan rasa ini? Salahkah abang sebagai seorang pencinta?? Tapi abang sedari, cinta sejati itu tidak semestinya memiliki. Abang tekad,biarlah rasa ini terus hidup didalam diri abang selagi abang masih diizinkan bernafas olehNya", Harren kelihatan pasrah. Baginya kini,biarlah rasa ini terus mengalir didalam dirinya. Mungkin Allah masih menyimpan rahsiaNya disebalik semua itu. Manalah tahu hujan di tengah hari ini kelak memunculkan pelangi?

"Abang, Gladys bukan apa.. Kak Irish tu bukan satu-satunya perempuan dalam dunia ni. Sedarlah bang. Jangan terlalu mengharap pada pintu yang telah tertutup sehingga abang leka dan tidak menyedari pintu lain yang telah terbuka dan menanti untuk abang", Gladys masih bertegas dengan kata-katanya. Jika Harren terus begini, pasti dia akan kehilangan lelaki itu.

Tengku Hafiz Adrean yang ceria,penuh dengan kejutan, kelakar, romantik kini hilang bagaikan dibawa angin semilir. Yang tinggal hanya kedinginan yang mencengkam.

"I can't. I born to fall in love only to one person, Irish Risteena Bella and it always be like that even for a thousand years", Harren meraup rambutnya kebelakang. Gladys terpana. Untuk yang keberapa juta kali, sekali lagi lelaki itu menggetarkan hati wanitanya.

Subhanallah, indah ciptaanMu. Sesungguhnya hambaMu ini tidak mampu bertahan walau sesaat tanpa mencintai lelaki bernama Tengku Hafiz Adrean ini.

"Gladys? Kasih Nur Gladys?" Harren melambai-lambaikan tangannya dihadapan gadis kacukan Melayu-Belanda itu. Gladys memang cantik,mungkin lebih cantik dari Irish tapi dia tidak tahu mengapa hati lelakinya tidak melahirkan getar untuk gadis itu.

"Maaf,termengelamun pula", Gladys kelihatan tersipu-sipu. Malulah dia kalau Harren tahu yang dia terpana melihat ketampanan lelaki itu.

" Gladys memang selalu mengelamun time keluar dengan abang. Huh...", Harren mencebik.

"Haih..mana ada selalu. Haha..touching pula. Dahlah.. Gladys nak cepat, petang karang ada latihan volleyball", Gladys mengambil beg sandangnya lalu mengucapkan selamat tinggal kepada Harren.

"Hati-hati! Jangan melencong tempat lain pula", Harren melambai kepada Gladys.

Gladys mengangguk. Genap sepuluh langkah dia berjalan, dia menoleh semula ke arah Harren.

'Abang termenung balik..hmm'. Gladys kecewa. Dia amat berharap lelaki itu akan terus memerhatinya sehingga dia hilang dari pandangan. Nampaknya hati ini terlalu berharap.

.............................................................

"You pasti ke rancangan kita ni akan berjaya??" Diandra sangsi dengan rancangan yang baru sahaja dirangka oleh mereka.

" 101% pasti. Kalau tak menjadi , we've got plan B.. ", Faizal bermain-main dengan hujung rambut Diandra.

"Okay, I percaya dengan you. So, bila nak mulakan rancangan kita ni?" Diandra menepis tangan Faizal yang sudah mula merayap.

" Tunggu dan lihat. I nak biar dia gembira puas-puas dulu biar nanti bila benda ni jadi,dia terkilan sangat", Faizal mengenggam tangannya.

"Sebab tu I suka you. You ni macam musuh dalam selimut. I tak sabar nak tengok kesengsaraan diorang and yang penting sekali, Rezza milik I", Diandra ketawa jahat. Dia sudah membayangkan Rezza berada dalam genggamannya.

"Haha..and yang paling penting, Irish akan jatuh ke tangan I", Faizal tersenyum sinis. Dia yakin rancangannya bakal berjaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience