KEJAR 25

Other Completed 44531

Irish mengusap belakang suaminya. Kasihan,tak sudah-sudah muntahnya. Morning sick katakan. Macam Rezza pula yang hamil.

"Awak,baru saya faham macam mana perasaan ibu mengandung. Susahnya asyik muntah-muntah, kena carry baby dalam perut tu, bersalin, pantang and macam-macam lagi", Rezza kelihatan gusar.

"Awak kenapa ni?? Ala, nak buat macam mana, semua tukkan dah ketentuan Tuhan. Tapikan.. saya teringin sangat nak makan tembikai susu", Irish tiba-tiba sahaja terliur apabila terkenangkan kemanisan tembikai susu.

"Tembikai susu?? Okay, awak tunggu kejap atau awak nak ikut saya pergi kedai?" Rezza bingkas bangun. Kebetulan, dia pun teringin hendak menjamah tembikai susu.

"Hee..saya tunggu kat rumah ajelah. Rasapenat nak berjalan pula. Lagi satu,boleh tak saya minta tolong awak pergi jenguk butik saya sekejap? Dah lama tak ke sana. Kasihan Ain. Nanti cakap kat dia, Esok saya datang jenguk butik", Irish terkenangkan butiknya yang lama tak dijejak semenjak dia mengandung. Sebenarnya dia terlintas juga untuk memindahkan hak milik butik itu kepada Ain tapi disebabkan prosedur-prosedur yang menyusahkan tu membantutkan niatnya.

Galerinya pula telah dijual kerana dia benar-benar tiada masa untuk menjalankan aktiviti fotografinya lagi.

Ayah pula sudah menempahnya untuk menjadi pejawat di syarikat perhotelan mereka setelah Irish bersalin namun Irish masih menimbangkan usul itu. Bukan apa, dia takut tiada masa untuk anaknya.

Irish mengusap perutnya yang sudah mula membesar. Kandungannya sudah mencecah usia 5 bulan. Alhamdulillah, dia tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang waktu itu.

Irish merenung ke luar tingkap apabila dia mendengar hon kereta. Rezza masih belum bertolak ke pasaraya kerana masih berbual dengan Diandra di halaman.

Semenjak dua bulan lepas, Diandra telah menetap bersama mereka dengan alasan dia tidak berani tinggal seorang diri di kondonya.

Irish tahu Diandra mempunyai niat tersembunyi dan tidak elok tapi dia tidak mempunyai bukti yang kukuh. Irish risau jika niat Diandra itu akan membahayakan diri mereka.

Diandra semakin hari semakin kurang ajar. Pernah sekali sewaktu Irish sedang mandi dan Rezza sedang lena tidur, Diandra masuk ke dalam bilik mereka dan tidur di sebelah Rezza.

Rezza yang menyangka Diandra itu adalah Irish memeluk erat pinggang gadis itu. Apabila tersedar, Rezza terus melenting.

Irish berang dengan alasan kurang bijak Diandra yang mengatakan dia mamai dan tidak sedar telah tersalah masuk bilik kerana bilik mereka bersebelahan.

Irish pasti, memang Diandra ada rancangan yang tidak baik untuk keluarga mereka.

...........................................................

"Faizal, bila kita nak start rancangan kita?? I dah tak boleh tunggu lagi. I dah tak sanggup tengok Rezza dengan bini-bini dia tu", Diandra mendengus kasar. Dia sudah tidak dapat menunggu lagi.

"Heyy.. sabarlah. Buat apa nak tergesa-gesa. I tak nak benda ni jadi kelam kabut. Kita kena rancang dengan teliti supaya rancangan kita berjaya", Faizal kelihatan tidak senang dengan sikap tidak sabar Diandra.

"Sampai bila I nak tunggu? Dah 3 bulan kita tak buat apa-apa. 3 bulan tu dah cukup lama untuk I menunggu", kata Diandra tidak sabar.

"Okay, macam nilah. I dah fikirkan satu rancangan terbaik dan rancangan tu akan dibuat hari ini", Faizal akhirnya memberi kata putus.

"Betul ke?? Apa rancangan you??" Diandra kelihatan begitu teruja. Nampaknya hasratnya akan tercapai tidak lama lagi.

"You cuma perlu tunggu dekat kondo you malam ni. Yang lain-lain I akan uruskan. You akan dapat Rezza malam ni", Faizal ketawa sinis.

"Hahaha..I suka cara you. You memang terbaiklah", Diandra kelihatan begitu gembira.

"I pun akan dapatkan Irish", kata Faizal.

"Apa yang you nak daripada Irish? You bukannya cintakan dia pun", Diandra kehairanan. Apa sebenarnya tujuan Faizal pada Irish.

" Sekemaruk mana you mahukan Rezza, macam tu lah I mahukan Irish. I cuma mahukan dia macam apa yang akan you buat pada Rezza malam ni", Faizal ketawa lagi.

"Semua ni untuk puaskan nafsu you lah? Wah, lelaki macam awak ni tak pernah puaskan?" Diandra menyindir. Lelaki ini memang tidak layak dijadikan suami kerana perangai hidung belangnya. Tetapi Faizal memang pandai menyembunyikan watak keduanya itu.

"We.. you tahu kan yang I tak pernah puas", Faizal berkata. Kejahatan dan cemburu telah menguasai dirinya. Kini, tiada apa yang dapat menghalangnya.

...........................................................

"Baiknya hati kau belanja aku makan hari ni. Ada apa-apa ke?" Rezza mengambil tempat dihadapan Faizal.

"Ala, bukan selalu pun. Aku cuma bosan duk rumah sorang-sorang. Tu yang aku ajak kau keluar makan", kata Faizal.

Rezza mengangguk. Orang dah belanja,takkan nak tolak kot. Faizal dan Rezza bersembang sementara menunggu makanan tiba.

Tiba-tiba telefon Rezza berbunyi semasa pelayan menghidangkan makanan.

"Jap eh, aku jawab call", Rezza berlalu keluar restoran. Aneh, kenapa Diandra menelefonnya?

"Hello?"

"Hello abang, abang ada dekat mana??Diandra takut", Kedengaran suara Diandra di hujung talian.

"Abang ada kat Restoran dekat-dekat dengan kondo Diandra. Kenapa?" Rezza berkata setelah memastikan lokasinya dimana.

" Abang, Diandra takut. Tolong datang kondo Diandra kejap. Cepat lah bang", Diandra menggesa. Suaranya kedengaran cemas.

"Kenapa ni? Kenapa Diandra tak balik rumah je kalau takut duk kat kondo?" Rezza membalas. Kenapa dengan Diandra? Suaranya kedengaran cemas sekali.

"Tadi masa Diandra pulang dari kerja, ada orang ikut belakang kereta Diandra. Diandra takut sebab orang tu masih ada dekat bawah", jelas Diandra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience