KEJAR 9

Other Completed 44531

"Assalamualaikum", Asfeerdaus menolak pintu kaca itu perlahan. Setelah hampir seminggu mencari akhirnya dia menemui alamat galeri milik adiknya.

"Waalaikumusalam,mas....Abang!" Irish kaget lantas terus menerpa ke arah abangnya.

"Macam mana abang boleh..?" Irish bertanya selepas meleraikan pelukannya namun pertanyaannya sempat dipotong oleh Asfeerdaus.

"Abang boleh hidu bau Irish dari jauh", Asfeerdaus berseloroh namun itu nampaknya bukanlah satu idea yang baik kerana dia telah menerima habuannya,cubitan berbisa by Irish.

"Main-main! Orang tanya betul-betul dia buat lawak bodoh pula", Irish mencebik.

"Hahaha,sakit betul cubitan Irish. Terasa bisanya. Hahahaha. Sebenarnya abang upah orang carikan alamat galeri Irish", Asfeerdaus mengosok pahanya perlahan. Pasti lebam dek cubitan Irish itu.

"Ouhhh..hebatnya orang suruhan abang! Mampu menjejaki galeri Irish yang indah lagi permai ini", Irish berkata sambil mendepangkan tangannya,konon berbangga.

"Apa kamu fikir galeri buruk kamu ni terlindung di bawah sihir fidelius?? sihir pelindung macam dalam Harry Potter tu?? Tolonglah", Asfeerdaus membuat gaya menjeluak sengaja menyakat adiknya.

"Fidelius? Harry Potter?? Oh, please lah brother. Zaman bila berHarry Potter segala ni?? Gosh, kolot! Hahahaha", Irish ketawa. Dia tahu abangnya memang peminat nombor satu cerita fantasi J.K Rowling itu. Pernah satu ketika dahulu abangnya menjerit kepadanya 'muggle! mudblood!' kononnya perkataan menghina bagi orang yang bukan ahli sihir.

Irish juga pernah curi-curi mengintai abangnya yang mengumamkan sesuatu seperti ' stupefy! expelliarmus!reducto! pertificus totalus!' yang kelihatan seperti mantera dalam cerita Harry Potter.

Irish ketawa geli hati memikirkan kisah itu. Melihat ketaksuban abangnya terhadap Fantasi Harry Potter itu menyebabkan dia sering mengungkit perkara itu sekiranya dia berbalah dengan Asfeerdaus.

"Kolot?? Haha. Twilight is more kolotlah! Hahaha. Apa?? Vampire and werewolf?? Pfft", Asfeerdaus membalas cemuhan Irish.

Irish menjelir lidah. Kalau bertikam lidah dengan Asfeerdaus keras kepala itu pasti akan berlanjutan sampai pagi.

Asfeerdaus ketawa. Tawanya terhenti apabila terpandang lukisan separuh siap di atas meja Irish.

"Brian Hariz Syahrezza? I thought you....",

"Tak abang.Irish tak pernah lupakan dia. I know he's belong to someone else but I can't forget him. He's my first love. You know it!" Irish membalas.

"Irish,bukan dia seorang je lelaki dalam dunia ni. There are more guys out there! Mungkin lebih baik dari dia", Asfeerdaus bertegas. Dia tidak mahu adiknya kecewa lagi.

"Abang, selagi Irish belum tersungkur, Irish tetap akan kejar dia. Mungkin bukan dalam erti kejar yang sebenar,tetapi Irish sentiasa meminta kepadaNya. Kalau betul Allah memang tidak menjodohkan Irish dengan dia kenapa rasa cinta ni masih ada dalam hati Irish? Dalam setiap denyutan nadi Irish??

Sedangkan Irish sentiasa berdoa agar Allah menghapuskan perasaan cinta ini seandainya dia bukan untuk Irish", Irish berkata panjang. Dia ingin abangnya tahu bahawa dia bukannya main-main dalam soal hati dan perasaan.

"Bukan macam tu maksud abang. Kamu tahu dia dah bertunang. Bayangkan perasaan perempuan tu bila dia tahu ada orang lain yang mencintai Rezza. Tentu dia merasa bersalah,sakit hati,tak keruan", Asfeerdaus cuba berlembut.

Irish bungkam. Dia baru terfikir tentang tunang Rezza. Apa perasaan gadis itu kalau tahu Irish turut mencintai tunangnya?

Setelah beberapa minit yang menjanggalkan berlalu,akhirnya Irish bersuara.

" Irish janji, Irish akan terus mencintai Rezza. Tapi Irish akan berhenti mencintainya setelah dia menjadi suami orang. Kalaupun masa itu Irish masih cintakan dia, Irish akan pergi jauh. Tak mahu kacau rumah tangga orang", Irish bertekad. Cuma itulah satu-satunya jalan penyelesaian yang ada.

"Abang pegang janji Irish. You deserve better life dear",

Irish mengeluh perlahan. Bukan mudah untuk mencintai apatah lagi membuang cinta. Bagaikan penyeksaan batin yang tidak terungkap dek tutur kata. Cuma Dia saja yang mengerti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience