KEJAR 31

Other Completed 44531

"Subhanallah!! Betul ke apa yang berlaku ni??" Encik Asyari menyoal Rezza.

"Betul. Tak guna Rezza tipu. Rezz takkan main-main dengan talak", tegas Rezza. Hatinya masih sakit dengan kejadian semalam.

"Kamu dah siasat betul-betul??" Puan Laili menyoal kembali.

"Rezz dah nampak dengan mata kepala sendiri. Sebab tu Rezz jatuhkan talak satu terus pada Irish".

"Kamu haram jatuhkan talak pada isteri yang masih berpantang. Tapi talak semalam itu telah sah.", Encik Asyari menambah.

"Ah,peduli halal dan haramnya. Yang penting perempuan itu aku dah ceraikan!" Rezza bertempik.

Satu tumbukan kena tepat pada perut Rezza.

"Bedebah kau!! Sanggup kau ceraikan Irish sedangkan dia ibu kepada dua anak kau!",Harren berteriak. Semua mata tertumpu pada mereka berdua.

"Hahaha. Entah-entah anak yang dia lahirkan tu bukan anak aku. Anak si Faizal mungkin", Rezza berkata bagaikan orang yang tidak siuman.

Harren menambah satu lagi tumbukan. Kawannya telah menjadi lawan.

"Dengar sini Brian Hariz Syahrezza, aku sedikit pun tak percaya dengan apa yang kau cakap. Irish bukan perempuan macam tu!"

"Mana kau tahu?? Mata aku ni yang saksikan segala kecurangan isteri aku. Isteri curang macam tu memang layak dijatuhkan talak pun!" Rezza membalas tumbukan sehingga Harren tersungkur jatuh ke lantai.

Harren mengelap hujung bibirnya yang berdarah.

"Sampai mati pun aku takkan percaya. Dengar sini Rezza. Setelah kau dan Irish sah cerai, aku akan kahwini dia dan akan jaga dia lebih baik dari kau".

"Terserah, aku tak nak perempuan kotor macam dia tu", balas Rezza acuh tak acuh.

Encik Asyari dan Puan Laili hanya mampu melihat pertelingkahan dua anak muda itu.

Harren menggeleng sebelum berlalu.Tiada guna dia bertengkar. Lebih baik dia mencari Irish.

"Lagi satu, aku takkan jaga anak-anak Irish bersama lelaki lain tu. Aku tak mengaku mereka anak aku!"

"Astaghfirullah!! cukuplah Rezza, jangan bertindak terburu-buru. Buruk padahnya!" Puan Laili beristighfar.

Harren tersenyum sinis.

"Mak cik, saya rela jaga Harraz dan Asya apatah lagi Adam yang saya dah anggap sebagai anak saya sendiri sebab mereka kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Saya juga takkan biarkan mereka tinggal dengan lelaki tak tahu dek untung ni!" balas Harren sebelum keluar dari rumah itu.

Encik Asyari dan Puan Laili menggeleng-geleng. Mereka buntu.

...…………………………………………………

Harren cuba menelefon Irish namun sejak dari tadi semuanya masuk ke peti mel suara. Dia hampa. Ke mana Irish pergi?? Adakah dia membawa diri setelah diceraikan oleh Rezza.

'Irish, kalau aku tahu semua ni akan berlaku, aku takkan benarkan kau kahwin dengan Rezza', Harren bermonolog. Hatinya merasa tidak tenteram. Maghrib hampir tiba namun dia tidak ketemu Irish.

Harren memusingkan keretanya ke arah sebuah masjid berhampiran. Lebih baik dia minta petunjuk dari Allah..

Sedang dia mengambil air wuduk, telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Nombor persendirian.

'Assalamualaikum, saya takkan balik lagi dan jangan cari saya. Anggap saya sudah mati- Irish'

Harren segera mengesan keanehan pada mesej itu. 'Saya' bukan 'aku'. Apakah yang telah terjadi pada Irish?? Adakah ini berkaitan dengan lelaki yang bersama Irish malam semalam menurut Rezza???

Harren segera menyudahi solatnya sebelum dia memandu kembali ke rumah Rezza. Semoga Irish selamat.

……………………………………………………

Faizal memandu keretanya dengan tergesa-gesa. Dia tidak mahu segalanya menjadi berantakkan. Dia perlu segera membuang Irish. Irish memang masih bernyawa tapi dia harus menghapuskan gadis itu. Dalam kekalutannya dia tidak menyedari ada seorang gadis sedang melintas jalan.

"Arghhhh!!" Jeritan gadis itu bergema. Tubuhnya tergolek-golek ke pinggir jalan. Wajahnya hampir hancur kerana terseret pada jalan.

Faizal segera memberhentikan keretanya. Kepanikkan merasuknya.Faizal membuka pintu kereta lalu segera menghampiri gadis malang itu.

"T...to..tolong saya", gadis itu menghulurkan tangannya namun tidak diendahkan oleh Faizal yang sedang sibuk menggodek beg milik gadis itu. Akhirnya barang yang dicarinya telah ditemui.

"Go to hell! " Faizal menginjak muka gadis itu dan menamatkan riwayatnya. Apalah nasib seorang gadis malang.

Faizal menuju ke arah keretanya lalu mengambil barang milik Irish sebelum menukarkannya dengan barang milik gadis itu. Kerjanya selesai!

Faizal meninggalkan mayat gadis itu di tepi jalan lalu meneruskan perjalanannya.

Tiba di sebatang anak sungai, Faizal mengeluarkan Irish dari kereta dan memasukkan sesuatu ke dalam kocek perempuan itu.

"Goodbye my one night stand", Faizal ketawa terbahak-bahak setelah dia menghanyutkan tubuh Irish.

Faizal mengelap tangannya lalu memasuki keretanya bagai tiada apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience