KEJAR 30

Other Completed 44531

"Terima kasih mama sebab beri Adam adik baru", Adam mengucup pipi Irish. Keriangan terpancar dari mata bundarnya.

"Mama je? Daddy??" Rezza mendukung Adam.

"Daddy pun sama. Adam tak sabar nak tunggu baby besar. Boleh Adam ajak diorang main sama-sama", celoteh Adam.

Irish dan Rezza ketawa. Kegembiraan Adam merupakan kegembiraan mereka berdua juga.

Adam menghampiri inkubator yang menempatkan baby Haraz dan baby Asya.

"Hai Haraz. Hai Asya. Ni abang Adam. Haraz dengan Asya cepat-cepat besar tau. Nanti boleh kita main sama-sama", Adam berbisik kecil pada kedua-dua adiknya.

Adam tersenyum riang. Dia sudah mempunyai teman bermain.

.......…………………………………………

Sudah tiga hari Dayana mengekori ke mana sahaja Diandra pergi. Dayana tidak akan mengalah selagi dia tidak menemui bukti tentang perbuatan jahat Diandra Adisha.

Semenjak dia mengekori Diandra, dia sering melihat Diandra keluar masuk hotel namun Dayana tidak pasti apakah tujuannya.

Dayana telah mengambil keputusan untuk mengekori Diandra masuk kedalam hotel tidak kira apa cara sekalipun.

Dayana keluar dari keretanya. Dia membetulkan purdahnya dan mengenakan kaca mata hitam bagi mengelakkan identitinya dikesan.

Dia melihat Diandra masuk ke sebuah bilik bernombor 313.

Dayana menghampiri pintu itu.

"I rasa tak gembira. Irish dan anak-anaknya selamat. Kita kena buat sesuatu", kedengaran sayup-sayup suara Diandra.

"Nak buat apa?" Seorang lelaki membalas.

"Kalau boleh kita bunuh sahaja mereka anak-beranak. Senang sikit kerja I. Tak adalah I kena berebut Rezza dengan diorang", Diandra ketawa.

Dayana yang berada di luar pintu terlopong besar. Rupanya Diandra menyimpan agenda jahat yang bisa mencelakai Irish.

"Betul ke nak bunuh diorang? You tak takut dengan polis?"

"Polis?? Apa you fikir I nak bunuh diorang terang-terangan? Heyy.. banyak lagilah cara nak bagi diorang mampus", Diandra membalas. Dia tidak takut apa-apa asalkan Rezza menjadi miliknya seorang.

Dayana ligat berfikir. Dia kena berbuat sesuatu supaya rancangan Diandra dapat dihalang. Ini melibatkan hidup dan mati Irish dan anak-anaknya.

Dayana berlari ke parkir lalu menuju ke arah keretanya. Dia akan menunggu sehingga Diandra keluar.

Dayana sempat menghantar mesej ke telefon Irish untuk memberi amaran namun malangnya telefon Irish tidak diaktifkan.

Setelah dua jam menunggu, akhirnya Diandra keluar dari hotel itu sambil berpelukkan mesra dengan seorang lelaki. Dayana tidak dapat mengecam wajah lelaki itu kerana suasana agak gelap.

Dayana berasa jijik melihat kelakuan Diandra yang sedang bercumbuan dengan lelaki itu sebelum mereka masing-masing berpisah. Kereta Diandra meluncur laju meninggalkan perkarangan hotel itu diekori oleh Dayana.

Dayana memecut laju cuba untuk memotong kereta Diandra. Dalam beberapa detik sahaja Dayana dapat memintas kenderaan Diandra dan memberhentikan keretanya dihadapan kereta Diandra.

"Hoi, gila ke!!" Diandra berteriak. Dia menekan hon berkali-kali.

Dayana keluar dari keretanya lalu menuju ke arah Diandra yang masih berada dalam perut kereta.

'Apahal dengan perempuan kolot ni?' Diandra tertanya-tanya lalu turut keluar dari kereta.

"Apa kau nak??" Diandra bersandar pada keretanya sambil memeluk tubuh.

"Apa aku nak?? Kau patutnya tanya diri kau. Apa yang kau nak?" Dayana membalas.

" Merepek apa??"

"Merepek?? Kau yang merepek. Kau tiba-tiba je hadir dalam hidup kami, rampas Rezza dari aku dan Irish, sekarang kau rancang nak bunuh Irish pula?" Dayana akhirnya tidak dapat menahan amarahnya.

"Ohh I see...Kau dah tahu lah ni?? Hmm.. apa ye nak buat dengan orang yang suka menyibuk macam kau ni??" Diandra ketawa sinis. Dia meraba kocek belakang seluarnya sebelum mengeluarkan sepucuk pistol.

Dayana menelan air liur. Dia tidak boleh bertindak sembarangan kerana Diandra boleh membunuhnya bila-bila masa sahaja.

"Apa yang kau nak buat?"

"Alang-alang kau dah tahu,baik aku tutup terus je mulut kau", Diandra mengacukan pistolnya tepat ke arah Dayana.

Dayana berundur beberapa langkah kebelakang. Nyawanya kini berada dihujung tanduk.

"Kalau kau bunuh aku, tentu semua orang akan tahu. Kau akan kena tangkap dan membusuk dalam penjara!" Dayana berteriak.

"Hahaha.. kau ingat aku nak bunuh kau lepas tu campak mayat kau depan balai polis?? Aku tak sebodoh itu lah perempuan", Diandra bermain-main dengan picu pistolnya. Bertahan sekejap Dayana, ajal kau akan tiba.

Dayana merasa tidak sedap hati. Dia segera mengeluarkan telefonnya lalu menaip mesej.

"Hoi, apa kau buat tu?!" Diandra menjerkah.

Dayana tidak menghiraukan kata-kata Diandra. Dia masih ligat menaip

"Aku pantang bila cakap dengan orang yang tak menyahut!" Diandra melepaskan sedas tembakan ke lengan Dayana.

"Allah!" Telefon ditangan Dayana terpelanting. Darah membuak keluar dari luka tembakan.

Diandra segera mencapai telefon Dayana yang tergeletak di bahu jalan.

'Abang, kalau Trisya mati ,cari Diandra kerana dia lah yang membunuh Trisya. Maafkan Trisya atas segala dosa Trisya sepanjang kita bersama. Trisya sayangkan abang' begitulah mesej yang dihantar oleh Dayana kepada Rezza.

Diandra berteriak marah apabila tidak berjaya membatalkan mesej itu. Mesej itu telah berjaya dihantar dan bila-bila masa sahaja tembelangnya akan pecah.

"Kau nak mati sangatkan perempuan?? Ambil ni!!" Diandra mengacukan pistol tempat ke dahi Dayana dan tanpa ragu-ragu dia menarik picu lalu melepaskan sedas lagi tembakan.

"Allahu Akbar", segaris nama suci Yang Maha Kuasa meluncur keluar dari bibir Dayana. Pandangannya semakin kelam dan dia merasakan terawang-awang dengan kesakitan yang hanya Dia sahaja yang tahu.

Diandra panik apabila melihat begitu banyak darah di atas jalan. Dia harus menghapuskan bukti ini. Diandra mengangkat jasad Dayana masuk ke dalam kereta Dayana. Dengan berhati-hati, dia meletakkan Dayana kembali ke tempat duduk pemandu sebelum dia menolak kereta itu ke gaung.

"Selamat tinggal Dayana", Diandra ketawa sekuat hatinya.

................................................................

Harren merenung inkubator itu lagi. Comel. Haraz memang serupa seperti Irish. Matanya, mulutnya,hidungnya tapi keningnya seperti Rezza.

Harren tersenyum kecil. Entah mengapa, hatinya tidak pernah dan takkan pernah pasrah dengan semua ini. Dia cuba membuang cinta itu namun makin hari ia makin mekar.

"Kau ni memang suka termenung kan?" Irish menumbuk bahu Harren. Rajin pula mamat ni datang hari-hari.

"Haha, mana ada.Ni aku tengah fikir nak suruh anak kau panggil aku apa. Uncle Tengku ke, uncle Hafiz ke, uncle Adrean or Harren je..Haha", Harren melalut.

"Papa", Irish menuturkan segaris ayat itu.

"Papa?"

"Papa. Aku nak anak-anak aku panggil kau papa sebab Rezza daddy diorang. Lagipun kau lah si gedik yang suruh Adam panggil kau papa. Alang-alang biar diorang semua panggil kau papa. Kan senang?" Irish ketawa kecil.

"Hahaha.. Aku okey aje. Kang suami kau jeles kang sebab anak-anak kau ada dua orang ayah? Lagi-lagi papa diorang ni lagi handsome dari daddy diorang", Harren membalas.

"Cehhh.. mana ada kau handsome", Irish berseloroh.

"Tak handsome?? Serious??" Harren mengelip-kelipkan matanya sambil membuat muka comelnya. Terserlah lesung pipit di sebelah pipi kanannya.

"Hahaha..okay-okay. Kau memang handsome", Jujur Irish. Dia berharap Harren tidak akan membuat muka comel itu kerana tentu tentunya Irish akan cair secairnya.

"Haha.. kalau handsome tapi tak dapat memenangi hati kau tak guna juga", suara Harren tiba-tiba mengendur.

"Nak buat macam mana, jodoh kita tak panjang. Tipulah aku tak pernah ada rasa cinta pada kau, Tengku Hafiz Adrean", Irish membalas.

Harren mendongak memandang Irish. Hatinya tersentuh.

"Hmmm.. andainya jodoh itu milik kita".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience