KEJAR 23

Other Completed 44531

"Uwek!" Rezza berlari ke tandas. Mualnya makin menjadi-jadi. Entah apa yang dia tersalah makan.

"Rezza,kau okey ke?? Faizal menegur rakannya itu.

"Im not okay. Dari pagi tadi aku asyik muntah aje", Rezza mengesat bibirnya.

"Kau kena pergi klinik ni. Takut kau keracunan makanan. Bahaya", Faizal menggosok belakang Rezza.

Kesian pula tengok temannya itu.

"Nanti karang aku pergilah. Banyak lagi kerja tak siap".

"Dude,listen to me. Pergi klinik sekarang. Kerja kau aku siapkan", Faizal menggesa.

"Yelah boss. Membebel mengalahkan mak aku", Rezza menumbuk lembut bahu Faizal lalu segera bergegas ke klinik.

"Hello darling? He's out. You can enter now", Faizal menelefon seseorang. Rupanya dia ada agenda sendiri disebalik kerisauannya terhadap Rezza sebentar tadi.

Cadangnya dia mahu meletakkan julap didalam makanan Rezza tapi nasib menyebelahinya kerana Rezza memang sedang sakit perut,jadi selesai satu kerja.

"Hye baby", Diandra memasuki ruangan pejabat itu lalu segera mengunci pintu.

Faizal tersenyum sinis. Diandra memang terlihat sebagai gadis modern dan seksi melalui penampilannya yang terdedah sana sini. Dress singkat ala-ala berkemban itu menonjolkan setiap bentuk tubuhnya. Faizal tahu,itulah cara Diandra mengumpan lelaki-lelaki hidung belang.

Dia mendekati Diandra lalu merapatkan dirinya dengan gadis itu.

"Nampaknya you memang senang diajak berunding", Diandra merangkul leher Faizal. Haruman lelaki itu mengasyikkannya. Tidak salah dia memilih Faizal untuk menjadi sekutu dalam rancangan kejinya. Faizal bukan sahaja tampan tetapi bijak. Ibarat menyelam sambil minum air, dia mempergunakan Faizal dan dia juga dapat memuaskan dirinya.

Lelaki itu akan menjadi batu loncatannya untuk mendapatkan Rezza. Sekutu terbaik!

"Well.. bergantung dengan ganjarannya lah. Lagipun you sedia maklum yang I memang bencikan Rezza kan? Dia dah rampas segala-galanya dari I. Jawatan CEO sepatutnya milik I kalau dia tak menyibuk", Faizal mendengus. Tangannya sudah menjelajah ke segenap tubuh Diandra.

"Hey.. sabarlah dulu. You've got your rewards tonight", Diandra menolak tangan sasa Faizal.

"A little reward please? Untuk yakin kan I you takkan berpaling tadah dari rancangan kita?" Faizal membalas. Dia tahu perempuan seperti Diandra senang diandali. Petik jari,boleh dapat dia.

"As your wish.. and for you information, I bukanlah orang yang suka mungkir janji", Diandra merapatkan wajahnya ke wajah Faizal.

Faizal tersenyum nipis.

...............................................................

"Sakit awak ni tak ada ubat. Awak kena tanya isteri awak. Saya rasa cuma isteri awak yang tahu puncanya", Doktor Sofiya berkata. Sememangnya dia sudah tahu punca penyakit Rezza itu namun dia masih belum yakin sepenuhnya.

"Kenapa kena tanya isteri saya? Lagipun isteri saya bukannya doktor", Rezza menggaru dagu.

"Tanya je dulu, awak mesti dapat jawapannya". Doktor Sofiya ketawa melihat gelagat teman lamanya itu.

Sofiya dan Rezza merupakan rakan sewaktu di universiti dulu. Walaupun berlainan aliran tapi mereka memang rapat disebabkan mereka sekampung.

"Kau ni Fiya, banyak songeh betul bila jadi doktor". Rezza mencebik.

" Eh, apa kau-kau? Awak saya ye. Kena profesional. Work time", Sofiya mengusik. Memang kesukaannya untuk bersikap formal sewaktu bekerja.

"Poyo. Dahlah, saya chaw dulu Doktor Sofiya", Rezza menekan perkataan saya dan Doktor Sofiya.

Sengaja mengusik temannya itu.

Sofiya ketawa. Apa-apa ajelah Rezza ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience