KEJAR 26

Other Completed 44531

"Hah? Kalau macam tu abang datang sekarang, jangan buka pintu kalau orang lain datang",Rezza segera mematikan panggilan.

Rezza kembali kedalam restoran dengan tergesa-gesa. Dia risau akan keselamatan adik sepupunya itu. Pasti Mak Longnya akan memarahi dia kalau terjadi apa-apa pada Diandra.

" Zal, aku kena pergi dulu. Maaflah tak dapat nak makan sekali. Adik sepupu aku minta tolong aku ke kondo dia. Katanya ada orang mengekori dia. Maaf and thanks sebab belanja aku", kata Rezza. Dia sempat menyedut sedikit air minumannya sebagai kebiasaannya jika dia ada hal kalau orang membelanjanya agar orang itu tidak kecil hati.

"Betul ke? Takpelah. Lain kali lah kita keluar makan lagi. Yang penting sekarang, keselamatan adik sepupu kau", balas Faizal.

"Thanks Zal",Rezza segera mencapai kunci keretanya lalu bergegas.

Perjalanan ke kondo Diandra cuma 15 minit dari situ. Rezza memandu sedikit laju kerana risaukan Diandra.

Rezza terasa bahang. Air conditioner dikuatkan lagi lalu tali lehernya di longgar kan. Kenapa tiba-tiba panas ni?

15 minit kemudian, Rezza sampai di perkarangan kawasan kondo Diandra. Dia segera masuk lalu menuju ke lif dan menekan angka lima. Diandra tinggal di tingkat lima.

Waktu dirasakan berjalan dengan lambat. Dia merasa semakin hangat. Peluhnya berjuraian di pipi.

Sampai sahaja di tingkat lima, dia segera menuju ke arah kondo milik Diandra.

"Diandra?" Rezza mengetuk pintu namun tiada jawapan. Kerisauannya semakin meningkat apabila pintu kondo Diandra tidak berkunci.

Rezza memulas tombol pintu. Kondo Diandra gelap tidak berlampu. Semua lampu tidak dipasang. Apa yang terjadi pada Diandra?

"Dian dekat mana?" Rezza memanggil lagi. Kepalanya terasa semakin berat. Dia membuka butang bajunya kerana kehangatan yang tidak dapat ditahan.

Rezza terus menuju ke master bedroom yang merupakan bilik Diandra. Pintu bilik itu terbuka sedikit mendedahkan keadaan bilik itu yang agak suram namun diterangi dengan sedikit cahaya. Mungkin dari lampu meja.

Rezza menolak pintu bilik. Akhirnya dia menjumpai Diandra terbaring di atas katil dengan tubuh yang hanya dibaluti tuala.

Tiba-tiba, kepalanya terasa ringan namun bau haruman minyak wangi Diandra menghairahkan dia.

Rezza membuka butang bajunya satu persatu lalu dicampak ke lantai. Dia memanjat katil lalu duduk bersebelahan dengan Diandra. Diandra masih tidak bergerak.

Dalam kesamaran, Rezza perlahan-lahan mengusap pipi Diandra. Dia bagaikan hilang kawalan diri.

Diandra tersedar. Dia kelihatan kaget apabila melihat Rezza disampingnya.

"Apa abang buat ni?" Diandra menyoal apabila melihat Rezza tidak berpakaian. Rezza mendekati Diandra. Tangannya cuba meleraikan tuala di tubuh Diandra.

"Shhh... I want you so badly", Rezza berkata sebelum membenamkan wajahnya ke leher Diandra. Tangannya menjalar ke seluruh tubuh Diandra.

"Abang, lepaslah! Jangan buat Diandra macam ni", Diandra meronta. Tangan Rezza sudah memeluk erat pinggangnya. Tuala yang di pakainya hampir terlucut dek kekuatan Rezza.

" Shh..you're mine tonight. Don't worry. Im not gonna hurt you.. Just relax", kata Rezza lagi. Akhirnya Diandra tidak bisa membuat apa-apa selain menyerahkan 'mahkotanya' kepada Rezza.

"Tskk...tskk", Rezza memisatkan matanya apabila mendengar tangisan seseorang. Kepalanya terasa berat dan dia merasakan kesejukkan. Dia melihat suasana sekeliling yang kelihatan asing baginya.

Dimana dia?? Tubuhnya berasa sengal-sengal.

"Tskk...Tskk", suara tangisan itu kedengaran lagi. Rezza yang sudah sedar sepenuhnya terkejut besar apabila mendapati dirinya tidak dibaluti seurat benang pun.

Rezza bingkas bangun dan mencapai selimut untuk menutupi tubuhnya yang terdedah.

Dia cuba mengingati apa yang terjadi semalam namun tidak berdaya. Rezza mencari suara tangisan itu.

Diandra!!

Rezza kaget melihat Diandra yang sedang menangis disudut bilik. Tubuh Diandra juga tidak ditutupi apa-apa. Rezza merasa tidak sedap hati. Berdasarkan keadaan mereka berdua sekarang, adakah....??

"Diandra??" Rezza mendekati Diandra.

"Jangan dekati aku, binatang!" Diandra berteriak lantang. Tubuhnya bergegar menahan amarah.

"Apa maksud Diandra? Apa yang dah jadi ni?" Rezza kelihatan runsing. Dia dapat menghidu sesuatu yang buruk.

"Kau jangan nak berpura-pura baik! Aku tak sangka ni rupanya manusia bertopengkan setan, Rezza!"

"Kenapa Diandra cakap macam tu?"

"Kau jangan nak berpura-pura lagi. Aku rasa kau dah tahu jawapannya kan?? Kau dah rogol aku! Kau dah ragut benda yang paling berharga dalam hidup aku!" Diandra bagaikan dirasuk.

Rezza menggeleng kepala. Ini semua tidak mungkin berlaku. Diandra tipu!

" Diandra jangan nak tipu abang!" Rezza membentak.

"Tipu? Abang boleh tengok sendiri rakaman cctv tu", Diandra menuding ke arah komputernya.

Rezza kaget. Jika benar ini semua salah dia tapi kenapa dia tidak mengingati apa-apa?

Rezza memainkan rakaman cctv itu. Akhirnya dia terjelepok kerana tidak percaya apa yang telah dilihatnya dalam rakaman itu.

Benar, dia yang bersalah. Dia yang telah meragut kegadisan Diandra.

Rezza meraup wajahnya. Dia tidak menyangka ini akan berlaku.

"Maafkan abang ,Diandra. Abang tak tahu macam mana semua ni boleh berlaku. Abang langsung tak ingat apa-apa", Rezza mengeluh. Dengan bukti kukuh itu, dia sudah tidak mampu menidakkannya lagi.

"Nikahi Diandra", laju Diandra menuturkan ayat itu.

" Apa??!"

"Jadi abang nak lepas tangan ajelah? Biarkan Diandra macam ni sampai tua? Lelaki mana lagi yang mahukan Diandra yang dah kotor ni?" kata Diandra sebak.

"Abang....", Rezza kelu. Benar kata Diandra. Dia harus bertanggungjawab atas ketelanjurannya. Tapi apa kata keluarganya? Trisya?? Irish yang sedang sarat mengandung pasti kaget apabila mendengar berita ini.

"Abang janji akan nikah dengan Diandra?"

"Abang...janji", Rezza akhirnya terpaksa memberi kata putus.

Rezza mencapai bajunya lalu segera pulang ke rumah.Dia harus menenangkan dirinya dahulu. Semua ini terjadi terlalu cepat dan mengejut.

"Maafkan abang Diandra. Abang tak tahu macam mana semua ni boleh terjadi tapi selaku lelaki, abang akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan abang", begitulah sms yang dihantarkan oleh Rezza tidak lama setelah dia pergi.

Diandra tersenyum sinis. Mission accomplished!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience