KEJAR 33

Romance Completed 45020

Hana kelu. Kepalanya terasa berat bagaikan ada sesuatu yang menyekat segala saluran di kepalanya.

Siapa lelaki itu??

Hana teringat akan pertemuannya dengan lelaki yang bernama Harren dan kanak-kanak kecil bernama Adam.

Entah mengapa, dia merasakan sesuatu yang kosong dalam jiwanya seperti ia minta diisi.

Hana mula merasa pening. Kenapa dia merasakan bukan seperti dirinya sendiri??

"Siapa Irish??" Hana bertutur sendirian. Matanya dipejam buat seketika. Semuanya menjadi kelam.

……………………………………………………

Hujan turun dengan lebat. Irish menutup kepalanya dengan tangan lalu berlari ke arah pondok sekolah. Bajunya basah kuyup.

"Sejuk??" Kedengaran seorang lelaki menegurnya. Encik Pengawas!!

"Err...aaa..sejuk lah juga", Irish mengangguk perlahan. Dia segan berduaan bersama Rezza.Apatah lagi dalam keadaan dia basah lencun.

"Nah, pakai ni", Rezza membuka blazer pengawas miliknya lalu diserahkan kepada Irish.

Dengan teragak-agak Irish mengambil blazer itu dari tangan Rezza. Jantungnya terasa hendak meletup.

Dia menyarungkan blazer itu dan segalanya berubah menjadi hangat. Bau haruman Rezza yang melekat pada blazer itu menenangkan dia.

Rezza tersenyum kecil ke arah Irish. Gadis itu kelihatan comel. Wajahnya merah bagaikan udang terbakar. Kalau saja Irish tahu Rezza tahu tentang perasaan Irish pada Rezza apa agaknya reaksi Irish?

Mereka berdua membisu agak lama lalu kesunyian itu dipecahkan dengan teguran seseorang.

" Kat sini rupanya korang. Merata aku cari. Eh.. comelnya kau pakai blazer", Harren mengambil tempat di antara Irish dan Rezza.

"Aku pinjam Rezza punya", perlahan sahaja suara Irish.

Rezza mengangguk.

"Rish, jom main hujan?? Dah lama aku tak main hujan", Harren menarik hujung blazer yang dipakai Irish.

Irish terlopong. Betul juga kata Harren dia pun sudah lama tidak main hujan. Teringin!

"Rezza, nah. Terima kasih sebab bagi pinjam blazer", Irish menghulurkan kembali blazer Rezza sebelum berlari ke arah Harren yang sedang asyik bermain hujan. Seperti kanak-kanak!

Rezza mengangguk kecil. Dia hanya memandang Irish yang

sedang sakan berkejaran dengan Harren.

……………………………………………………

Hana tersedar dari lenanya. Sekali lagi dia mimpikan dua orang lelaki itu. Tapi siapa mereka?? Apa kena mengena mereka dengan Hana??

"Hana, ada orang nak jumpa!!" Maya berteriak dari luar bilik. Hana melangkah malas ke meja soleknya lalu menyarungkan tudung syirianya. Senang nak pakai. Bukan mudah untuk Hana menguruskan diri dalam keadaan buta. Namun alah bisa tegal biasa.

Hana keluar dari biliknya lalu teraba-raba menuju ke ruang tamu.

"Siapa nak jumpa aku??" Hana menyoal apabila lengannya dicuit Maya.

" Tak tahu, tapi mana kau kenal mamat handsome macam Leonardo De Caprio tu??" Maya berbisik.

"Mamat handsome?? Setahu aku, aku tak kenal mana-mana lelaki tapi mungkin...", Hana teringat kejadian semalam lalu perlahan-lahan mengatur langkah ke halaman rumah.

"Cari saya??" Hana menyoal. Dia tidak tahu di mana lelaki itu berada jadi suaranya dilantun kuat dari biasa.

" Yaa, saya lelaki semalam yang jumpa dengan awak dekat Kafe. Saya Harren", Harren yang betul-betul berada di hadapan Hana membalas.

Harren begitu yakin gadis itu ialah Irish kerana wajah mereka sama 100% dan yang menguatkan buktinya adalah kata-katanya yang disambung Hana semalam.

"Macam mana awak tahu saya tinggal dekat sini?" soal Hana. Gerun juga dengan orang tak dikenali itu namun entah mengapa Hana selesa dengannya.

"Semalam saya follow kereta awak and maaf saya bukan orang jahat sebenarnya. Saya cuma nak pastikan awak sebenarnya Irish atau bukan", balas Harren.

Hana bingung.Mengapa lelaki itu menganggap dia adalah Irish?

"Ala,mungkin kebetulan kot muka saya macam dia? Yelah, kita kan ada tujuh kembar dalam dunia ni",jelas Hana.

"Tapi mengapa awak boleh sambung ayat saya semalam?? Ayat tu saya cuma pernah tuturkan pada Irish sahaja", Harren cuba menguatkan kenyataan.

"Err..yang itu.. Hmm. saya pernah mimpi seseorang tuturkan ayat itu pada saya. Lelaki tu berlesung pipit di pipi kanan ", jelas Hana lagi.

Harren terlopong. Apa benar kata-kata Hana itu?? Kalau benar, Harren yakin lelaki yang dimimpikan oleh Hana adalah dia. Tapi kenapa Hana mimpikan dia??

Harren teringat akan artikel yang pernah dibacanya tentang amnesia. Orang yang hilang ingatan biasanya kadang-kadang akan termimpikan kisah silamnya.

"Hana, selain dari tu awak ada mimpi benda lain lagi tak??" Harren bertanya. Dia harus memastikan kebenaran.

"Ada, saya mimpi tentang seorang lelaki yang pakai blazer warna maroon dan berseluar putih. Mungkin pengawas sebab suasana dalam mimpi tu macam waktu sekolah", Hana memberitahu.

Sekali lagi Harren kaget. Adakah lelaki itu Rezza??

"Hana, kalau saya cakap awak ni sebenarnya hilang ingatan and awak adalah Irish awak percaya tak?" Harren berkata. Matanya tepat memandang ke wajah Hana.

"Errr... saya tak tahu. Sebenarnya saya tak ingat apa yang terjadi pada saya. Apa yang saya tahu, mak kata saya memang buta dari kecil dan saya tak pernah pergi tempat lain selain kampung saya di Ipoh. Tapi apa yang mak saya cakap tu satu pun saya tak pernah ingat", akhirnya Hana meluahkan isi hatinya. Sepanjang dua tahun dia merasakan dia bukan dirinya yang sebenar.

Harren meraup wajahnya tanda syukur. Dia kini pasti gadis itu adalah Irish namun dia perlukan sesuatu.

"Awak kisah tak kalau saya minta sehelai rambut awak?" Harren menyoal. Dia sebenarnya terlintas untuk membuat ujian DNA pada Hana dan Asha serta Harraz. Kalau keputusannya positif,maka benarlah Hana adalah Irish.

Hana bingung namun dia menuruti permintaan Harren. Mungkin lelaki itu ada cara untuk mengesahkan siapa dirinya sebenar.

Harren tersenyum kecil. Terima kasih Allah kerana kau masih terus menyuluh sinar dalam hidup hamba-Mu ini.

……………………………………………………

Hana mendail nombor emaknya. Dia ingin mendapatkan kepastian siapa dirinya yang sebenar.

"Assalamualaikum mak", Hana memberi salam setelah Mak Mila mengangkat telefon.

"Haaahh..Walaikumusalam. Panjang umur kamu. Mak baru nak telefon. Kamu sihat?" Mak Mila kelihatan gembira apabila mendapat panggilan dari anaknya itu.

"Alhamdulillah mak, Hana sihat. Mak macam mana??"

"Syukur, mak masih boleh bernafas", seloroh Mak Mila.

"Haha.. mak ni. Ada aje lah lawak mak. Mak...Hana nak tanya boleh???" Hana menyoal.

"Ha.. tanyalah. Macam selama ni mak tak kasi kamu tanya", Mak Mila membalas.

"Mak.....betul ke Hana ni anak kandung mak??"

Mak Mila kelu. Dia tahu, Hana pasti akan bertanya tentang soalan ini. Dulu doktor pernah memberitahu tentang pesakit amnesia yang ada kemungkinan akan ingat masa lalunya.

Mak Mila menarik nafas panjang sebelum dia menceritakan segala-galanya pada Hana.

Hana terkedu sepanjang penjelasan emaknya. Dia tidak menyangka apa yang difikirkannya adalah benar.

"Kenapa mak tak pernah cerita dekat Hana sebelum ni??"

" Doktor yang suruh Hana. Doktor kata biar Hana ingat segala-galanya sendiri. Biar Hana pulih sendiri. Itulah yang mak cuba buat selama ni", Mak Mila sebak.

"Mak, mak risau eh kalau Hana ingat semuanya nanti Hana lupakan mak? Mestilah Hana takkan lupakan mak. Mak yang dah jaga Hana selama dua tahun ni", Hana turut sebak.

Mak Mila mula teresak. Dia tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa Hana.

"Mak jangan risau. Hana tetap sayangkan mak sebab mak adalah mak yang paling awesome!" Hana ketawa bagi menceriakan emaknya.

"Haha..merepek lah kamu ni.. Tapi mak tahu mak memang awesome", Mak Mila membalas. Dia brsyukur memiliki Hana walaupun dia hanya pinjaman dari Allah buat sebentar sahaja.

……………………………………………………

Rezza meraup wajahnya. Dia bagaikan mayat hidup. Dia merasakan nyawanya tidak panjang lagi.

Rezza disahkan tuberculosis tahap kritikal. Nyawanya bila-bila masa sahaja boleh ditarik malaikat maut..

Rezza teringat tentang Irish. Dia ternyata salah menilai isterinya itu. Apa yang dilihatnya pada malam dia menceraikan Irish itu ternyata dusta. Itu semua adalah akal Diandra yang cuba memisahkan dia dan Irish.

"Maafkan saya Irish", tangis Rezza dalam sendunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience