KEJAR 7

Other Completed 44531

Rezza mengesat keringat di dahinya. Penat!

Ni semua sebab Harren lah. Suka sangat ajak aku main badminton. Ajak lah main boling ke,game indoor ke, tak adalah lencun sampai macam ni.

"Hai Rez, baru sikit pun dah pancit? Bukan dulu kau lagi aktif dari aku ke? Tokoh Kokurikulum pulak tu ", Harren memerli. Sengaja mahu mengusik Rezza.

"Haha,dulu aku tak dibebankan dengan kerja office yang dah menimbun macam menara KLCC tu. Now,everythings change", Rezza duduk sambil meneguk air 100 plus miliknya.

"Adam, Jangan lari-lari! Nanti jatuh", Irish mengejar Adam yang sedang berlari gaya kapal terbang di sekeliling padang.

Rezza dan Harren segera menoleh. Suara itu macam biasa didengar sahaja.

"Rezz, tu bukan Irish ke?? Ex-clasmate kita?" Harren segera berdiri lalu berlari ke arah Irish,diikuti oleh Rezza.

" Cik Irish Risteena Bella,ataupun lebih senang dipanggil puan?" satu suara menegur Irish dari belakang.

Allah! Siapa pulak yang tahu nama panjang aku ni?? Irish memusingkan badannya.

Sekali lagi dia terkejut! Harren dan..... Rezza!!

" Err, maaf encik. Nama saya bukan Irish Risteena Bella. Encik silap ni", aku cuba meloloskan diri. OMG! Dah lah aku tengah comot.

"Ehh..mana boleh silap! Saya kenal tahi lalat mahal kat pipi awak tu. Haaa lesung pipit pun sama. Yang bezanya tak pakai cermin mata je. Dulu nerdo, sekarang dah ayu..Kan Rezza?" Harren cuba memancing. Dia yakin benar gadis dihadapannya itu adalah Irish.

"Siapa nerdo?? Kurang asam kau Harren", Pap! Jerat mengena. Irish mengetap bibir. Ops,kantoi!

"Haaa.. kan! I know its you. Tak boleh nak tipu akulah", Harren ketawa jahat kemudian disambung oleh Rezza.

Aku mencebik. ,Haih,nasib badan. Bukannya aku tak suka jumpa Harren. Apatah lagi Rezza tapi, dengan keadaan aku yang begini, aku segan.

"Anak kau??" Harren menyoal. Tangannya perlahan mengusap rambut lembut si kecil itu.

"Haah, Ryan Adam Rizki. Adam,salam uncle", aku berkata lembut.

Terkedek-kedek Adam menyalami Harren dan Rezza.

"So.. dah kahwin?? Sampai hati tak ajak saya", Tiba-tiba saja Rezza membuka mulut setelah sekian lama berdiam diri.

"Errr.. haah.. Maaflah. Lost contact", aku mencari alasan. Fuh! Berani mati sungguh statement aku tadi. Dah kahwin!

"Mama", Adam menarik bajuku. Mukanya kelihatan pucat.

"Adam, are you okay?" aku segera mengendong tubuh kecil itu. Mata Adam kelihatan layu,bibirnya pucat.

"Rish,anak kau sakit tu! Bawak dia pergi klinik jom!" Harren menarik lenganku selamba badaknya. Nasib berlapik. Kalau tidak mahu senget muka handsome si Harren tu kena penampar azimat aku.

****************************

Adam masih terlantar di katil wad. Kata doktor, Adam kekurangan air dalam badan. Maklumlah, cuaca panas sejak kebelakangan ini.

Irish kelihatan sugul. Wajahnya diraup berkali-kali. Risau sungguh dia dengan keadaan Adam.

Harren memerhati dari jauh. Dia berasa kasihan dengan Irish.

" Apakan daya, dia sudah bersuami. Aku terlambat untuk menyatakan cinta. Cinta yang mulai tumbuh sejak dulu", Harren bermonolog. Kini terbuktilah dia mencintai Irish.

Selama ini dia hanya mampu menyepi kerana dia tahu Irish cinta mati terhadap Rezza.

"Harren, aku balik dulu. Batrisya sakit lagi", Rezza berkata. Wajahnya kelihatan muram. Pasti dia sedang tertekan,tebak Harren.

"Okey,kirimkan salam aku dekat Batrisya. Drive elok-elok", Harren menepuk bahu sahabatnya. Kasihan.

"Hmm,yela. Jagakan si Irish tu. Aku tak yakin dia dah bersuami. Kau tahulah perangai gila-gila dia tu. Jangan risau,kau ada peluang lagi", Rezza sempat berseloroh.

Harren ketawa hambar. Dia tak mungkin jadi milik aku Rezz. Irish cintakan kau separuh mati. Hati dia cuma ada kau.

**************************

"Bonda! Sampai hati bonda usir Irish dari rumah kita?? kenapa Bonda?? ", Asfeerdaus membentak marah. Sangkanya, apabila pulang ke Malaysia, dia dapat melepaskan rindu terhadap adik kesayangannya itu.

"Anak derhaka macam tu tak layak tinggal dalam rumah kita ni Feer", Datin Camelia membalas. Nadanya bagaikan cukup membenci Irish.

" Anak derhaka?? Sebab apa? Sebab Irish ambil budak tu jadi anak angkat?? Sebab itu ke bonda??" Asfeerdaus masih tidak berpuas hati. Alasan bondanya tidak kukuh.

" Feer tahukan budak tu anak haram?? Anak tong sampah?? Entah anak siapa-siapa yang dia jumpa lepas tu bawak balik rumah ni! Jijik!" Bonda mengeluarkan kata-kata kesat itu. Sungguh kabur mata Bonda yang hanya melihat kepada kesempurnaan sahaja.

"Budak tu tak berdosa bonda, anak yang lahir daripada hubungan yang tidak sah bukannya jijik bonda. Anak itu ibarat kain putih, anak itu anugerah Tuhan. Kenapa kita yang sebagai hambaNya yang hina menjatuhkan status anak itu sebagai haram??

Patutlah Irish pinjam duit pada Feer. Rupanya orang tua yang dah besarkan dia selama ni dah usir dia dari rumah hanya sebab hati nurani Irish yang sanggup menjaga budak tu", Asfeerdaus mendengus. Kenapa bonda tidak memahami semua ini? Dimana hilangnya sikap perikemanusiaan bonda??

"Pokok pangkalnya bonda tak suka dengan keputusan Irish,bonda lagi rela kehilangan dia daripada menanggung malu membesarkan anak haram dalam rumah agam ni!" Datin Camelia kelihatan tidak cukup nafas. Dadanya turun naik menandakan dia benar-benar marah.

"Feer nak keluar dari rumah ni! Nak cari adik feer. Kalau itu pun bonda tak setuju juga,anggaplah Feer tak pernah wujud dalam hidup bonda", Asfeerdaus meluru keluar dari rumah itu tanpa menoleh sedikit pun.

Datin Camelia menjerit sekuat hatinya. Dia memecahkan apa sahaja barang yang dapat dicapainya.

"Ada anak pun tak ada guna!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience