KEJAR 17

Other Completed 44531

Irish kelu. Jiwanya kosong.

Perlahan-lahan Irish membuka pintu biliknya lalu memeluk Dayana yang kelihatan amat terseksa.

"Irish..saya merayu.. tolonglah saya. Kahwini Rezza. Mungkin ini permintaan terakhir saya",

"Shh...Dayana.. jangan cakap macam tu. Awak kena terus berdoa. Allah itu sentiasa ada untuk hambanya", Irish mengusap lembut bahu Dayana.

"Demi saya Irish..Janjilah yang awak akan kahwini Rezza. Saya tak rela Rezza berkahwin dengan orang lain", Dayana mengongoi.

Irish menghela nafas panjang. Ya Allah..aku berserah kepadaMU.. semoga pilihan ku ini mendapat redaMu.

"Saya...setuju", Irish merasakan bagaikan ada satu beban yang sangat berat terpaksa digalasnya kini.

Dayana memeluk Irish erat. Cuma Tuhan sahaja yang bisa membalas kebaikanmu, Irish Risteena Bella.

.............................................................

Irish merasakan kakinya lemah tatkala berpijak di bumi Malaysia. Jantungnya bagaikan hendak luruh.

"Irish..mari ke sana.Ambik luggage"

Dayana yang sedang mengendong Adam yang tertidur kepenatan menarik lengan Irish yang kelihatan bungkam.

"Dayana..saya", Irish terasa hendak melarikan diri daripada kemelut ini. Kakinya terasa ringan untuk berpatah balik.

"Irish. Tabahlah.Sekuat semangat saya untuk teruskan hidup", Dayana mengenggam lembut tangan Irish.

Irish menarik nafas panjang sebelum mengatur langkahnya ke tempat mengambil bagasi.

Irish terkenang peristiwa di mana dia telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke London dengan azam untuk memulakan hidup baru.Kini ia seakan-akan melemaskan dirinya kembali ke kenangan lama sekaligus menghancurkan azam dan impian barunya.

Bagasi sudah diambil.Kini tinggal hanya menguatkan langkah demi langkah untuk ketemu dia..Rezza.

Dayana mengelus lembut belakangku setelah melihat kelibat Rezza di kejauhan.

"Irish..awak kena kuat", Dayana berbisik kepadaku sebelum menerpa ke arah Rezza.

Mereka berpelukkan seketika. Irish merasakan dia seperti duri yang akan melukai hati insan yang sedang berkasih itu.

"Assalamualaikum", Irish memberi salam tanpa memandang wajah Rezza,lelaki yang pernah mencuri hatinya.

"Waalaikumusalam. Awak apa khabar?"

"Alhamdulillah.Masih bernafas sehingga kini",

"Haha..masuklah..Kasihan Adam kepenatan.Awak pun tentu penatkan?"

Irish mengangguk. Dia kemudiannya membuka pintu belakang Harrier kepunyaan Rezza lalu meloloskan diri kedalam kereta mewah itu.

Dayana sempat tersenyum kepada Irish. Senyuman itu indah..sayangnya ia dilatari penyeksaan jiwa yang tak mampu diungkapkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience