KEJAR 18

Other Completed 44531

"Haa..masuklah..Dah sampai pun bakal menantu ibu ni. Masuklah",Puan Laili memeluk dan mengucup pipi Irish sebelum memeluk Adam.

Nampaknya Puan Laili telah mengetahui perihal Adam.

"Ouh..jadi inilah anak angkat Irish? Hmm..bagusnya..ada sifat keibuan.Insha Allah,dah kahwin dengan Rezza tentu cepat dapat zuriat", Puan Laili berkata sinis sambil menjeling ke arah Dayana.

"Ibu..apa ni?? kahwin pun belum ibu dah cakap pasal zuriat", Rezza menegur lembut tindakan ibunya.

" Kamu tu satu-satunya anak ibu. Ibu ni pun dah tua.Nak merasa ada cucu. Nak mengharap dari orang tu memang taklah", Puan Laili terus menghamburkan sindiran kepada Dayana yang kelihatan hampir menangis.

Rezza mengeluh. Dia menarik lengan Dayana kebilik mereka. Mungkin cuba untuk menenangkan Dayana.

Puan Laili mencebik.

"Puan,saya balik rumah dulu lah.Saya pulang ke Malaysia ni pun tak bagi tahu dekat family saya",

"Boleh sayang. Hah.jangan panggil Puan,panggil aje ibu. Kejap ibu suruh Rezza hantar kamu. Buat apa lama-lama dengan perempuan tu dalam bilik.Bukan boleh dapat anak", Puan Laili merungut sebelum berlalu kebilik Rezza.

Irish menggeleng kepala.Dia tidak menyangka ibu Rezza setega itu terhadap Dayana.

Irish menoleh kearah Adam yang sibuk mengejar anak itik di halaman. Entah,siapa punya anak itik.

"Irish,maaf susahkan awak.Mari saya hantar balik", Rezza kelihatan sugul. Puan Laili pula kelihatan serius.Mungkin berlaku pertengkaran antara mereka sebentar tadi.

"Makcik.. Irish balik dulu", Irish menyalami Puan Laili.

"Jadikan nak jadi menantu ibu?" Puan Laili menyoal.

Irish terkedu. Dia sempat mengerling ke arah Rezza. Rezza cuma mengangkat keningnya.

"Err...Insha Allah", ,Irish mnjawab. Rezza mendukung Adam lalu membawanya ke arah kereta sambil diekori oleh Irish.

"Tengok,macam pinang dibelah dua", Puan Laili sengaja meninggikan suaranya kerana dia menyedari kehadiran Dayana dibelakangnya.

..............................................................

"Maafkan saya sebab susahkan awak", Rezza memecahkan kesunyian yang bersarang.

Irish mengangguk perlahan.

"Saya tahu semua ni memang mengarut. Tapi, awak sendiri nampak perangai ibu kan?? Selagi saya tak kahwin lain,selagi tu Trisya terus disakiti",

"Rezza..saya ikhlas tolong awak dan Dayana tapi..saya tak mahu kehadiran saya akan menganggu rumah tangga awak berdua",

"Seharusnya saya yang perlu tanya soalan tu dekat awak. Adakah permintaan saya dengan Trisya ni keterlaluan?? Bahagia kah awak kalau kahwin dengan saya?? Sanggup bermadu?" Rezza mengajukan bertubi-tubi soalan.

Irish terdiam.Dia masih belum terfikir sehingga ke tahap itu.

"Irish..saya rasa mesti Trisya dah cerita kan tentang perasaan saya pada awak dulu?"

"Err..ada", Irish terasa mahu menukar topik perbualan itu kerana takut Rezza akan mengetahui perasaannya terhadap Rezza.

"Maafkan saya. Saya tahu mungkin ini kedengaran lucu tapi perasaan tu masih saya simpan jauh dilubuk hati saya.Mungkin tidak banyak.Tapi kalau dipupuk, Insha Allah ia akan tumbuh semula.

"Irish Risteena Bella,will you marry me?" Rezza berkata seraya memberhentikan keretanya dibahu jalan.

Irish hampir terlopong. Berkali-kali dia mencubit lengannya bagi memastikan itu bukan mimpi.

Rezza masih merenung Irish yang kelihatan serba salah.

"Kalau awak tak boleh jawab sekarang takpela.. Saya sanggup tunggu jawapan awak", Rezza berkata lalu menghidupkan semula enjin kereta. Perjalanan menuju rumah Irish diselubungi dengan suasana yang kekok.

Tidak lama kemudian, kerete yang dipandu Rezza sampai di perkarangan villa keluarga Irish.

"Err..Rezza, masuklah dulu",

"Boleh juga. Mari saya tolong bawakkan beg tu", Rezza menghulurkan bantuan.

Irish menyerahkan beg nya kepada Rezza lalu terus melangkah menuju ke pintu utama.

"Assalamualaikum", Irish memberi salam.

"Waalaikumsalam,ya Allah! Nyonya!! Ini non Irish udah pulang!" Tante Surti berkejaran memanggil Datin Camelia.

"Benar?" Datin Sri Camelia menjenguk dari ruang bacaan.

"Allah! anak aku!" Datin Sri segera menuruni tangga sebelum memeluk Irish. Air matanya berlinangan.

"Terima kasih Allah kerana Engkau kabulkan doa hambaMu ini", Datin Sri Camelia mencium kedua-dua belah pipi Adam.

Setelah beberapa minit suasana 'jejak kasih' itu akhirnya Datin Sri Camelia menyedari ada orang lain disitu.

" Sayang,siapa ni?"

" Errr..ini Rezza.." Irish mengerling Rezza untuk melihat tindak balas lelaki itu.

"Assalamualaikum Datin Sri", Rezza menghadiahkan segaris senyuman kepada 'bakal' ibu mertuanya itu.

"Eh,apa panggil Datin ni? Panggil makcik sudahlah. Jenuh aihh dengar orang panggil Datin", Datin Sri Camelia berseloroh.

Rezza ketawa kecil. Nampaknya Datin Sri Camelia seorang yang senang diajak bicara.

Berbeza dengan keadaan Irish yang kelihatannya tersangatlah lega kerana Rezza tidak menyebut tentang 'kahwin','bakal isteri' atau yang sewaktu dengannya.

"Makcik, saya balik dulu lah. Ada kerja sikit nak buat dekat office", Rezza meminta diri. Datin Sri Camelia dan Irish mengangguk.

"Bonda suka Rezza tapi Harren pun apa kurangnya", Datin Sri Camelia berkata sambil ketawa kecil.

Irish terlopong. Haihh..Bonda, kemaruk bermenantu! Tapi mana bonda tahu pasal Harren?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience