KEJAR 21

Other Completed 44531

"Kenapa senyum sorang-sorang?" Dayana menyoal apabila melihat Irish yang tersengih sambil membasuh baju.

"Laki awak lah.Gatal", Irish berseloroh.

"Hei..baru tahu ke?? Dia memang macam tu. Gedik", Dayana menyokong penyataan Irish.

Irish ketawa. Rasa aneh pula dua orang yang bermadu boleh bergurau tentang suami yang dikongsi.

"Dayana..saya nak minta maaf sangat-sangat. Saya tak sanggup tengok awak macam ni. Saya tahu berkongsi tu payah.. Kalau awak tak puas hati ke apa,bagitahu tau", Irish mengenggam erat tangan Dayana.

"Ala, jangan risaulah Irish. Saya okey je",Dayana ketawa kecil.

Irish menggeleng lalu memeluk erat Dayana.

"Jangan risau..semua ni tak lama", Dayana berbisik perlahan.

..............................................................

"Hachoo!" Irish bersin lagi. Haih..Nak demam lah ni. Padah main air pagi tadi dengan Dayana.

"Bersin lagi?" Rezza yang sedang menyiapkan kerjanya menyoal.

"Haah. Sejuk pula malam ni", Irish memeluk tubuh.

Rezza bangkit dari kerusinya lalu melompat ke atas katil sebelum memeluk Irish.

"Tulah..pakai lagi baju seksi-seksi macam ni. Lain kali pakailah baju lengan panjang ke sweater ke. Ni mesti sengaja nak goda saya kan?" Rezza mengusik sambil mengusap rambut Irish. Wangi.

"Tahu tak pe. Awak tak tergoda ke?" Irish mendongak memandang Rezza.

"Siapa cakap tak? Oooh..nampak line macam clear je?"

"Haha..okey, line clear.Tapikan..tutup lah lampu dulu", Irish ketawa.

.............................................................

Irish melihat jam.

4.30 pagi.

Aduh. Apa berat-berat atas perut aku ni?

Irish meraba perutnya. Ada tangan!

Irish hampir terjerit namun apabila dia mengingati apa yang berlaku semalam,dia tersenyum sendiri.

Ah, dahaga pula.

Irish mengalihkan tangan Rezza lalu menuruni tangga menuju ke dapur.

Sewaktu dia melintasi bilik Dayana,dia terdengar Dayana bersin.

Dayana demam juga?

"Dayana?" Irish mengetuk pintu. Niatnya untuk minum terbantut.

"Siapa?" sayup-sayup terdengar suara Dayana yang sudah serak.

"Irish ni", Irish menjawab lalu memulas tombol pintu.

Irish melihat Dayana yang sedang terbaring lesu. Dayana sakit..

Dayana menghadiahkan segaris senyuman kepada Irish yang melabuhkan punggung di sisi katilnya.

Irish meletakkan belakang tapak tangannya pada dahi Dayana. Panas.

"Awak demam. Dah makan ubat?" Irish menyoal sambil mengusap lembut rambut Dayana.

"Dah makan. Awak jangan risau.Karang kebah lah", Dayana membalas.

Irish mengangguk perlahan sebelum menyelimutkan Dayana.

'Aku demam ada orang teman, Dayana?'

Irish merasa serba salah lalu segera berlari ke tingkat atas.

"Awak..bangun..", Irish mengoncang bahu Rezza.

Rezza memisat-misat matanya.

"Kenapa sayang?"

"Dayana demam",

"Trisya demam?" Pantas Rezza bangun. Dia merasa risau.

"Haah..pergilah teman dia. Kasihan Dayana. Badan dia panas sangat", Irish menggesa Rezza.

"Okay, saya tidur bawah ye.Jangan rindu ", Rezza mengucup dahi Irish lalu bergegas ke bilik Dayana.

"Assalamualaikum", Rezza mengusap lembut pipi Dayana.

"Waalaikumusalam..abang", Dayana cuba bangun tapi ditahan Rezza.

"Tidurlah. Abang teman", Rezza memeluk erat Dayana. Terasa rindu kepada isteri pertamanya itu. Kini,tanggungjawabnya bertambah. Apakan daya,ini semua kehendak ibu.

"Trisya rindu abang", Dayana membalas pelukan erat Rezza. Hangat. Dia rindukan rasa ini. Rasa disayangi.

"Abang pun rindukan Trisya. Sayang tidurlah. Nanti sayang sakit lagi",

"Abang..kalau Trisya dah tak ada nanti, abang jaga Irish tau.. Trisya sayangkan Irish macam adik Trisya. Kasihan dia kalau abang abaikan dia. Dia dah bersusah payah membantu kita", Dayana berkata sebak.

"Apa sayang cakap ni. Insha Allah, Trisya takkan apa-apa. Abang masih perlukan Trisya",

"Bang,matahari di langit tak boleh ada dua",

"Shh..sayang.. Apa-apa pun, abang cintakan sayang lebih dari segalanya".

"Sebab tu Trisya kata, matahari tak boleh ada dua. Trisya tak mahu kasih sayang abang kurang pada Irish", Trisya sudah menangis.

"Sayang,jangan nangis. Abang janji takkan sia-siakan sayang dan Irish". Rezza mengesat air mata Dayana. Hatinya menjadi sayu melihat tangisan orang yang dicintainya.

Namun benar kata Dayana, bagaimana dia hendak memastikan supaya dia tidak culas dalam membahagikan kasih sayang kepada mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience