KEJAR 2

Other Completed 44531

"Rish sampai bila kau nak hidup macam ni?? Sara hidup sendiri, tak terfikir ke nak balik ke pangkuan keluarga kau?? Tak pun kau fikirlah pasal Adam. Tak kesian dengan dia???" Qira berkata .

Lamunanku tersentak tatkala terdengar rengekkan Adam dari dalam bilik.Sah si budak kecil riuh rendah tu dah terjaga dari tidur.

"Mama???" Adam memanggil dari dalam bilik. Bangun kalau tak mencari aku memang tak sah. Yelah, aku ajela pun yang dia ada..Akulah bonda. Akulah ayahanda.

"Ye sayang.Mama kat depan ni.Meh la sini", aku memanggil Adam ke ruang depan.

Kelihatan Adam keluar merangkak dari bilik.. Pe'el ape pulak budak kecik ni merangkak-rangkak?

"Mama mama mama.Adam dah bangun..selamat pagi ma", tutur Adam yang sudah petah berkata walaupun usianya baru 4 tahun.

"Selamat pagi apanya Adam oi.Matahari dah tinggi melangit.Hai anak jantan seorang ni", Aku mengomel.

"Ma,nak peluk", Adam yang baru berusia 4 tahun itu mendepakan tangannya untuk memelukku.

Tiba-tiba aku merasa sayu dengan permintaan Adam.

Aku manusia yang paling beruntung kerana telah dikurniakan Adam walaupun dia bukanlah dari rahimku.

Walaupun aku dicarci dan keji namun aku tepis semua itu dengan berbekalkan kekuatan yang diberikan oleh Allah.

"Mama??" Adam melentokkan kepalanya di bahu ku.

"Ye sayang??"

"Adam nak papa", Adam meminta lagi perkara yang amat sukar untukku tunaikan. Adam tahu statusnya yang cuma anak angkat sebab itulah dia selalu ungkapkan perkara itu.Kononnya mahu aku segera bernikah.

"Haish Adam ni.Kan mama dah cakap banyak kali,mama ni tak cantik,tak comel, tak ada sape nak", Aku mencubit pipi Adam sambil membebel.

"Mama cantik sangat.Macam Adam.Hahaha,"Adam ketawa mengekek. Haih,buat lawak pulak anak aku sorang ni.

"Adam,you cant be beautiful. You're boy dear", Aku mengusap kepala si kecil ku itu.Ni mesti pengaruh si Qira tu yang suka cakap Adam cantik macam aku. Cewahh masuk lif tekan sendiri pula aku ni.Tapi yelah,dah kita yang masuk lif takkanlah nak suruh orang lain yang tekan.Haish merepek.

"Hehe,i know mama,Adam always be mama baby boy",Adam yang baru kuajar untuk bertutur dalam inggeris namun sudah mampu menggunakan perkataan-perkataan mudah.

"Thats my boy", aku mencium dahi Adam dan memeluknya erat. Mama love you dear..............................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience