KEJAR 35

Other Completed 44531

"Hana, keputusan DNA awak dengan Harraz dengan Asya positif!" Harren kelihatan gembira sekali sewaktu keluar dari keretanya. Wajahnya terpancar sinar kegembiraan.

Hana tersenyum kecil. Gelagat Harren amat menggelikan hatinya. Hana teringin sekali mengingati segalanya tapi apa yang dia pasti, dia menyayangi lelaki itu.

Perasaan itu timbul secara tiba-tiba. Dia ingin tahu sejauh mana hubungan mereka berdua.

"Alhamdulillah. Awak tahu, mak pun dah beritahu hal sebenar pada saya. Tapi saya masih tak ingat segala-galanya. Apa yang saya ingat ialah lelaki berblazer maroon dengan berseluar putih", jelas Hana. Kerutan terpancar di dahi tanda dia cuba mengingati kenangannya.

"Jangan risau, saya akan tolong awak cari balik kenangan awak. Saya pun tak nak awak kehilangan kenangan awak terutamanya dengan saya", Harren ketawa kecil. Lesung pipit di pipi kanannya terserlah.

"Er, Harren sebenarnya apa hubungan kita?" Hana menyoal.

"Awak dengan saya?? Kita bestfriend kot! Sejak form 5", Jelas Harren.

Hana mengangguk kecil. Dia cuba memerah ingatannya.

'Bestfriend....'

Tiba-tiba kepala Hana menjadi pusing. Kepalanya penuh dengan bayangan kisah lalu.

"Tengku Hafiz Adrean!!" jerit Irish.

Harren yang sedang leka bermain bola keranjang terhenti tatkala mendengar seseorang meneriakkan nama penuhnya.

"Hoi, nanti orang dengarlah.Kan aku dah pesan jangan panggil macam tu!" Harren membaling bola keranjang miliknya tepat ke arah Irish yang sedang berdiri tidak jauh darinya.

"Wah, main kasar kau ye!!" Irish berjaya menangkap bola itu.

Dengan sekali balingan, bolanya berjaya melepasi gelung.

Harren terlopong. Irish boleh baling bola dari jauh!

"Fuyoohh..hebat! Apasal kau tak masuk basketball?" Harren menyoal.

"Aku? Masuk basketball? Perli ehh?? Tinggi 158 cm ni apa yang kau harapkan?? Haha. Cikgu Liza pun dah kata, kalau aku tinggi sikit macam Asfalila kelas 5Bestari tu baru aku boleh join. Gila, si Asfa tu 168 kot tinggi dia! Aku mana boleh meninggi dah. Habis limit!"Irish mengadu.

Harren ketawa berdekah-dekah. Kasihan sahabatnya itu. Namun, Irish bukanlah seseorang yang tidak aktif di sekolah. Walaupun dia pelajar baru namun dia telah menerima banyak anugerah seperti Pendebat Terbaik peringkat negeri, Chest championship, Spelling-Bee Queen, Sayembara terbaik dan macam-macam lagi yang Irish terima.

"Hahaha, kau main boling ajelah Rish. Senang", Harren mengambil tempat di sebelah Irish.

"Hmm, betul gak tu. Wei.." Irish memandang Harren yang sedang membuka air 100 plus nya.

" Apa??"

"Bak sikit air kau, dahaga!" Irish menghulurkan tangannya.

Harren tersenyum lagi. Dia menghulurkan botol yang baru dibukanya.

Irish mengambil botol itu sebelum mengeluarkan satu lagi botol 100 plus dari beg galasnya.

" Eh, kau pun ada air?"

"Haha.. Mestilah.Nah", Irish menghulurkan airnya kepada Harren.

"Apa benda semua ni??" Harren bingung.

"Actually aku malas nak buka penutup dia. Haha, bye Tengku!" Irish berlari-lari anak ke dewan sekolah.

Harren terlopong.Kerek punya kawan!

…………………………………………………

"Tengku Hafiz Adrean?" gumam Hana perlahan. Kepalanya terasa sakit sekali.

Harren kaget. Hana telah berjaya mengingati namanya. Pasti peluang Hana untuk sembuh cerah.

"Awak dan ingat?"

"Kau,Harren!" Hana kelihatan begitu teruja. Dia mengingati Harren. Harren adalah teman baiknya dari bangku sekolah.

"Kau dah ingat? Kau ingat aku??" Harren bingkas bangun.

"Aku dah ingat sikit", Hana meraup wajahnya tanda kesyukuran.

"Alhamdulillah. Aku dah agak kau Irish sejak mula kita jumpa", Harren berkata.

"Jadi,sekarang aku Irish. Bukan Hana lagi kan? Hahaha", Hana berkata sambil ketawa gembira kerana dia telah berjaya mendapatkan kenangannya semula.

"Ya. Selamat pulang Irish", Harren menumbuk lembut bahu Irish.

"Betul tu. Im back".

……………………………………………………

Harren mengambil keputusan untuk membawa Irish bertemu dengan keluarganya semula.

"Kau tunggu kat luar. Kalau aku bagi isyarat baru kau datang", Harren berkata.

"Aku nervouslah. Dah lama aku tak jumpa diorang", jelas Irish menyatakan ketidakselesaannya.

"Jangan risaulah. Aku tahu kau mesti rindukan diorang. Lagipun kau tak pernah jumpa Harraz dan Asya lagi", Harren cuba menenangkan Irish.

"Aku tahu.Tapi...."

"Shhh..jangan risau. Aku masuk dulu", Harren berkata lalu melangkah masuk ke dalam villa hijau lumut milik keluarga Irish.

Irish menarik nafas panjang. Dia perlu menenangkan dirinya. Semuanya akan berjalan dengan lancar.

Harren berdiri di hadapan seluruh ahli keluarga Irish termasuk Encik Asyari, Puan Laili dan Qira.

"Harren,kenapa suruh kami berkumpul hari ni? Ada berita penting ke?" Dato' Damian menyoal.

"Semua orang memandang Harren yang kelihatan tersenyum tenang.

"Sebenarnya saya bawa seseorang hari ni. Orang yang sangat istimewa", jelas Harren.

"Siapa?? Girlfriend kau eh??" Asfeerdaus berseloroh.

"Haha, mungkin lebih berharga dari seorang girlfriend", balas Harren sebelum dia menghampiri pintu.

"Rish, masuk", Harren membuka pintu seluasnya.

Semua mata terpaku pada sesusuk tubuh yang tercegat di hadapan pintu.

"Ya Allah!!"Datin Sri Camelia melorot ke lantai. Air matanya merembes.

"Anak ayah!" Dato Sri Damian menerpa ke arah Irish lalu memeluk erat anak perempuannya itu.

Datin Sri Camelia yang kelihatan kaget bingkas bangun lalu mengucup pipi Irish bertalu-talu.

"Ya Allah, anak kita masih hidup bang!" Datin Sri Camelia mengongoi.

Irish membalas pelukkan kedua orang tuanya. Dia turut menangis.

Setelah lama berpelukkan akhirnya ayah dan bonda meleraikan pelukan mereka.

Irish masih berdiri kaku sambil tersenyum. Kalau dia bisa melihat pasti dia akan merasa lebih bahagia.

"Harren, kenapa dengan Irish??" Datin Sri Camelia menyoal apabila Irish tidak memandang terus ke arah mereka.

"Ayah,bonda...Irish... buta", jelas Harren sambil menggengam erat tangannya. Hatinya merasa sungguh pedih.

Mereka semua kelu. Datin Sri Camelia memeluk erat Puan Laili. Qira menangis di samping Adam.

Adam mengelap air matanya. Mamanya telah pulang.

"Mama", Adam menarik lengan Irish.

"Ye sayang??" Irish yang sudah mula mengingati Adam merendahkan dirinya.

"Adam rindu mama", Adam memeluk Irish dengan begitu erat. Air mata anak kecil mengalir selajunya.

"Adam rindu sangat dekat mama. Hari-hari Adam doa pada Allah supaya mama balik. Allah dah kabulkan doa Adam. Terima kasih Allah sebab kembalikan mama", tutur Adam lagi.

Irish semakin sebak mendengar kata-kata Adam.

"Adam, mama pun rindu sangat dekat Adam", Irish mengucup dahi Adam.

"Selamat kembali adik", Asfeerdaus pula mengambil peluang untuk melepaskan rindunya pada Irish.

"Terima kasih abang", Irish berkata sambil kepalanya diusap oleh Asfeerdaus.

Puan Laili dan Encik Asyari juga tidak melepaskan peluang untuk memeluk menantu kesayangan mereka itu.

Qira berjalan perlahan-lahan ke arah Irish.

"Rish, kau ingat aku kan??" Qira berkata. Air matanya mengalir perlahan.

Irish meraba wajah Qira. Ya, dia ingat.

"Shaqira Muslim. Anak pakcik Muslim yang paling nakal. Kau pernah eksiden dengan aku masa kau curi-curi bawa motor ayah kau",gumam Irish.

Qira terus menyembamkan wajahnya ke bahu Irish.

"Aku ingat kau dah lupa aku! Aku...aku..", Qira tidak dapat meluahkan perasaannya kerana terlalu sebak.

"Kau tahu, dua tahun kau hilang separuh mati tau aku mencari. Aku dah cakap dengan semua orang yang kau masih hidup. Aku tahu kau masih hidup. Aku boleh rasa!" Tangis Qira lagi.

"Qira...", Irish memeluk sahabatnya itu. Hatinya meruntun apabila mendengar esakkan sahabatnya itu.

Akhirnya Qira melepaskan pelukkannya.

"Wei, sorry baju kau basah", Qira cuba menenangkan perasaannya.

"Haha.. pedulikan baju aku.Yang penting aku dah balik", Irish tersenyum kecil. Andai sahaja dia bisa melihat semula.

"Irish?" Satu suara memanggil dari belakang.

Tiba-tiba sahaja Irish merasakan satu kesakitan di dalam hatinya. Suara itu, dia amat rindui.

Irish kaku apabila merasakan seseorang berada hampir dengannya.

Bau itu. Masih sama seperti dulu.

Bau haruman dia yang menenangkan Irish. Bau haruman yang membuatkan setiap nadinya berdenyut membisikkan satu nama, Brian Hariz Syahrezza.

"Awak..." Irish memanggil. Rindunya sudah tidak mampu dibendung lagi.

"Maafkan saya, saya bersalah pada awak.. Saya terlalu bodoh dan ikutkan perasaan. Saya tertipu dengan permainan Diandra yang licik.. saya-" Rezza terhenti apabila Irish mengenggam bajunya.

"Saya maafkan awak. Saya faham keadaan awak. Keadaan kita dibawah permainan kejam Diandra", Balas Irish. Air matanya bercucuran.

"Saya cintakan awak, Irish Risteena Bella", Rezza menggumam.

Irish semakin tenggelam dalam tangisannya. Hatinya meronta-ronta untuk melihat semula.

" Daddy? Itu ma ke?" Kedengaran satu suara halus menyoal.

"Ye sayang.Harraz, Asya, inilah mama awak ", Rezza berkata kepada anak kembarnya.

Irish menangis lagi. Kini dia tidak mampu melihat wajah dua orang anak kandungnya.

" Ma??" Harraz dan Asya memanggil.

Irish perlahan-lahan merapati kedua anaknya dengan bantuan Rezza.

"Anak mama!" Irish memeluk erat Harraz dan Asya.

" Ma dah pulang!" Harraz dan Asya berteriak gembira.Mereka mengucup pipi Irish semahu mereka. Rasa gembira menyelinap ke dalam hati dua orang anak kecil yang buat pertama kalinya bertemu dengan mama mereka.

……………………………………………………

Harren mendongak langit. Dia menarik nafas panjang. Segala-galanya menjadi lebih baik sekarang. Irish sudah kembali walaupun dia sudah tidak bisa melihat.

Rezza dan Irish telah mengambil keputusan untuk rujuk semula atas kemahuan kedua-dua pasangan suami isteri itu.

Harren gembira untuk itu. Harren gembira kerana kedua-dua sahabat baiknya bahagia.

"Bintang, mungkin inilah kebahagiaan untuk aku. Bahagia Irish, bahagia Rezza adalah bahagia aku", Harren bermonolog sendirian.

"Hmm. Nampaknya dah sampai masa aku berundur kan?? Sampai bila aku akan terus macam ni? Mungkin Allah janjikan sesuatu yang menarik untuk aku kejar di luar sana", gumam Harren lagi.

"I don’t know where I’m at

I’m standing at the back

And I’m tired of waiting

Waiting here in line, hoping that I’ll find what I’ve been chasing.

I shot for the sky

I’m stuck on the ground

So why do I try, I know I’m gonna fall down

I thought I could fly, so why did I drown?

Never know why it’s coming down, down, down.

I'm not ready to let go

Cause then I'd never know

What I could be missing

But I’m missing way too much

So when do I give up, what I’ve been wishing for.

I shot for the sky

I’m stuck on the ground

So why do I try, I know I’m gonna fall down

I thought I could fly, so why did I drown?

I'll never know why it’s coming down, down, down.

Oh I am going down, down, down

Can’t find another way around

And I don’t want to hear the sound, of losing what I never found.

I shot for the sky

I’m stuck on the ground

So why do I try, I know I’m gonna fall down

I thought I could fly, so why did I drown?

I never know why it’s coming down, down, down.

I shot for the sky

I’m stuck on the ground

So why do I try, I know I’m gonna fall down

I thought I could fly, so why did I drown?

It’s coming down, down, down", Harren bersenandung sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience