KEJAR 11

Other Completed 44531

Irish membelek wajahnya di hadapan cermin. Matanya masih kelihatan sembap. Tulah padahnya kalau duk nangis siang malam.

Sudah hampir seminggu Irish tenggelam dalam air mata. Kiranya feeling-feeling emosional gitu.

"Mama! Papa is coming!!" Adam berteriak dari ruang tamu.

Adam ni,sejak akhir-akhir ni suka bebenor manggil si Harren,papa.

Mengada betul budak kecil tu. Yang Si Harren pun melayan aje. Sekeh kang dua-dua ekor tu baru padan muka.

" Kejap!" Aku mengoleskan pelembap bibir dan sempat melihat diriku di cermin sepintas lalu. Hmm..not bad.

Aku mencapai tas tanganku yang tergeletak di atas meja.

" Wow,you look adorable", Harren yang sedang berdiri di hadapan muka pintu itu memuji.

"Thank you and you look handsome", aku membalas pujian Harren.

Benar,ketampanan Harren yang sememangnya boleh mencairkan hati orang sehingga 120°c kini bertambah berkali-kali ganda. Harren mengenakan baju melayu cekak musang berwarna kelabu dipadankan dengan samping berwarna silver membuatkan dia kelihatan seperti bakal pengantin.

"Haha..perasan tak baju kita sama??" Harren merujuk kepada warna bajuku dan dia. Harren melirik ke arah Irish yang ayu berjubah kelabu dipadankan dengan selendang labuh berwarna keemasan.

"Adam,you look cute. thank you", Adam tiba-tiba bersuara.

Aku dan Harren ketawa. Nampaknya si kecil aku ni dah pandai memerli orang.

"Haha,Alolo..okay-okay. You're too cute Adam. Nak juga kena puji", Aku membalas.

" Thank you mama", Adam ketawa mengekek.

"Haha,apa tunggu lagi? Jomlah. Bukan kita yang nak kahwin. Lambat nanti", Harren melihat jam di pergelangan tangannya.

"Yes Boss!" aku dan Adam menjawab serentak.

............................................................

"Assalamualaikum Raja Sehari!" Harren menyapa Rezza dan isterinya yang kelihatan cukup gembira.

"Waalaikumusalam! Haa..jemputlah", Rezza bersalaman dengan Harren.

"Trisya,ni Irish Risteena Bella. Classmate Abang masa kat sekolah menengah dulu", Rezza memperkenalkan aku kepada isterinya. Dia ingat nama penuh aku?? Okay.....

Dayana Batrisya bersalaman dengan Irish.Dia memegang kejap tangan Irish.

" Irish?? Butik Adrish Couture??" Dayana Batrisya menyoal.

"Yaaa.and... Awak..cousin kak Tia kan?? Dayana?" Aku menebak. Patutlah aku merasakan sesuatu sewaktu bertemu dengan Dayana dulu.

"Betul tu. Alhamdulillah. Kita jumpa lagi", Dayana memelukku erat. Aku boleh merasakan kemesraan dalam pelukkan Dayana itu.

"Eh,dah kenal rupanya", Rezza berkata. Aku mengangguk perlahan. Ternyata,api cemburu memang sukar untuk dipadamkan. Ya Allah,jauhkan aku dari cemburu yang boleh membutakan mata hati.

"Haaa...ni tak mahu jemput kitorang makan ke??" Harren berseloroh.

"Allah! Jom..aku dah siapkan meja special untuk korang", Rezza memeluk bahu Harren lantas berjalan bersama-sama.

Aku mengenggam lembut lengan Adam dan kemudiannya aku terasa tangan ku yang sebelah lagi dipegang erat oleh Dayana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience