Susuk tubuh sedang asyik melihat suasana di kolam renang menjadi tatapan Laura Alaika. Lama Laura mencari susuk lelaki itu. Dia perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku hari ini. Langkah kaki diatur menuju kearah susuk tubuh yang sedang tenang menikmati alam semula jadi.
"Zaid Najwan Mohd Zaki! Explain!" Arah Laura Alaika tegas. Kali ini muka diketatkan tidak ada secalit senyuman diwajah. Dia mahu Zaid Najwan tahu yang sekarang ini dia sedang marah. Dia tidak main-main.
Terasa nama penuhnya diseru, terus badan dipusingkan menghadap empunya suara yang menyeru dirinya. Terukir satu senyuman manis dibibir Zaid Najwan. Muka cemberut Laura Alaika buatkan dirinya terhibur dan tidak semena-mena ketawa halus terletus.
"Why are you laughing Zaid Najwan! I'm serious!" Bentak Laura Alaika geram. Boleh pula Zaid Najwan ketawakan dirinya. Dia ada buat benda kelakar ke sekarang ini?
"I'm sorry my love, muka awak bila marah nampak kelakar"
"Tak kisahlah fasal muka tu! Sekarang ini saya nak awak explain Zaid Najwan" tegas Laura Alaika.
"Okay awak nak saya explain apa?" Soal Zaid Najwan tenang berhadapan dengan cik tunang yang sedang berapi sekarang ini.
"Kenapa awak rahsiakan tentang identiti awak? Kenapa awak tunang dengan saya? Sedangkan perjanjian kita kalau saya lulus matematik baru kita tunang. Kenapa Syafikah tidak tahu tentang awak? Kenapa awak kenal saya? Kena awak tidak jujur Zaid Najwan!" Senafas Laura Alaika. Sungguh sekarang ini dia geram dengan Zaid Najwan yang tidak jujur dengan dirinya. Kalau boleh mahu saja dia selamkan Zaid Najwan dalam swimming pool belakangnya.
"Okay sayang, mula-mula sekali jom kita duduk dulu" tanpa persetujuan Laura terus tubuh laura diheret mengikut langkahnya duduk di bangku yang disediakan tidak jauh dari kawasan mereka berdiri. Laura Alaika hanya akur mengikut langkah kaki Zaid Najwan.
Duduk dihenyak kasar tanda protes lalu tangan memeluk tubuh kemudian padangan dihala kearah kolam. Tanda merajuk Laura Alaika.
"Capatlah jawab!" Gesa Laura Alaika yang masih tidak mahu memandang Zaid Najwan.
Zaid Najwan hanya mengeleng kepala lihat rajuk cik tunang. Nasib sayang.
"Untuk soalan pertama kenapa saya rahsiakan identiti saya? Saya tak rahsiakan pun awak yang tak tanya nama penuh saya apa? Sekolah dekat mana dulu? Kan?" Aju Zaid Najwan lalu dia cuba untuk pandang Laura tetapi lagi dia cuba lagi Laura alihkan pandangannya.
"Untuk persoalan nombor dua. Kenapa saya tunang dengan awak? Sedangkan kita ada syarat kita kan? Jawapannya syarat itu telah dilaksanakan oleh awak sendiri"
"Hah!? Bila? Markah pun saya belum ada lagi tau" soal Laura tidak percaya.
Zaid Najwan pandang lama wajah yang hauskan jawapan itu. Wajah bagi Zaid Najwan adalah wajah yang sangat comel.
"Zaid Najwan answer me!" Desak Laura Alaika bila dia rasa Zaid Najwan asyik merenung wajahnya. Orang nak jawapan! Bukan renungan mata menggoda itu!
"you passed the exam" ujar Zaid Najwan ringkas lalu terbit senyum senget dihujung bibir.
"WHAT!!" Hampir satu taman dengar suara bak petir Laura Alaika. Sungguh dia terkejut dengan kata-kata yang diutarakan oleh Zaid Najwan tadi.
Kepala Zaid Najwan jatuh berkali-kali tanda betul yang Laura Alaika lulus ujian matematik itu. Anak mata Laura Alaika masih lagi menatap anak mata Zaid Najwan kerana dia masih tidak percaya.
"But how?" Soal Laura Alaika masih lagi tidak percaya.
"Semuanya atas usaha awak love"
"Berapa saya dapat?" Kali ini Laura Alaika sedikit teruja.
"49 per 50 love"
"49 saja? Tapi kan tak lulus tu?"
"Siapa kata tak lulus? Sebenarnya markah awak 99 tau tapi saja saya guna markah penuh 50 kalau saya cakap markah penuh 100 kan nanti ada yang putus asa sebelum berusaha" terang Zaid Najwan. Melopong mulut Laura dengar penerangan Zaid. Jadi dia tidak bodoh matematik lah kan? Sebab diikutkan dia dapat 99 peratus.
"YEAYYYY!!!" melompat kegembiraan Laura Alaika persis anak kecil dapat mainan.
"Okay kenapa Syafikah tidak kenal awak?" Soal Laura Alaika kembali dingin seolah-olah kejadian dia melompat seperti anak kecil tadi tidak pernah terjadi. Terdiam Zaid Najwan beberapa saat lihat perubahan emosi cik tunang. Kemudian terbit senyum manis dibibir Zaid Najwan.
"Untuk umur 17 tahun memang saya kenal Syafikah sebab dia kawan dengan awak tapi saya ada masalah sikit nak ingat rupa seseorang. Untuk umur 40 tahun ini memang saya tak kenal siapa Syafikah bagi saya Syafikah adalah orang yang baru saya kenal dan sejujurnya saya memang tak ingat Syafikah" jujur Zaid Najwan.
"Patutlah saya tengok Sya dan awak macam orang asing yang tak pernah kenal eachother"
"Yes that's right"
"Untuk persoalan saya kenal awak pula. Sejujurnya saya memang tak kenal awak dengan nama Laura, tetapi bila saya tahu nama penuh awak Laura Alaika Dato'Izlan terus ingatan saya teringat dekat seorang gadis cubby suatu ketika dahulu. Gadis yang tidak kenal erti mengalah" sambung Zaid Najwan lalu anak matanya menikam kedalam anak mata Laura Alaika.
"Tapi kenapa awak tidak jujur Zaid Najwan?" Soal Laura Alaika untuk kesekian kali. Kali ini nadanya sediki beremosi.
"Untuk soalan tu Laura, saya sendiri pun tiada jawapan" sayu nada suara Zaid Najwan tika ini.
"Saya takut kalau saya cakap jujur saya akan kehilangan awak buat kali kedua Laura" sambung Zaid Najwan setelah beberapa saat dia jeda.
"Kehilangan buat kali kedua? Apa? Saya tak faham?" Berkerut wajah Laura Alaika cuba hadam ayat yang keluar dari bibir Zaid Najwan.
"Kenapa awak pindah sekolah dulu?" Soalan dibalas soalan buatkan otak Laura Alaika binggung.
"Sebab hal keluarga" tapi tetap juga dia jawab soalan Zaid Najwan tadi.
"Bukan sebab awak malu kerana hal dulu?" Soal Zaid Najwan lagi.
"Tak" rajin Laura Alaika melayan soalan daripada Zaid Najwan. Mereka berdua jeda seketika. Mereka selesa dalam keadaan begitu.
"So love any questions?" Soal Zaid memecahkan sunyi antara mereka. Laju kepala Laura geleng tanda tiada lagi soalan.
"Good, now i have questions to ask you"
"Soalan apa tu dear?" Rajin Laura Alaika melayan Zaid Najwan.
"Who Hans? Uncle Jimmy and uncle Sam?"
"Oh! Lupa nak cerita. Hans tu sepupu saya yang saya dah anggap macam adik kandung saya sendiri. Uncle Jimmy pula ialah abang kepada mama saya nama sebenar uncle Jimmy ialah Jeremy Laurent. Uncle Jimmy ni lah yang selalu bagi nasihat untuk saya dan kami saling jaga rahsia antara kami tau. Uncle Sam pula adalah abang sulong kepada uncle Jimmy dan mama. Nama panjang dia Samuel Laurent. Uncle sam ini protective tau lain sangat dengan uncle Jimmy sebab itu saya rapat dengan uncle Jimmy. Tapi lain pula Hans dia lebih rapat dengan uncle sam. Sebab tu kami selalu bergaduh macam adik beradik tahu" penuh senyuman diwajah Laura Alaika saat bercerita tentang keluarganya yang berada jauh nun disana.
"Saya nampak awak ceria je cerita pasal keluarga awak dekat sana" ujar Zaid Najwan.
"Gila tak ceria! Merekalah tempat saya mengadu, tempat susah senang semua dengan mereka tahu"
"Lepas ini awak tak perlu mereka dah la sebab awak sudah ada tempat mengadu dan susah senang lain" ujar Zaid Najwan sambil senyum meleret. Termalu sendiri Laura Alaika dengar ayat Zaid Najwan.
"Ehem! Bukan main pasangan tunang ini" sergah Najwa yang entah muncul dari mana.
"Ish! Najwa ni kacaulah orang tengah dating" kata Zaid Najwan cuba untuk halau adiknya.
"Tak payah nak dating sangatlah bang, ni umi ajak balik dah ni"
"Ya lah Wan, kamu nak tinggal sini kamu kena tunggu halal dululah" sampuk Puan Najma yang tiba-tiba muncul belakang Najwa.
"Ala, umi ni tak sporting lah" ujar Zaid Najwan dengan suara yang dibuat-buat merajuk. Akhirnya dia akur juga dengan Puan Najma. Zaid Najwan bangkit dari duduk dan mengatur langkah menuju kearah Puan Najma dan Najwa yang sedang tunggu dirinya.
Encik Zaki pula asyik berbual dengan Dato'Izlan didepan pintu utama rumah. Granny pula kata Puan Najma sudah masuk dalam bilik berehat selepas makan ubat tadi. Laura Alaika hanya membontoti langkah ahli keluarga Zaid Najwan ke pintu utama.
"Laura umi dan abah balik dulu tau. Nanti datanglah jenguk-jenguk umi dekat rumah" pamit Puan Najma.
"Baiklah umi, insyallah saya akan datang jenguk umi selalu" ujar Laura Alaika lalu tangan tua milik Puan Najma dia salam penuh kasih. Seperti tidak mahu dia lepaskan.
"Akak nanti jangan lupa tahu datang rumah kita gossip gossip tau" ujar Najwa lalu tangan Laura Alaika disalami penuh hormat. Laura tersenyum melihat gelagat bakal adik iparnya. Mencuitkan hati betul.
"Ya Najwa nanti Akak datang tau" Laura Alaika layankan sahaja perangai adik iparnya.
"Laura abah umi, Najwa dan Najwan balik dulu ya. Izlan aku balik dulu" pamit Encik Zaki.
"Okay baik, hati-hati Zaki" ujar Dato'Izlan lalu tangan diangkat melambai kepulangan keluarga Encik Zaki.
"Bye bye, love, i. Love. You." Dapat Laura Alaika baca ayat yang dimainkan dibibir Zaid Najwan. Terkulat-kulat Laura Alaika menahan malu! Sejak Zaid Najwan bergelar tunang kepada dirinya semakin miang lelaki itu. Gatal!
BERSAMBUNG..................
Share this novel