Bab 3

Drama Series 6057

Tangan kanan berperan kacau kopi panas yang dipesan, tangan kiri pula beperan mengetuk meja. Bosan mengetuk meja beralih pula kepada menongkat dagu. Bosan dengan kelakuan itu akhirnya Laura Alaika berpeluk tubuh dan kaki disilang. Jam tangan Mahal dikilas berkali-kali tetapi orang yang ditunggu-tunggu tidak sampai dari tadi. hampir 1 jam termenung di cafe yang dijanjikan akhirnya orang yang membuat janji sampai.

"Assalamualaikum Ika" sapa gadis ayu bertutup litup. Laura Alaika yang asyik termenung terkejut apabila disapa oleh seseorang.

"Waalaikumusalam, ini sya ke? Syafikah?" Soal Laura Alaika inginkan kepastian. Orang yang disoal memberikan senyuman yang paling manis lalu kepala diangguk. Tanpa membuang masa tubuh wanita didepannya terus dipeluk erat.

"Ya allah Sya, lamanya aku tak jumpa kau. Aku rindu kau Sya" luah Laura Alaika hampir menangis.

"Aku pun Ika" jawab Syafikah lalu pelukkan dikemaskan lagi. Lama mereka begitu akhirnya pelukkan dileraikan.

"Aku minta maaf sebab sampai lewat sangat. Anak aku ni baru balik dari sekolah terus aku bawa kesini" jelas Syafikah sambil menunjukkan anaknya kepada Laura Alaika

"Kau dah ada anak?" Soal Laura Alaika agak terkejut sikit.

"Ha'ah, ni anak aku namanya Adam, Adam salam aunty Ika" suruh Syafikah lalu anak lelakinya, Adam hulur tangan ingin bersalam dengan Laura Alaika. Laura Yang masih terpingga-pingga terus tangannya dihulur kepada Adam lalu Adam menyambut salam Laura Alaika. Hati kecilnya agak tersentuh dengan kejadian ini.

"Ini anak kau nombor berapa?" Soal Laura Alaika

"Ini anak aku yang nombor dua umur 12 tahun" jawab Syafikah

"Kau ada berapa orang anak?" Soal Laura Alaika lagi ingin tahu.

"Empat semuanya. Yang sulong umur 15 tahun yang kedua ni Adam 12 tahun yang ketiga baru masuk sekolah, 6 tahun Dan yang bongsu baby lagi 1 tahun" terang Syafikah. Dengar jawapan Syafikah buat Laura Alaika menelan liur, rupa-rupanya sahabat baiknya sudah mempunyai anak dan anak-anak sahabatnya sudah besar hampir dewasa.

"Kau khawin dengan siapa? Maaf aku tak ada masa kau khawin" nada Laura Alaika sedikit kecewa kerana nama saja sahabat baik tapi bila sahabat khawin pun tidak tahu.

"Alaaaaa tak apalah fasal tak datang majlis tu aku tahu kau dekat mana masa tu. Suami aku pun biasa-biasa saja buka orang terkenal pun, kau tak akan kenal, tapi apa yang boleh aku cakap dia cikgu matematik lah" ujar Syafikah sambil tersenyum malu-malu.

"Wow! Bukan main erkk kau memang mathemalttical is your soulmate kan" ujar Laura Alaika tidak percaya kerana sahabatnya bawa matematik sampai kehidupan nyata.

"Nak buat macam mana sudah jodoh. HAHAHA. Kau nak cakap aku bukan main erkk, kau tu bukan main sekarang, body dah macam supermodel luar negara kulit muka pula glowing macam artis korea. Kau ingat sikit umur tu dah nak masuk 40-an kau punya glow up bukan main sekarang" gurau Syafikah.

"Aku biasa-biasa lah, aku jadi kurus macam ni pun sebab aku tak makan. Kau tahu sendiri lah kan berapa suap je boleh cari makanan halal dekat luar negara sana. Lagipun aku ni independent women haaaa wanita yang bekerjaya, I'm always busy you know" terang Laura Alaika

"Kalau macam tu aku nak duduk luar negara lah cepat sikit aku kurus" seloroh Syafikah mencetuskan tawa antara mereka berdua.

"Kau dah kurus lah gila" seloroh Laura Alaika bersama tawa yang masih tersisa dan disambung dengan tawa Syafikah. Mereka sambung bersembang sambil menikmati makan tengah hari bersama, lama mereka bersembang dan macam-macam cerita dibuka. Rindu yang telah dipendam akhirnya dapat juga diluahkan diantara dua sahabat ini.

Rancak mereka berdua berbual tiba-tiba telefon pintar milik Syafikah berdering tanda minta untuk diangkat. Syafikat capai telefon yang berada dalam beg tangannya lalu meminta diri dengan Laura Alaika untuk menjawab panggilan. Laura hanya angguk kepala lalu Syafikah terus bergegas pergi jauh sedikit daripada Laura Alaika dan anaknya Adam.

"Aunty Ika" panggil Adam

"What's up boy" sahut Laura Alaika sambil memandang tepat ke arah Adam.

"Aunty you're so beautiful" puji Adam

"Oh, how sweet you can be dear" cair Laura Alaika dibuat Adam

"Aunty Ika ni sesuai dengan Papa Zaid" ujar Adam buat Laura Alaika terkedu

"Siapa Papa Zaid tu Adam?" Tanya Laura Alaika ingin tahu

"Papa angkat Adam lah" ujar Adam dengan nada gembira. Laura Alaika hanya beri senyuman senang dengan kepintaran Yang dilerolehi Adam.

"Pandai kau didik anak kau Sya" detik hati kecil Laura Alaika

"Oh, Papa angkat Adam, bunyi macam Papa angkat Adam tu baik orangnya tak sabarlah aunty nak jumpa" ujar Laura Alaika teruja

"Boleh nanti Adam bagitahu Umi" ujar Adam juga teruja

"Tapi boleh tak Adam janji dengan aunty satu benda" soal Laura Alaika kepada Adam

"Janji apa tu aunty" Tanya Adam polos

"Janji dengan aunty jangan panggil aunty Ika lagi okay panggil aunty Rara faham?" Pinta Laura Alaika berharap anak sahabat baiknya faham

"Okay baik aunty Rara" ujar Adam dengan nada senang

"Good boy" ujar Laura Alaika lalu gosok perlahan kepala Adam. Mereka berdua sambung menikmati makan makanan yang masih tersisa didalam pinggang sambil menunggu Syafikah siap berbual melalui telefon sebentar tadi. Tidak lama kemudian Syafikah datang kembali bersama mereka di meja makan.

"Sorry husband call" ujar Syafikah lalu duduk labuhkan punggung dikerusi yang dia duduki sebelum ini.

"Kenapa ada hal penting ke?" Soal Laura Alaika sedikit cemas kerana takut suami sahabat baiknya marah sebab pinjam bini dia lama sangat.

"Tak lah, dia call sebab dia tak sempat nak ambil aku dengan adam lepas ni, sebab kelas harini full" ujar Syafikah cuba untuk memenangkan sahabat baiknya.

"Kalau macam tu aku hantar kau pun boleh tak ada hal lah, lagi pun Adam suka, kan Adam kan?" Soal Laura Alaika kepada Adam berharap Adam menerima pelawaannya.

"Suka! Adam suka!" Jawab Adam dengan keriangan

"Tak mengnyusahkan kau ke Ika" soal Syafikah serba salah.

"Tak Susah pun, kau kan sahabat sehidup semati aku" jawab Laura Alaika dengan jujur sekali.

"Thankyou babe!" Balas Syafikah terharu dengan sahabat baiknya.

"Sudah, sudah makan, tak baik buat makanan macam tu" ujar Laura Alaika lalu Syafikah anggukkan kepala Dan menghabiskan makanan yang masih tersisa di dalam pinggang.

"Sya" panggil Laura Alaika

"Hmm" balas Syafikah sepatah lalu memandang tepat kearah mata Laura Alaika

"Boleh aku nak minta tolong satu benda dengan kau? Soal Laura Alaika takut-takut

"Apa tu kau nampak macam takut-takut je kenapa?" Soal Syafikah hairan sambil menyuapkan makanan kedalam mulut

"Tolong jangan panggil Ika atau Alaika lagi lepasni, aku nak kau panggil Laura boleh tak?" Pinta Laura Alaika

"Boleh tu boleh tapi kenapa dah tak nak aku panggil Ika atau Alaika lepasni?" Soal Syafikah inginkan kepastian

"Masalah masa lalu" ujar Laura Alaika sepatah lalu menyambung habiskan makanan yang masih tersisa sedikit. Syafikah yang tahu tentang masalah masa lalu yang dikatakan Laura Alaika sangat faham apa yang dimaksudkan.

"Kau wanita yang sangat kuat Laura Alaika, aku bangga dengan kau" detik hati kecil Syafikah yang kagum dengan keperibadian Laura Alaika.

Bersambung............

Support my story<3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience