Langkah diatur menuju pintu utama pusat tuition. Langkah terhenti di hadapan pintu, nafas ditarik kasar lalu dihembus. Fikiran Laura Alaika mengingati kembali pesan-pesan dari sahabatnya Syafikah.
"Aku tak kenal sangat perangai Zaid tu macam mana tapi aku rasa dengan aura yang kau ada ni aku pasti dia akan jatuh cinta dekat kau" kata Syafikah sambil membuat tingkah ala ala orang berfikir.
"Jadi macam mana aku nak ngorat dia?" Tanya Laura Alaika
"Alaaa kau buatlah ikut cik Google cakap, bagi bunga ke? Bagi surat ke? Melamar ke? Bagi puisi ke? Alaaaa buat macam lelaki nak ngorat perempuan gitu" ujar Syafikah. Laura Alaika berfikir sejenak.
"Hah! Aku dah tau dah thanks babe love you" kata Laura Alaika tiba-tiba kemudian menghilang dibalik pintu bilik.
"Kau boleh laura!" Omelnya memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri. Kolar baju suits dibetulkan, ikatan rambut ala ala ponytail diperkemaskan lagi, ray ban hitam dibetulkan kemudian lipstick code deep red di touch up lagi untuk menaikkan seri pada wajah, sudah selesai memperkemaskan diri, sejambak bunga rose merah yang dipegang dari tadi dibawa ke belakang badan. Pemakaian Laura Alaika hari ini persis seorang lelaki yang ingin melamar cinta hatinya dengan suits hitam yang dikenakan dan membawa sejambak bunga rose sebagai hadiah.
Langkah kaki dihayun menerjah kedalam tuition tempat Zaid Najwan bekerja. Setibanya didalam banyak mata yang melihat, Laura Alaika beriak biasa seperti tiada yang melihat dirinya.
"Ehem, sir Zaid kamu sudah datang?" Tanya Laura Alaika kepada pelajar-pelajar yang melihatnya sedari tadi.
"Sudah, tu ada dalam bilik guru" jawab salah seorang pelajar dengan riak teruja.
"Terima kasih" ucap Laura Alaika lalu langkah dihayun menuju kedalam bilik guru. Tombol pintu dipulas, banyak mata yang melihat dirinya tapi dia tidak kisah. Langkah diatur kearah Zaid Najwan yang sedang sibuk menanda kertas dimeja kerjanya. Langkah terhenti tepat dihadapan Zaid Najwan yang masih sibuk dengan kerjanya, tanpa basa basi terus sejambak bunga rose dihulur depan muka Zaid Najwan. Terhinjut bahu Zaid Najwan bila melihat ada sejambak bunga raksasa didepan mukanya, kepala diangkat perlahan lahan untuk melihat siapakah gerangan yang sangat berani memberinya sejambak bunga. Terbuntang luas mata Zaid Najwan apabila matanya menangkap seraut wajah milik Laura Alaika.
"Apa ni miss Laura?" Tanya Zaid Najwan tidak faham dengan situasi ini.
"Mr. Zaid jom kita khawin" ucap Laura Alaika tulus. Terdiam Zaid Najwan dengar lamaran yang diucap oleh Laura Alaika. Adakah sekarang ini dirinya sudah dilamar oleh seorang wanita? Ah! Aku tak faham situasi ini! Guru-guru yang berada dalam bilik guru itu juga terdiam membisu. Terkejut dengan apa yang telah berlaku, pertama kali mereka lihat ada juga orang yang seberani Laura Alaika. Pelajar yang dari tadi menghedap langsung bersorak keriangan. Mereka semua bersorak keriangan apabila dengar Laura Alaika melamar sir kesayangan mereka.
Zaid Najwan yang rasa situasi ini tidak sesuai dibincangkan ditempat kerjanya terus meraih lengan milik Laura Alaika dan menariknya mengikuti dirinya. Zaid Najwan mengheret Laura Alaika sampai keluar pusat tuition, sampai sahaja mereka diluar, tangan milik Laura Alaika dilepaskan lalu pandangan penuh amarah dihadiahkan kepada Laura Alaika tanda Zaid Najwan sedang menahan marah dan malu dengan tindak taduk Laura Alaika sebentar tadi.
"What's going on miss Laura!?" Marah Zaid Najwan
"For sure I'm just proposed you Mr Zaid" jawab Laura Alaika dengan tenang dan membalas renungan Zaid Najwan disebalik ray ban hitamnya.
"Are you crazy miss Laura!? Ini bukan caranya cik Laura" bentak Zaid Najwan lagi kali ini suaranya ditegaskan.
"Yes mr Zaid, I'm crazy, crazy all about you. And one more thing, saya akan selalu hantar sejambak bunga setiap hari just for you mr Zaid. I hope you like it and one more thing don't ignored my letters and my love to you darling" balas Laura Alaika dengan sangat tenang lalu ray ban pada mata dibuka, kini pandangan antara meraka tiada batasan. Pandangan saling bertaut dan tiada tanda-tanda mereka ingin mengalihkan pandangan itu.
"Sampai bila cik Laura nak lakukan hal bodoh macam ni?" Soal Zaid Najwan dengan nada sedikit perlahan tanda dia tidak boleh baca apa yang ada didalam fikiran wanita dihadapanya.
"Sehingga encik Zaid setuju untuk bertunang dengan saya" jawapan berani diberikan oleh Laura Alaika. Nafas berat dihela Zaid Najwan, sungguh dia tidak boleh berkata apa-apa dengan tekad wanita dihadapanya.
"Miss Laura berapa kali saya nak bagitahu miss Laura, yang saya tak akan nak dan tak akan pernah nak bertunang dengan miss Laura, jadi tolong jangan ganggu saya lagi" terang Zaid Najwan dengan lembut berharap wanita dihadapanya ini faham apa yang ingin dia sampaikan.
"Sorry mr Zaid, I'm really fall in love with you and i will wait for you to say yes" jujur jawapan yang diberikan oleh Laura Alaika dengan matanya yang masih menatap mata milik Zaid Najwan.
"But I will not be engaged to someone who does not love me And who wants to be engaged to someone they don't love? " Terang Zaid Najwan lagi berharap sangat wanita dihadapanya memahami apa yang ingin dia sampaikan.
"I already love you Mr. Zaid and I will make sure Mr. Zaid falls in love with me " jawab Laura Alaika bersungguh dan masih belum mengalah untuk mengatakan betapa dia mencintai Zaid Najwan dengan setulus hatinya.
"Oh, please! Ms. Laura, please don't make me like this, I beg you very much, Ms. Laura, don't demand my love because I'm afraid of hurting your heart, Ms. Laura " terang Zaid Najwan bersungguh. Dia berharap sangat Laura akan mengalah dan tidak mahu menagih cinta darinya lagi.
"Jika awak yang menyakiti hati saya, saya redha sebab orang yang menyakiti hati saya adalah orang yang saya percayai" ujar Laura Alaika tulus lalu pandangan ditunduk ketanah. Terkedu Zaid Najwan mendengar jawapan daripada wanita dihadapanya. Begitu bersungguh wanita ini ingin mengatakan cintanya kepada diri Zaid Najwan.
"Tidakkah awak mahu mencuba untuk jatuh cinta dengan saya?" Soal Laura Alaika sepatah lalu matanya menangkap bola mata milik Zaid Najwan. Terkedu untuk sekian kali Zaid Najwan bila dia dilontarkan soalan sebegitu rupa.
"Cubalah awak kenal diri saya dulu mana tahu sayalah wanita idaman yang awak cari-cari kan? Orang dulu dulu kata tak kenal maka tak cinta bila dah kenal?" Ujar Laura Alaika lagi masih tidak berputus asa. Dia harus terus cuba dan cuba untuk memikat hati si jantung hati dia seorang ini. Kerana baginya Zaid lah lelaki yang tepat untuk dijadikan suami dan ayah kepada anak-anaknya suatu hari nanti. Dapat Laura Alaika bayangkan masa depannya bersama Zaid dan keluarga kecil mereka, betapa bahagianya keluarga kecil mereka dalam bayangan Laura Alaika.
"Ehem, ehem" Zaid Najwan berdehem cuba menghilangkan gugup yang dirasa. Bukan apa, di fikirannya wanita yang asyik menatap dirinya ini sangat mengerikan. Pertama kali dia berjumpa dengan seorang wanita yang tekad dengan perasaan dia sendiri. Sebelum ini bukan tak ada orang yang meluahkan perasaan kepada Zaid Najwan, ada saja tapi tidaklah sampai extreme ini. Jika Zaid Najwan kata tidak maka dia sudah menolak cinta seseorang itu tapi yang satu ini memang tak akan faham bahasa yang dikatakan olehnya.
"Saya bukan apa Ms. Laura tapi buat masa ini saya tak mahu ada hubungan dengan siapa-siapa lagi" tolak Zaid Najwan lembut berharap sangat kali ini Laura Alaika dapat memahami apa yang cuba dia sampaikan
"Tak apa kalau bukan hari ini esok pun tak apa, kalau bukan esok lusa masih ada jangan risau saya akan tetap tunggu Mr Zaid" jawab Laura Alaika tetap tidak mahu kalah. Kedegilan yang ditunjuk oleh Laura membuatkan Zaid Najwan hilang kata-kata. Memang wanita dihadapanya ini bukan orang yang calang-calang.
"Okay, baiklah Ms. Laura awak bagi saya masa dulu nanti kita jumpa saya cakap keputusan saya" ujar Zaid Najwan cuba untuk memancing wanita dihadapanya
"Berapa lama?" Soal Laura Alaika
"Sebulan?" Jawab Zaid Najwan cuba untuk mendapatkan persetujuan wanita dihadapanya
"Nope! Seminggu" ujar Laura Alaika
"Tiga minggu?" Jawab Zaid Najwan cuba untuk nego dengan Laura
"Dua minggu titik!" Tegas Laura Alaika
"Okay dalam masa dua minggu aku akan bagi jawapan" ujar Zaid Najwan akur. Dia takut lebih-lebih nanti wanita dihadapanya ini akan pendekkan masa yang perlu dia ambil untuk beri jawapan tentang soal hati.
"Okay deals, In two weeks I will come back here and I really hope I find you with the answers I want" pesan Laura Alaika lalu memakai kembali ray ban hitam miliknya.
"Okay Ms. Laura, I promise" ucap Zaid Najwan lalu dia minta pamit untuk masuk mengajar. Kepala Laura Alaika dianggukkan tanda dia melepaskan Zaid Najwan untuk sambung kerjanya. Anak mata menghantar perginya figura Zaid Najwan sehingga hilang dibalik pintu tuition itu.
"I'll make sure you fall in love with me, full stop! " Detik hati kecilnya dan berlalu pergi meninggalkan perkarangan pusat tuition dan kembali kepejabat.
BERSAMBUNG.............................
maaf jika ada typo atau ayat berterabur
Share this novel