Bab 36

Drama Series 6057

Tubuh Laura saat ini sudah lemah untuk melawan tubuh gempal milik Datuk Megat Rafi. Tubuh langsingnya dari tadi dibanting oleh Datuk Megat Rafi tidak puas dengan itu dirinya dicekik lalu ditampar kuat oleh Datuk tua itu. Puas dia menjerit meminta tolong tapi dia lupa yang biliknya kedap bunyi.

Sekarang ini dia hanya mampu berdoa dan tawakal sahaja berharap ada sesiapa masuk kedalam biliknya. Nafasnya sudah hampir berpisah dengan tubuh bila tangan gempal itu tidak henti mencekik lehernya.

"Tolong" hampir tidak keluar ayat itu akibat kesulitan untuk dia bernafas.

"Itulah kau jual mahal sangat kan dah kena paksa dengan aku. Kalau orang nak tu bagilah jangan sampai aku guna kekerasan macam ni" ujar Datuk Megat Rafi dengan nada psiko.

Laura yang kuat meronta semakin lama semakin lemah. Sudah tiada belas insan dalam diri orang tua ini.

Sesiapa tolong!

"LAURA!" lalu pintu dikuak luas oleh granny.

"Astagfirrullah Laura!" Jerit granny keras.

Tidak semena-mena cengkaman dileher Laura dilepaskan. Bersungguh Laura mencari nafas secukupnya. Syukur granny sampai tepat waktu.

"Ya Allah perempuan jenis apa kamu ni!?" Serang granny.

"Dengan orang tua pun kamu jalan ke!?" Tambah granny lagi.

"Granny jangan salah faham dulu. Ini bukan apa yang granny fikirkan" ujar Laura Alaika cuba untuk pertahankan dirinya.

"Salah faham apa Laura!? Kamu ingin granny tua granny ni buta ke!? Kamu tanya mata-mata muda yang nampak terang bederang benda terketuk yang kamu buat ni!? Sudahlah nak buat projek tempat cari rezeki dengan orang tua ini pula tu!?" Amuk granny dengan nada suara yang sangat keras.

Laura lihat semua yang ada distu menjadi saksi apa yang telah berlaku. Terbuntang luas mata Laura Alaika bila susuk tubuh Zaid Najwan ada dikalangan orang yang melihat.

Baru sahaja Laura Alaika ingin buka mulut untuk berbicara dengan Zaid Najwan tiba-tiba ada fail dilempar tepat kearah mukanya.

"Aku dengar kau telah rugikan syarikat aku" ujar granny kasar.

"Juta-juta kau rugikan syarikat aku Laura! Sia-sia aku percayakan kau untuk usahakan syarikat aku! Sia-sia aku tekan kau selama bertahun-tahun tapi ini yang kau buat Laura! Kau telah sia-siakan kepercayaan aku kepada kau! Macam mana kau nak bayar Laura Alaika!?" Jerkah granny kuat.

"Granny maafkan Laura granny. Laura janji Laura akan betulkan segalanya granny" pinta Laura bersama air mata yang sudah tidak dapat dia tahan. Sakit pada badan akibat dibanting oleh Datuk Megat Rafi dia abaikan asalkan dia dapat kepercayaan granny lagi.

"Nak betulkan macam mana!? Kau nak bayar ganti rugi tu ke!? Dengan apa!? Dengan jual tubuh kau!" Begitu sinis nada granny.

"Tak granny, Laura tak jual tubuh dekat sesiapa pun. Sumpah granny" terus kaki granny dipeluk erat oleh Laura menghalang granny daripada pergi sebelum dengar penjelasan daripada dia.

Pang!

Satu tamparan hebat singgah kepipi Laura Alaika yang sudah sedia telah ditampar oleh Datuk Megat Rafi dari awal lagi. Penampar kali ini lebih sakit daripada datuk tua itu. Ada cecair merah mengalir keluar dari celah bibir Laura.

"Kau jangan nak bersumpah depan aku kalau benda yang kau kata tidak buat itu sudah terjadi depan mata kau" lalu tanpa ada secebis rasa kesian terus tubuh lemah Laura Alaika ditendang sehingga melambung terkena bucu meja.

Mengaduh Laura Alaika akibat sakit ditendang dan terlanggar bucu meja.

"Granny percayalah dengan Laura granny!" Jerit Laura Alaika bila susuk tubuh granny sudah hampir menghilang.

"Sofea awak percaya sayakan?" Soal Laura Alaika bila anak matanya bertembung dengan anak mata sofea. Sofea serba salah ingin beri jawapan dan akhirnya Sofea pergi tinggalkan keramaian itu.

Orang ramai mula beransur pergi bermacam reaksi Laura dapat dan yang paling ketara adalah dia dipandang hina oleh pekerjanya sendiri.

"Dasar perempuan murahan!"

"Murahnya jadi perempuan"

"Kalau cantik macam ni aku pun nak langgan"

"Lebih murah dari tepi lorong ni"

"Nak buat projek dekat hotel lah dey"

"Biasalah barang terpakai mana-mana pun jadi asalkan boleh diservis"

Bermacam kata-kata hinaan dan cacian Laura Alaika dapat. Tapi itu semua dia ketepikan yang dia nampak sekarang ini Zaid Najwan dia perlu percayakan lelaki itu yang dia bukan seperti orang lain fikir.

"Zaid awak percaya sayakan?"

Diam tiada jawapan

"Zaid awak percayalah saya" kali ini bersama dengan air mata yang kembali lebat.

Setapak kaki Zaid Najwan berundur.

"Zaid!" Panggil Laura cuba untuk halang Zaid Najwan. Namun setapak lagi Zaid Najwan berundur.

"Zaid please trust me!" Rayu Laura Alaika yang masih terduduk diatas lantai.

Kali ini badan Zaid Najwan pusing membelangkangi Laura Alaika dan berura-ura untuk pergi.

"Wan" panggil Laura dengan nada lemah.

"Jangan panggil nama aku dengan mulut kotor kau tu! Aku jijik!" Ujar Zaid Najwan jelas nada yang begitu jijik.

Baru selangkah dia melangkah tetapi dia jeda sebentar sebelum kembali menutur kata.

"Mulai dari saat ini kau bukan tunang aku lagi! Aku tak pernah ada tunang seorang pelacur macam kau!" Hati Laura Alaika bagaikan dibelah oleh belati tika ini. Sakit amat tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Separuh jiwa dan semangatnya telah hilang dibawa pergi oleh Zaid Najwan.

Seraya dengan itu tangan kanan memegan dadanya yang tiba-tiba sakit dengan kata-katanya yang ditutur oleh Zaid Najwan.

Bayangan Zaid Najwan telah hilang pergi meninggalkan dia kini tinggal Hans yang masih setia menjadi penonton dari tadi.

"Hans percayakan akak kan? Hans percayakan yang akak tak akan buat benda-benda terkutuk macam ni kan?" Soal Laura Alaika bersungguh harap sangat sepupunya sebelahkan dirinya.

"Sorry akak, bukan Hans tak nak percayakan akak tapi benda dah jadi depan mata kepala Hans. Takkan Hans nak buat-buat buta pula. Hans harap akak berubah" selesai mengucapkan kata-kata itu terus Hans melangkah pergi tinggalkan Laura Alaika.

"Ya Allah beratnya ujian kau" ucap Laura Alaika dengan tangisan yang tidak mahu tunjuk untuk reda.

"Aku dah cakap jangan rampas apa hak aku kan kau sudah mendapat. Kau dengan Najwa dua-dua LEMAH!" Telunjuk Natra ditonyoh ke kepala Laura kuat. Tidak pula Laura Alaika melawan kerana dia penat. Ya dia penat dengan segala yang berlaku dengan badan yang sakit dibanting, ditendang dan dipukul seperti punching bag.

"Jom sayang kita enjoy!" Ujar Datuk Megat Rafi lalu pinggang ramping milik Natra dirangkul erat.

Setelah tiada orang yang berada dipejabatnya terus Laura Alaika cuba untuk bangun tetapi gagal kerana kakinya terasa sangat sakit. Buka kaki sahaja malah tangan kanannya juga tidak kuat mana.

Patah ke? Macam mana aku nak keluar ni? Hampir lima belas minit Laura Alaika bertarung sendiri akhirnya dia berjaya berdiri tetapi dengan satu kakinya sahaja.

Laura Alaika melihat dirinya dipantulan cermin begitu banyak bengkak pada mukanya tang telah timbuk dan yang paling ketara adalah pada bahagian leher. Bekas lebam dileher menunjukkan garis-garis jari Datuk Megat Rafi. Sangat seram bila diingatkan balik.

Selendang yang dia bawa hari ini terus dicapai lalu menutup bahagian leher yang telah berbekas memar.

Laura menghampiri almari kaca yang telah dia sorok rakaman tadi kemudia dia ambil iPhone miliknya. Dia teliti bahan bukti yang telah dia rakam. Alhamdullilah semuanya terakam dengan elok. Sekurang-kurangnya dia ada bukti untuk dirinya sendiri.

Laura Alaika berjalan perlahan sambil herer kaki kanannya yang sakit. Kaki dan tangan kanannya tidak dapat digerakkan dengan sempurna kalau dia paksa dia sendiri akan sakit.

Keluar sahaja daripada bilik pejabatnya banyak mata yang memandang kearah dia. Laura cuba untuk tidak hiraukan pandangan jijik mereka terhadap dirinya. Yang penting sekarang ini dia perlu keluar dari tempat neraka ini.

"Kau tengok tu dia tutup leher dia"

"Ala nak tutup love bite lah tu"

"Benda dah buat dosakan buat apa tutup lagi semua dah tahu"

"Ni mesti dekat luar negara dia dah biasa buat aktiviti macam ni. Biasalah dekat sanakan bebas"

"Mesti dah biasa dengan parti liar ni"

Laura pejam mata seketika cuba untuk menelan segala tomahan para pekerjanya.
Tak apa Laura Alaika sikit lagi kau nak sampai dekat lift.

"Tapi takkan lah buat projek sampai patah kaki tangan? Korang fikir logiklah sikit" langsung kepala Laura dipalingkan kearah orang yang bersuara untuknya. Mata Laura Alaika dengan gadis muda yang telah membelanya bertembung lalu senyuman paling manis Laura Alaika hadiahkan tanda terima kasih.

"Alah boleh jer kalau dia nak berlakon. Benda nak raih simpati kan" sela pekerja lain.

"Tapi..." Gadis itu cuba untuk lawan tapi ditegah Laura dengan elengan kepala.

Laura cuba untuk melangkah lagi tapi dia silap langkah buatkan kakinya menjadi semakin sakit. Hampir saja Laura jatuh meyembah bumi nasib masih ada orang yang baik bantu dia.

"Cik Laura biar saya tolong cik" ujar gadis yang menolongnya tadi.

"Nama kamu?" Soal Laura Alaika lemah.

"Hanis"

Dengan pantas Hanis membantu Laura Alaika dengan memapahnya kepintu lift. Tinggal beberapa langkah lagi untuk sampai tiba-tiba Laura Alaika diserang lagi kali ini dengan Dato'Izlan pula.

PANG!

Sangat kuat bunyinya hampir terteleng kepala Laura akibat ditampar kuat oleh Dato'Izlan. Buat sekian kalinya bibir Laura Alaika pecah.

"Kalau kau nak buat maksiat bukan sini tempat dia!" Jerkah Dato'Izlan kasar dan pipi Laura Alaika menerima tamparan kedua. Kalau seharian dirinya menjadi punching bag mereka untuk melepaskan geram mahu lumat dirinya.

Turun naik dada Dato'Izlan menahan amarah. Nampak sungguh dia marah dengan sikap anak perempuanya.

"Ini duit syarikat kenapa banyak rugi!? Kenapa saham syarikat tiba-tiba dijual!? Kau gila ke Laura Alaika!!" Jerkah Dato'Izlan lagi.

"Aku gila ke kau yang gila Dato'Izlan?" Ujar Laura lemah tapi masih terdengar sinisnya.

"Anak tak guna!!" Tidak semena-mena pipinya menjadi sasaran amarah Dato'Izlan. Berpinar kepala Laura akibat tamparan yang maha hebat itu.

"Apa!? Saham syarikat dijual!!" Tiba-tiba granny yang muncul entah dari mana menyampuk. Dirinya yang nampak sangat pening dengan masalah syarikat dipapah oleh Zaid Najwan dan Hans.

"Granny tanyalah anak granny ni apa yang telah dia buat dengan syarikat ini" ujar Laura Alaika tidak bermaya.

"Apa yang kau merepek ni!?" Tengking Dato'Izlan lalu rambut Laura Alaika menjadi mangsa tarikkanya.

Hanis yang dari tadi melihat keganasan keatas majikannya rasa hal ini tidak patut untuk dibiarkan. Tangan hanis cuba untuk melepaskan tangan Dato'Izlan daripada terus mencengkam rambut Laura tetapi cepat ditepis kasar oleh Dato'Izlan.

Tepisan yang kuat itu buatkan tubuh kecil molek milik Hanis melayang jatuh kebelakang. Kini Laura Alaika hanya berdiri dengan satu kakinya tetapi dirinya sudah sangagt lemah untuk bertahan.

Dato'Izlan kembali mencengkam rambut Laura Alaika lalu dengan tidak semena-mena tubuh itu dibanting kasar olehnya.

Tubuh lemah itu hanya terima apa sahaja yang akan berlaku sungguh dirinya sangat tidak bermaya. Telinganya berdesing pandangan dia kabur. Kepala Laura sakit akibat dibanting oleh Dato'Izlan.

Laura nampak samar-samar Zaid Najwan cuba halang Dato'Izlan daripada terus memukulnya kemudian datang beberapa orang pekerja cuba untuk bantu Zaid.

Datang polis menangkap Dato'Izlan bersama dengan Raziz. Granny jatuh terduduk kemudian Raziz datang cemas kearahnya.

Suasana yang hiruk pikuk tadi menjadi cemas bila Raziz jerit darah sambil goncang tubuh lemah Laura Alaika. Kemudian muncul bayangan Zaid Najwan mengambil alih tempat Raziz.

"Wajah yang sangat saya rindu"

"Laura bangun Laura! Bertahan!" Cemas Zaid Najwan cuba sedarkan Laura Alaika.

"Suara yang sentiasa menjadi syair dan lagu untuk menemani malamku"

"Laura! Bangun! Jangan tutup mata love!"

"I love you"

Gelap gelita!

BERSAMBUNG....................

(ノ`Д´)ノ彡┻━┻

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience