Bab 20

Drama Series 6057

"Bro apa ni bro? Aku kan dah minta tolong kau gantikan aku kelmarin? Kenapa kau tak masuk ganti? Kau biar girlfriend kau tunggu sampai setengah jam? Kau agak-agaklah bro" omel Kamil sedikit berangin dengan sikap kawannya.

"Aku bukan sengaja bro, si Natra tu tiba-tiba nak sakit masa tu. Aku cemaslah terus aku terlupa pasal Laura" jawab Zaid Najwan jujur dan rasa bersalah kepada buah hatinya Laura.

"Ha! Tu lah lebihkan lagi si adik angkat kau tu. Kau tahu tak semalam, Laura call bini aku sambil menangis teresak-esak tahu dengan perangai kau yang lebihkan orang luar daripada dia. Dan semalam dia minta Sya buatkan jadual baru untuk dia. Dia tak nak kau jadi pengajar dia" Rasa bersalah dalam diri Zaid semakin menggunung. Sampai macam tu sekali Laura Alaika marah kepadanya.

"Dah bro kau call dia minta maaf" pesan Kamil lalu bahu Zaid Najwan ditepuk perlahan. Dia tahu kawannya ini tengah serabut. Diantara kekasih dan adik angkat siapa yang mahu Zaid pilih? Ya Zaid Najwan tersepit dicelah-celah.

Hampir beratus kali Zaid cuba hubungi Laura tapi satu pun tidak diangkat. Kepala yang sudah kusut makin kusut bila Laura tidak datang ke kelas hari ini. Takkan dia sudah larikan diri daripada Zaid?

"Laura tolong, aku taknak kehilangan kau buat kali kedua" detik hati kecil Zaid.

"Zaid!" Panggil Kamil cemas.

"Kenapa?" Jawab Zaid acuh tak acuh

"Laura!" Terus tegak tubuh Zaid mendengar sebaris nama yang dirindui.

"ENGKAU kenapa sampai terkena demam panas dengan masuk wad bagai ni" soal Syafikah tidak puas hati dengan Laura. Semalam call sambil menangis hari ini Call kata kena tahan wad pula.

"Tak adalah semalam selepas kita siap berbual tiba-tiba hujan lebat. Aku yang memang tak betul waktu tu terus aku turun kereta mandi hujan. Lepas mandi aku masuk kereta pasang aircond kuat-kuat. Lepas sampai rumah terus aku baring tidur dengan baju lembab dan dalam kesejukkan" terang Laura jujur dan ada rasa bersalah sebab sudah menyusahkan Syafikah.

"Kau kalau broken pun agak-agaklah, jangan kau hukum badan kau tu. Badan kau nak pakai lama Laura Alaika oiii" bebel Syafikah persis mak marahkan anak.

"Baik mak, Laura minta maaf" seloroh Laura lalu mereka berdua ketawa. Badan lemah Laura tidak mampu untuk bergerak lebih-lebih. Dia hanya tersenyum dan gelengkan kepala sahaja.

"Mak tak bawa bekal ke untuk anak manja mak ni?" Soal Laura sambil tersenyum lemah.

"Ada, kau nak makan sekarang ke?" Laura hanya angguk lemah.

Syafikah bantu Laura untuk duduk dengan selesa bersandar dikepala katil wad. Puas hati dengan kedudukan Laura terus tangan Syafikah ligat buka bekal yang dia bawa iaitu bubur ayam untuk orang sakit.

"Assalamualaikum" terus kepala Syafikah dan Laura pandang kearah pintu masuk wad. Kelibat Kamil masuk ke dalam wad dengan senyum mesra.

"Waalaikumusalam" jawab Syafikah gembira manakala Laura pula hanya jawab dengan lemah.

"Laura, macam mana? Okay?" Soal Kamil prihatin kepada seorang kawan. Laura angguk lemah lalu senyum sebaris dihadiahkan.

"Sayang buat apa tu?"

"Saya nak suap Laura makan ni, kenapa abang?"

"Jom ikut abang kejap" pantas tangan isterinya dicapai lalu dibawa keluar.

"Laura kau tunggu kejap" pesan Syafikah cemas. Dia kesian dengan Laura yang kebulur ditinggalkan begitu sahaja. Apalah yang suaminya mahukan ini.

Laura Alaika termenung jauh sambil perut yang mogok dari tadi dia gosok persis memujuk. Dia memang lapar dari kelmarin lagi disebabkan makan hati dengan kekasih dia lupa yang dia juga manusia biasa yang lemah dan tidaklah kebal mana. Baru kena hujan sudah kena tahan wad, baru tidak makan sudah masuk angin dan baru nampak kekasih mesra dengan adik angkat pun sudah melenting.

Cemburu, satu rasa yang memang Laura sendiri tidak boleh lawan daripada menguasi diri. Dia ingat lagi kejadian dimana dia kehilangan sahabat baiknya akibat rasa cemburu ini. Dan Laura tidak mahu hal itu berulang lagi.

"Jauh termenung Love" terbang segala yang difikirkan Laura seketika tadi bila ditegur seseorang.

"Mr Zaid awak buat apa dekat sini?" Soal Laura sedikit terkejut dengan ketibaan insan yang tidak mahu dia jumpa untuk seketika waktu ini.

"Soalan jenis apa tu love? Mestilah saya nak jumpa dan jaga buah hati saya ni" ujar Zaid dengan suara yang dileretkan. Muka Laura usah dikatalah memang suduh berkerut seribu.

"Awak kena sampuk ke Zaid? Atau semalam awak ada mimpi ngeri? Ngerilah saya tengok awak ni"

"Mimpikan awak" lalu senyum gatal terbit dibibir Zaid. Laura apa lagi? Jelingan maut dia hadiahkan kepada Zaid.

"Awak laparkan? Mari sini saya suapkan" terus Zaid capai bekal yang dibawa Syafikah tadi lalu dia buka sebelum tangan kanan laju ingin menyuap kekasihnya.

Mulut Laura buka tidak besar dan tidak juga sempit bila sudu berisi bubur telah sampai ke mulutnya. Bubur yang disuap dia telan sedikit payah kerana tekaknya tiada selera untuk menelan.

"Tawar" komen Laura dengan muka yang berkerut dan suara serak basahnya.

"Tawar ke?" Dengan tidak semena-mena terus bubur Syafikah dicicip untuk dia rasa.

"Okay je cukup rasa. Love tu demam sebab itu rasa tawar. Nah makan sikit lagi" lalu satu sudu disuakan kepada Laura.

Laura mengeleng lemah. Sungguh dia rasa seleranya putus sekarang ini. Tekaknya rasa ingin makan benda yang manis-manis tapi dia tidak mahu menyusahkan orang lain lagi. Cukuplah dia menyusahkan Syafikah, Kamil dan Zaid yang datang untuk menjenguknya.

"Kalau macam tu love rehatlah dulu okay" bubur yang masih tidak luak Zaid tutup kembali lalu dia letakkan diatas meja disebelah katil Laura.

"Lapar" rungut Laura dengan mata yang berkaca-kaca ingin menangis. Cemas Zaid dibuatnya.

"Love kenapa ni? Lapar? Bubur awak taknak makan" soal Zaid cemas.

"Tak nak tawar" ujar Laura sambil menyeka air mata yang telah tumpah ke pipi. Memang perangai Laura kalau sakit dia akan mengada-ngada, macam sekarang ini.

"Habis tu love nak makan apa? Cakap nanti saya belikan" soal Zaid penuh kasih dan sabar. Baru dia tahu sisi lain Laura Alaika sangatlah comel bila sakit. Selalu yang dia nampak Laura Alaika adalah seorang workaholic yang selalu pentingkan kerja daripada apa-apa pun. Tapi kali ini lain.

"Benda manis, macam donut caremel" jawab Laura perlahan tapi dapat ditangkap oleh Zaid.

"Okay, sayang awak tidur dulu, saya keluar pergi cari donut untuk awak ya sayang" pesan Zaid penuh kasih. Kepala Laura jatuh berkali-kali lalu dia baringkan diri sebelum membelangkangi Zaid.

Baru saja Zaid ingin berura-ura untuk pergi tiba-tiba telinganya menangkap satu kata daripada Laura.

"Maaf menyusahkan Zaid" tutur Laura dengan rasa bersalah.

"Untuk orang yang saya sayang, semua benda saya sanggup buat asalkan tidak salah disisi undang-undang dan Allah" jawab Zaid tenang dan ikhlas lalu dia keluar dari wad Laura. Laura yang dengar ayat ikhlas itu tersenyum sendiri. Bahagia!

DONUT caremel yang Zaid beli ditaruh diatas meja sebelah katil Laura. Kemudian Zaid arahkan anak mata menatap Laura yang  sedari tadi tidur. Wajah pucat Laura Alaika dipandang penuh kasih lalu tanpa berfikir panjang jari jemari Zaid sudah berada dipipi Laura. Jarinya mengelus lembut pipi gebu Laura.

Akibat terasa tidurnya diganggu, Laura Alaika tersedar dari lena yang panjang. Mata dibuka perlahan lalu bayangan wajah Zaid menjadi tatapan pertama Laura.

"Awak nak air" pinta Laura yang masih separa sedar. Tiba-tiba kerongkong terasa kering dan haus. Dengan pantas Zaid menuangkan air kosong kedalam gelas lalu gelas itu disuakan kepada Laura.

Air diteguk rakus sampai tidak tersisa dalam gelas. Habis sahaja dua gelas air barulah rasa haus itu hilang. Pandangan dialih ke arah Zaid yang sedari tadi berdiri bagaikan patung disebelahnya.

"Mana makanan saya?" Soal Laura tidak puas hati. Cari donut ke buat donut dia pun tidak tahu. Sampai ke malam baru nampak batang hidung.

"Awak pergi mana? Awak tahu tak saya kebulur tunggu awak dekat sini" luah Laura geram.

"Dah tu kenapa pandai sangat tak makan semalam? Orang lain pun kerja juga tapi tak adalah sampai tak makan" jawab Zaid sambil menghulurkan sekotak donut kepada Laura. Tapi Laura tidak sambut huluran Zaid.

Terasa hati dengan kata-kata Zaid. Jadi selama ini Zaid ingat dia tak lalu makan sebab fikirkan kerja? Sebab selalu sibuk? Dia tak fikir ke yang semua ini terjadi disebabkan Laura makan hati dengan drama dia dua beradik?

"Lah ni kenapa senyap pula ni? Awak nak makan ke taknak ni?" Soal Zaid hairan dengan Laura yang tiba-tiba jadi patung. Tadi bukan main bising sebab lambat bagi makan, ini makanan sudah depan mata tapi senyap pula.

"Sudahlah Zaid, awak baliklah, mesti awak penatkan saya nak rehat" terus badan Laura dibaringkan lalu membelangkangi Zaid. Laura sangat berjauh hati dengan Zaid ketika ini.

"Habis tu awak tak nak makan ke donut ni? Penat saya cari tau" Zaid cuba berlembut dengan Laura. Dia tidak tahu apa salahnya kali ini. Adakah dia ada terlepas cakap?

"Awak bagilah adik angkat kesayangan awak tu" perkataan adik angkat ditekankan lalu Laura menutup kepalanya dengan selimut.

"Okaylah Laura, saya keluar dulu nanti Sya datang teman awak" ujar Zaid dan berlalu keluar dari bilik wad.

Laura menyelak selimut yang tutup kepala dia lalu mata melilau mencari kelibat Zaid tapi tiada.

"Bukan nak pujuk ke apa ni tak terus balik. Orang laparlah! Orang sakit hati dengan perangai awak! Kenapa awak tak peka!? Salah saya ke tak ada selera makan sebab nampak orang yang saya sayang bermesra dengan orang lain!? Salah saya ke kalau saya cemburu dengan orang yang rapat dengan awak!? Salah saya ke? Salah saya ke Zaid!?" Amuk Laura seorang diri lalu tangis yang dia tahan terus terhambur keluar bagai tidak mahu berhenti.

BERSAMBUNG..............

Enjoy reading♥️♥️♥️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience