Bab 27

Drama Series 6057

Hari yang sibuk dengan seketul Laura Alaika tidak dapat dipisahkan. Hampir setengah hari dia tidak keluar dari biliknya, kalau orang lain mesti sudah fikir Laura Alaika sudah mereput dalam biliknya.

Mata yang fokus memandang kearah fail tiba-tiba diganggu dengan bunyi deringan telefon pejabatnya. Pantas tangan milik Laura capai ganggang telefon pejabat.

"Hello, Laura speaking"

"Laura! Kenapa kamu tak angkat call papa?" Serang Dato'Izlan tanpa memberi salam.

"Pa kenapa ni?" Hairan Laura kenapa tiba-tiba dia diserang begitu.

"Handphone kamu mana? Kenapa papa call tak dapat?"

Berkerut wajah Laura Alaika bila Dato'Izlan soal tentang telefon bimbitnya. Tanpa berfikir panjang terus iPhone yang berada dalam beg dicapai lalu ditekan punat utama telefon berkali-kali tapi tidak hidup.

"Alamak Pa sorry fon habis bateri. Kenapa papa cari Laura?"

"Kamu balik kerumah granny sekarang tapi sebelum tu balik rumah kamu pergi tukar baju yang sopan sikit kalau boleh pakai baju kurung" pesan Dato'Izlan lalu panggilan diputuskan.

"Kenapa papa ni? Kenapa kena pakai baju kurung? Oh! Ada majlis kesyukuran ke? Jangan-jangan untuk sambut kepulangan Hans!" Laura Alaika buat andaian sendiri dan akhirnya dia akur dengan permintaan Dato'Izlan. Tapi dalam akur Laura Alaika dia berharap itu bukan majlis menyambut kepulangan Hans.

Laura Alaika mengenakan baju kurung kedah berwarna baby blue lalu rambut panjangnya dijalin ala-ala bridesmaid dan dia letak kebahu. Berpuas hati dengan penampilan diri sendiri terus Laura Alaika mengatur langkah menuju kearah pintu utama rumah. Perkarangan rumah ditinggalkan menuju ke destinasi. Berharap dia tidak lewat.

SUARA riuh rendah dalam rumah granny dapat Laura Alaika dengar. Suasana seperti damai, tidak pula Laura tangkap suara petir Hans. Selalunya suara Hans yang paling kuat dekat kawasan perumahan ini tapi Laura tidak dengar suara nyaring itu. Betul tekaanya Hans masih belum pulang Malaysia lagi. Kaki kanan didahulukan.

"Assalamualaikum" salam diberi penuh sopan dari Laura Alaika menarik minat semua orang yang asyik bersembang sebentar tadi. Semua mata tertumpu kearahnya.

"Waalaikumusalam" jawab mereka semua serentak.

"Alaika cepat masuk buat apa tercegat dekat situ lagi?" Ujar granny buatkan langkah Laura Alaika yang terpasung tadi kembali bergerak.

"Jadi inilah yang namanya Laura Alaika?" Soal Puan Najma bila tubuh Laura hampiri mereka diruang tamu.

"Ya aunty saya Laura Alaika" tersimpul malu Laura kenalkan diri.

"Ya allah cantiknya! Padanlah si Wan tu berkenan sangat" tambah Puan Najma lagi.

"Ha, Alaika ini Puan Najma" sampuk granny sambil jari ditunjuk kearah Puan Najma dengan pantas tangan Puan Najma diraih lalu dicium penuh hormat oleh Laura Alaika.

"Yang ini pula Encik Zaki" lalu jari granny beralih kepada seorang lelaki yang duduk sebelah Puan Najma. Suami Puan Najma mungkin. Laura Alaika hanya tundukkan kepala sedikit menunjuk hormat kepada Encik Zaki tanda hormat.

"Dan yang ini pula Zarina Najwa" lalu anak mata Laura beralih pula kepada gadis manis yang berada disisi Encik Zaki. Belum sempat Laura ingin hulurkan tangan untuk bersalam dengan pantas jari jemari Laura Alaika diraih Najwa lalu dicium penuh hormat.

"Selamat kenal Akak Laura" ucap Najwa ikhlas lalu senyuman dimaniskan buatkan seketul hati Laura Alaika senang berkenalan dengan gadis ini.

"Selamat berkenalan juga Najwa" ucap Laura Alaika juga ikhlas lalu senyuman semanis kurma dihadiahkan.

"Alaika duduk dulu, ada benda kami nak bincang" ujar granny serius. Laura Alaika ambil tempat disofa kosong lalu duduk dilabuhkan.

"Apa tu granny? Nampak serious saja?"

"Kedatangan Puan Najma dan Encik Zaki ni bersama hajat" terbuntang mata Laura Alaika.

"Ha....ha....hajat? Hajat apa tu granny?" Tergagap Laura Alaika dibuatnya.

"Nak meminang kamu untuk anak lelaki mereka"

"Siapa!?" Hampir luruh jantung Laura Alaika. Dia hanya mahu dengan lelaki yang bernama Zaid sahaja.

"Abang Wan!" Sampuk Najwa dan tidak semena-mena pinggang dia disiku oleh Puan Najma.

"Wan? Siapa Wan?" Soal Laura binggung.

"Eh, bukan ke Akak couple dengan abang Wan?" Soalan dibalas soalan buatkan otak Laura Alaika makin binggung.

"Hah?" Laura Alaika makin tidak faham dengan situasi sekarang ini. Wan? Siapa Wan? Setahu Laura dia hanya menjalinkan hubungan dengan seorang sahaja lelaki iaitu Zaid.

"Nama bakal suami pun kamu tidak tahu ke Laura Alaika sayang" sampuk Dato'Izlan yang muncul entah dari mana disusuli Zaid belakangnya.

"Papa! Zaid!" Terkejut Laura Alaika melihat Dato'Izlan bersama Zaid. Situasi apa sebenarnya ini?

"Kenal pula Zaid. Wan tak kenal?" Soal Dato'Izlan lalu gelengan kepala Laura Alaika menjadi jawapan.

"Wan tu Zaid lah Laura sayang. Zaid Najwan" keras kejung tubuh Laura Alaika apabila dengar sebaris nama itu. Ya malu pun ada juga tapi yang sangat mengejutkan ialah nama lelaki yang dia puja-puja dulu adalah lelaki yang berdiri didepannya sekarang!

"Sorry I'm don't know" tutur Laura perlahan antara dengar tidak dengar. Tapi cukup untuk ditangkap telinga mereka.

"Okay kembali kepada perbincangan asal" ujar granny mengalihkan semua perhatian kepadanya.

"Jadi Alaika keluarga Zaid Najwan datang nak masuk meminang kamu. Jadi kamu setuju tak?" Soal granny lalu semua mata tertumpu kearah Laura Alaika pula. Lambat-lambat kepala Laura jatuh tanda setuju.

"Alhamdullilah!" Ucap mereka semua serentak. Hanya Laura Alaika sahaja yang terkulat-kulat malu.

"Jadi Laura Alaika granny sudah bincang dengan pihak lelaki kalau kamu setuju, granny nak hari ini juga kamu bertunang dengan Zaid Najwan" Laura Alaika hanya akur kerana itu yang dia mahu. Menjadi tunang seorang Zaid Najwan.

Sebentuk cincin terletak elok dijari manis Laura Alaika. Tangan tua milik Puan Najma dicium penuh kasih lalu tubuh Puan Najma dipeluk erat. Pelukkan yang sudah lama dia rindukan iaitu pelukkan seorang ibu. Walaupun bukan ibu kandung tapi dia sangat bersyukur.

"Tiga bulan lagi majlis nikah" terbuntang luas biji mata Laura Alaika dengar ayat yang diutarakan granny.

"Capatnya granny" ujar Laura Alaika.

"Kamu boleh cakap macam tu kalau 20 tahun lepas. Sekarang masing-masing sudah fasa 40-an apa yang kamu tunggu lagi?" Jawapan yang diberi granny sedikit sebanyak menyedarkan Laura Alaika. Umur mereka berdua bukan semakin muda tapi semakin tua. Ada betulnya kalau dipercepatkan.

"Tapi granny masa majlis nanti Hans ada kan? Uncle Jimmy dan uncle Sam ada jugakan?"

"Kamu jemputlah mereka" sedikit dingin suara granny tapi Laura tidak ambil peduli kerana inilah masa dia dapat berjumpa dengan bapa-bapa saudara kesayanganya. Senyuman diwajah Laura Alaika tidak lekang. Akhirnya dapat juga Laura Alaika tersenyum sebahagia ini setelah sekian lama senyuman dia terkubur bersama mamanya.

"Sudah jom ke dapur. Bibik sudah siapkan makan tengah hari untuk kita semua" ajak granny dan kemudian berlalu ke dapur. Dato'Izlan, Zaid Najwan dan Encik Zaki berjalan beriringan bersama manakala Puan Najma mengikuti langkah tiga lelaki itu. Najwa pula merapatkan diri kepada bakal kakak iparnya.

"Akak Laura" tegur Najwa

"Ya Najwa" sahut Laura Alaika penuh perhatian.

"Welcome to our family Akak Laura!" Ucap Najwa penuh perasaan. Untuk pertama kali Laura Alaika rasa dirinya dihargai oleh orang luar yang tidak lama lagi akan menjadi keluarganya sendiri. Tiba-tiba rasa sebak dalam dada. Rasa ingin menangis kegembiraan.

"Thank you Najwa sebab buat Akak Laura sangat berharga dimata keluarga Najwa" ucap Laura Alaika dengan perasaan yang ditahan tetapi tidak berjaya akhirnya sebutir mutiara kegembiraan jatuh kepipi. Tiba-tiba tubuh langsing Laura Alaika dipeluk erat oleh Najwa.

"Don't say thanks Akak Laura, because you're the part of my family" bisik Najwa tepat ditelinga Laura Alaika. Pelukkan diperkemaskan lagi oleh Najwa buatkan hati Laura sangat tersentuh dan pelukkan Najwa dibalas Laura Alaika erat.

BERSAMBUNG....................

Enjoy!! ( ˘ ³˘)♥

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience