Bab 23

Drama Series 6057

Kereta diparking elok dalam kotak parking. Rambut yang nampak tidak terurus dibetulkan. Bibir di touch up dengan lipstick yang dia gemari. Puas dengan penampilan diri, Natra keluar dari perut kereta sebelum cat walk masuk ke dalam restoran mahal tempat dia buat janji.

Masuk sahaja dalam restoran, terus mata Natra melilau cari sosok tubuh seseorang. Sehinggalah dia menangkap satu tubuh yang sedang menikmati makanan. Natra mengatur langkah menuju kearah orang tersebut.

"I'm sorry datuk I'm late" terus duduk dilabuhkan di hadapan Datuk Megat Rafi.

"Don't worry my dear, untuk si cantik manis ini bila-bila abang boleh tunggu" senyum gatal terbit diwajah Datuk Megat Rafi. Natra mengawal riak muka meluatnya. Kalau diizinkan ingin saja dia muntah hijau disini. Tak padan dengan tua, gemuk pulak tu ada hati nak yang pucuk muda saja. Natra hanya memasang senyum paksa diwajah.

"Datuk sebe..." Belum sempat Natra ingin mengutarakan hasrat hati tiba-tiba omongannya dipotong.

"Apa ni sayang berdatuk-datuk tak manis. Panggil saya ABANG" pinta Datuk Megat Rafi dengan nada miangnya

"A-A-A-A-ABANG!" tergagap Natra ingin menyebut perkataan yang menggelikan itu. Bagi Natra orang berhak dipanggil abang hanya Zaid Najwan seorang sahaja. Kening Datuk Megat Rafi terangat lalu kepala jatuh beberapa kali tanda mengiyakan.

"Okay, A-A-A-A-ABANG saya sebenarnya nak tanya A-A-A-A-ABANG sesuatu boleh?" Sumpah geli bahasakan orang tua gatal ni abang.

"Apa sayang? Apa saja untuk sayang. Tanyalah"

"Abang kenal perempuan ni" lalu iPhone disuakan kemuka Datuk Megat Rafi. Lama lelaki tua itu merenung lalu kepala dianggukkan.

"Kenal, anak kepada kawan abang kenapa?"

"Abang pernah jumpa dengan dia kan?"

"Pernah dekat PD. Kenapa?"

"Ada apa-apa terjadi ke?" Korek Natra tidak sabar.

"Kenapa sayang nak tahu?" Soal Datuk Megat Rafi musykil.

"Common Datuk Megat Rafi, you have too many sugar baby out there. And what you want confirm you get it right?" Provok Natra

"What you want?" Soal Datuk Megat Rafi sedikit tercabar.

"I won't a prove that make that girl is black sheep! I won't everybody around her hate here! And a important thing is i won't a men who love her throwing her far far away" jelas Natra dengan perasaan benci.

"It's not big deal, but sayang bayaran dia bukan murah"

"Berapa pun saya sanggup bayar" ujar Natra semangat. Datuk Megat Rafi yang mendengar ayat yang keluar dari bibir Natra tersenyum kemenangan.

"Okay deal?"

"Deal"

LAURA Alaika yang tengah sibuk belek fail ditangan dikejutkan dengan notifikasi Skype pada komputernya. Ada panggilan dari seseorang. Pantas Laura menjawab panggilan tersebut.

"Akak Laura!" Sergah orang disana.

"Ya Allah Hans! Rindunya Akak dekat kau" sambut Laura gembira bila melihat wajah yang dia rindui.

"Uncle Jeremy sihat? Lama Akak tak balik sana"

"Alhamdullilah uncle Jeremy sihat, Akak sihat ke?"

"Alhamdullilah sihat, ini apa yang kau mimpi telefon Akak waktu-waktu macam ni? Selalu waktu Akak kau nak beradu baru kau reti nak call"

"Hans call ni ada benda penting Hans nak cakap dengan Akak"

"Cakap apa Hans bunyi macam serious sangat" berdebar tiba-tiba rasa jantung Laura.

"Hans sebenarnya disuruh granny balik lebih awal" terang Hans serba salah.

"What! But why!?" Ternaik nada Laura.

"Because of you kakak. Granny cakap dia sudah bosan tunggu kakak tapi tiada hasil pasal pertunangan Akak" terkedu Laura.

"Bila kau balik Hans?"

"Yang paling cepat Hans cakap bulan depan. Itupun granny sudah bising suruh cepatkan lagi hari Hans pulang. Tapi Hans nak bantu kakak jadi Hans bagi beribu alasan. Akhirnya granny akur"

"Thanks Hans you're my boy. Okay boy i have work to do so i end first, bye boy" lalu panggilan ditutup. Laura berfikir sendiri. Dia perlu cepat bertindak, dia perlu buat Zaid cepat masuk meminang tapi Zaid sudah tetapkan syarat. Lama dia berfikir sehinggakan Laura mendapat satu idea. Dia perlu cari Syafikah.

Lantas Laura Alaika capai handbag berjenama lalu meluru langkah keluar dari ruangan pejabat. Langkah kaki Laura terhenti didepan meja P.A nya.

"Sofea saya keluar, kalau ada benda yang perlukan saya terus call saya okay"

Laju kepala sofea jatuh berkali-kali tanda faham dengan apa yang dikatakan majikannya. Laju langkah kaki Laura dihayun menuju kearah kereta yang dia parking. Masuk saja dalam perut kereta terus Laura membuat janji dengan Syafikah dan berjanji untuk berjumpa di sebuah café.

Laura yang tiba lebih dahulu telah memesan secawan latte. Tidak lama kemudian muncul kelibat orang yang dia cari.

"Assalamualaikum, Laura maaf aku lambat ada hal sikit tadi" sapa Syafikah lalu duduk dilabuhkan menghadap Laura Alaika.

"Waalaikumusalam, tak apa Sya. Ini pun aku baru sampai" ujar Laura lalu senyum manis diberi.

"Ini ada apa kau nak jumpa aku? Tak menyempat nak tunggu esok ni kenapa?" Soal Syafikah terus kepada point mereka.

"Ujian matematik aku bulan kan?" Soal Laura lalu laju kepala Laura angguk.

"Aku nak kau cepatkan boleh?"

"Kenapa?"

"Granny aku dia paksa sepupu aku balik Malaysia bulan depan. Kalau dia balik bulan depan matilah aku" terang Laura

"Kenapa pula kau yang nak mati?" Soal Syafikah hairan dengan ayat Laura.

"Kalau budak tu balik tapi aku masih tak bertunang dengan sesiapa semua harta yang patut aku dapat akan jatuh dalam tangan budak tu" sambung Laura ada getar dalam ayatnya. Laura sangat gusar sekarang ini.

"Ya Allah Laura! Jadi selama ini kau tak ikhlas lah kan bercinta dengan Zaid?" Tembak Syafikah.

"Ya Allah Sya! Kenapa kau fikir sampai kesitu? Demi Allah dalam hati aku ni cuma ada Zaid seorang dan cinta aku kepada dia sangat tulus dan ikhlas" jujur Laura dengan nada yang bergetar. Satu mutiara jernih jatuh kepipi. Rasa dalam hatinya kini bercampur aduk, rasa macam nak pecah dadanya dengan masalah yang menimpa dirinya dari dulu lagi.

"Habis tu penting sangat ke harta benda kau tu sampai kau perlu korbankan cinta kau" soal Syafikah cuba mendalami masalah yang ditimpa sahabatnya.

"Harta itu adalah harta pengorbanan Papa aku. Aku nak balas segala pengorbanan Papa dengan harta yang dia mahu dari dulu lagi" terang Laura dengan perasaan yang cuba ditahan. Dia risau dia akan meraung disini apabila mengenang pengorbanan Dato'Izlan.

"Okay baiklah Laura kau jangan sedih-sedih lagi. Nanti aku cuba semampu aku" akur Syafikah. Sungguh dia simpati dengan nasib Laura.

"Thanks Sya, kau lah sahabat dunia akhirat aku" ujar Laura Alaika sedikit tenang bunyi tutur nadanya.

"What! Cepatkan tarikh ujian!? But why!?" Naik seoktaf nada Zaid Najwan bila mendengar berita yang disampaikan Syafikah.

"Ish! Kau ni janganlah tinggikan suara kau. Terkejut aku tahu" marah Syafikah.

"Eh! Maaf maaf aku bukan apa aku terkejut ke" digaru kepala yang tidak gatal.

"Tapi kenapa?" Soal Zaid Najwan tidak puas hati.

"Entah, mungkin tak sabar nak tunang dengan kau kot" seloroh Syafikah tapi dia berharap Zaid faham dengan ayat yang disampaikan.

"Tak akan sebab tu saja?" Soal Zaid masih tidak percaya.

"Engkau tanyalah dia. Tanya aku, aku pun tak tahu" lama Zaid Najwan diamkan diri berfikir mungkin.

"Zaid, kau setuju tak si Laura tu ujian minggu depan?" Sambung Syafikah lagi. Lama Zaid diamkan diri sebelum dia memustukan keputusan.

"Okay baik, ujian Laura kita percepatkan minggu depan" putus Zaid buatkan Syafikah tersenyum lebar.

"Terima kasih Zaid!" Ujar Syafikah dengan senang hati.

"Sama-sama" balas Zaid lalu dia termenung memikirkan Laura Alaika. Adakah Laura sudah bersedia untuk jawab soalan matematik dalam waktu terdekat ini? Dia kuga buntu harus buat apa.

"Tak apalah sayang, asalkan awak bahagia sudah" omel Zaid sendiri.

BERSAMBUNG..............

Hope you guys enjoy this chapter (◠‿◕)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience