Bab 17

Drama Series 6057

"silakan duduk Datuk Megat Rafi" pelawa Laura Alaika lalu duduk dilabuhkan bila Datuk Megat Rafi duduk terlebih dulu.

"So this is Laura Alaika?" Soal Datuk Megat Rafi dengan senyum penuh makna. Laura senyum kekok dan berdehem beberapa kali untuk tenangkan diri yang takut. Takut kerana hanya mereka berdua sahaja yang berada dalam ruang tertutup ini. Datuk Megat Rafi telah sediakan bilik untuk mereka bersua tapi tidak sangka bilik ini sangat tertutup dan jauh dari keramaian.

"Datuk can we started now? I have a lot thing to do right now" Pinta Laura Alaika agar perbincangan mereka segara dimulai.

"Why so fast darling? Lets me introduce myself" ujar lelaki tua miang tidak sedar diri itu lalu kaki milik Datuk Megat Rafi bergesel di betis mulus Laura Alaika.

Laura Alaika dengan reflek berdiri bila ada sesuatu menyetuh kulit kakinya yang tidak ditutup dengan sehelai kain kerana dia hanya mengenakan midi skirt yang labuhnya hanya sampai bawah lutut sahaja.

"Apa ni Datuk!? Saya datang jauh-jauh ni sebab nak bincang hal kerja! Bukan nak jual tubuh ke Datuk miang macam ni!" Marah Laura Alaika dengan nada yang tinggi, dia dapat rasa tekaknya sedikit perit.

"Sabar darling jangan marah-marah macam ni" pujuk Datuk Megat Rafi dengan nada sedikit menggoda lalu dengan beraninya dia bangun dan dekatkan diri dengan Laura, tanpa kebenaran tangan gatal milik Datuk Megat Rafi terus jatuh kebahu Laura Alaika.

Laura Alaika yang terkejut hebat terus menolak tubuh kontot milik Datuk Megat Rafi hingga jatuh ke tanah. Datuk miang itu mengaduh akibat pinggang tua miliknya sakit dihempap konkrit. Laura lihat ada peluang untuk dia lepaskan diri tanpa fikir panjang terus langkah seribu dibuka, tapi sayang seribu kali sayang, belum sempat dia memecut kaki panjang miliknya diraih oleh Datuk Megat Rafi dan buatkan dia jatuh menyembah bumi.

Datuk miang lihat peluang sudah ada depan mata terus tubuh langsing milik Laura Alaika dipanjat dan kini kedudukan mereka lelaki di atas perempuan di bawah. Laura Alaika cuba untuk melawan tapi kedua belah tangannya telah dikunci oleh Datuk miang itu. Baru sahaja Datuk miang itu mahu mencium dirinya tanpa membuang sedikit pun masa dan peluang terus Laura Alaika menendang masa depan milik Datuk Megat Rafi. Datuk miang itu mengaduh hebat akibat adiknya telah ditendang dengan kuat. Bergulung Datuk Megat Rafi tidak ubah seperti tergiling akibat senak dibahagian sulitnya.

"Padan muka kau! Biar gelap masa depan kau!" Amuk Laura Alaika dan langkah seribu dibuka meninggalkan lelaki tua miang itu sendiri dalam kesakitan.

"Laura" panggil seseorang mengejutkan Laura dan segala kenangan hitam yang diingati telah hilang terbang entah kemana.

"Yes Jacob why?" Soal Laura Alaika binggung.

"I called you many times but you don't seem to listen, what are you thinking now?" Riak risau terpancar diwajah putih milik Jacob. Kepala Laura Alaika hanya digeleng kiri dan kanan tanda tiada apa-apa. Dia kena rahsiakan perkara hitam itu dari semua orang waima Zaid dan Syafikah sekalipun tiada satu orang pun perlu tahu tentang perkara jijik ini. Tiba-tiba perkara hitam itu kembali berlayar dibenak fikiran Laura Alaika.

"Zaid aku minta maaf, aku tak dengar cakap kau untuk jaga diri aku, jaga pemakaian aku. Maafkan aku zaid" detik hati kecil Laura. Ingin saja dia hamburkan tangisan yang ditahan-tahan selama ini, tetapi nanti Jacob akan bertanya kenapa? Dia tidak mahu sesiapa tahu tentang hal itu. Begitu perit rasa didada bila semua rasa terkumpul dalam satu tempat. Kalau tidak disebabkan dia berada ditempat terbuka dekat pulau ini mahu saja dia berteriak meluahkan segala yang terbuku dihati.

"Hey, Laura you daydream again? I'm talk to you" soal Jacob buatkan Laura Alaika kembali kedunia nyata.

"Oh I'm really sorry Jacob but i feel exhausted today so i need a good rest okay. Sorry again Jacob i have to go back to my room first, please enjoy your lunch, your day, your er.....errr whatever i go first" pamit Laura dan berlalu pergi tinggalkan Jacob tanpa memberi izin untuk dia bercakap.

Pintu bilik dihempas kuat lalu tubuh langsing disandar kepintu dan keluhan berat dilepaskan. Mata kembali melihat skrin telefon dan tidak semena-mena keluhan berat dilepaskan lagi. Terpapar begitu banyak misscalled dari Zaid bukan dua tiga, bukan puluh dan juga bukan belas tetapi beratus panggilan yang tidak dia angkat dari Zaid bukan saja Zaid yang dia tidak angkat malah Syafikah pun sama. Sejak kejadian hitam itu Laura Alaika seakan-akan ingin menjauhkan diri dari Zaid. Dia rasa dirinya jijik, biarlah dia tenangkan dirinya dulu. Kalau diikutkan ingin saja dia berada dalam pelukkan Zaid sekarang ini mengadu semua hal yang menimpa dan mendapat kata-kata mutiara daripada orang tersayang.

"Zaid maafkan aku, maafkan aku Zaid. Aku jijik dengan diri aku Zaid. Maafkan aku Zaid aku tak mampu nak jaga diri aku sendiri. Maafkan aku Zaid!" Teriak Laura Alaika dengan air mata yang berjujuran keluar dan dengan perlahan tubuh langsingnya jatuh ketanah lalu lutut miliknya dipeluk erat dan muka yang telah basah dipenuhi air mata disebamkan ke lutut. Segala tangisan yang ditahan tadi terus dihambur, dia inginkan rasa lega dia inginkan rasa ketenangan untuk menghadap wajah sang kekasih. Dia tidak mahu rasa jijik ini datang lagi.

Kaki panjang diatur kemas menuju kearah pintu bilik pejabat sang ayah. Sampai saja didepan muka pintu langkah dia hentikan lalu nafas panjang ditarik dan perlahan-lahan dilepaskan mengumpul segala kekuatan yang ada. Sudah puas dengan keyakinan diri lalu pintu bilik itu dia ketuk beberapa kali sebelum dengar suara garau milik Papanya kata masuk. Pintu dikuak dan kaki diatur menuju kearah meja kerja Dato'Izlan. Dengan muka yang sangat serius Laura Alaika menegur Dato'Izlan.

"Papa I don't want to manage projects with Datuk Megat Rafi" tutur Laura Alaika sangat serius tiada sekat-sekat ayat yang diutarakan tadi. Terkejut hebat Dato'Izlan dengar ayat keluar dari mulut anak daranya. Muka putih Dato'Izlan kini berubah merah tangan yang tiada urat tadi kini telah timbul urat menjalar.

"But why!?" Soal Dato'Izlan cuba tenangkan diri tapi dapat didengar ayatnya sedikit geram dan kecewa dengan keputusan anaknya.

"I just don't like him, that's all" tutur Laura Alaika tenang dan jujur. Semestinya dia sembunyikan rasa benci dan jijiknya kepada orang tua miang itu.

"but why laura! This project is worth millions, you know!? It's doesn't matter you have to deal with it too" Amuk Dato'Izlan

Nafas panjang ditarik tenangkan diri yang baru saja diamuk Papanya.

"if you want the project you take care of  yourself. I will not deal with that old man and if you force me, I will leave this company" ujar Laura Alaika tenang tetapi berbaur amaran. Setelah selesai tuturkan ayat itu terus badan langsing itu dipusingkan dan berlalu pergi tanpa memberi kesempatan untuk Dato'Izlan berkata sepatah pun.

Entah keberapa kali Laura Alaika mengeluh pun dia tidak tahu. Baru seketika tadi Laura mendapat mesej daripada Syafikah melalui aplikasi WhatsApp dan bila dia buka mesej itu entah berapa banyak keluhan yang keluar. 'Jadul kelas' dipandang lagi dengan pandangan tidak percaya. Esok adalah hari mula-mula Laura masuk kelas matematik pada usia yang meningkat.

Laura Alaika masih belum bersedia dalam semua segi. Untuk belajar semula matematik, untuk menghadap Zaid semua dia belum bersedia lagi. Tapi untuk elakkan rasa syak wasangka Zaid Laura perlu juga masuk kelas esok.

Laura tidak mahu Zaid rasa dirinya tidak oenting dalam hidup Laura. Apa yang dia telah mulakan harus dia tamatkan. Zaid pasti akan jadi milik Laura Alaika tidak kira cepat atau lambat titik!

"Zaid cepat atau lambat kau pasti jadi milik aku!" Tekad seorang Laura Alaika.

BERSAMBUNG.................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience