Bab 22

Drama Series 6057

Tatapan Zaid Najwan tajam mencerlung kearah wanitanya. Zaid perhati setiap gerak geri Laura yang sedang tekun membuat latihan matematik yang dia beri.

"Salah!" Sekuat petir sura Zaid buatkan bahu Laura terhinjut.

"Salah? Okay sapu balik" pantas tangan Laura capai pemadam lalu dia sapu yang dikatakan salah. Laura kembali tekun menjawab. Belum apa-apa.

"Salah lagi!"

"Okay kejap"

"Lagi-lagi salah!!" Kini tangan Zaid juga bersuara dengan menghentak kuat diatas meja. Laura yang berjiwa lembut sedari tadi tahan tangis bila dimarahi Zaid.

"Apa yang payah sangat soalan ni?" Soal Zaid kembali berlembut bila melihat mutiara kecil jatuh kepipi wanitanya.

"Saya tak pandai" lalu tangis yang ditahan terhambur keluar dengan cepat diseka Laura. Dia tidak mahu nampak lemah di hadapan Zaid oleh kerana solan matematik ini.

Zaid Najwan yang tidak sampai hati melihat wanita didepannya bersedih terus dia labuhkan duduk disisi Laura Alaika.

"Apa yang susahnya sayang? Soalan ni senang saja awak guna kaedah rumus. Mari saya tunjuk" pensil bertukar tangan dan kertas ulang kaji bertukar tuan.

"Sayang dengar elok-elok, pasang telinga dan setkan otak sayang jangan main-main okay" laju kepala Laura angguk kemudian mata dan tumpuannya diberikan sepenuhnya.

"Mula-mula sayang cari punca dulu kemudian sayang tolak punca bagi persamaan yang soalan bagi kemudian tulis dan kenal pasti. Lepastu sayang kira pakai kalkulator dan bom! Dapat jawapan. Yang paling penting sekali jangan lupa buat jalan kira nanti kalau sayang tak buat, sayang akan dapat markah kosong" pensil dan mulut Zaid tidak henti bergerak menerangkan kaedah yang patut digunakan.

Laura Alaika pada mulanya fokus kepada penerangan Zaid tetapi, kini fokusnya beralih kepada empunya suara. Sinaran matahari yang terarah kepada zaid buatkan mata lelaki itu kelihatan berwarna coklat cair dan rambut Zaid juga berwarna sama dengan matanya. Laura terpegun dengan keindahan yang terhidang didepan matanya. Sisi menarik Zaid keluar apabila dia sedang ralit dengan kerjanya. Muka serius Zaid buatkan hati seorang Laura Alaika tidak kenal erti untuk berdegup secara normal.

"Sayang awak fahamkan?" Soal Zaid yang sudah siap terangkan masalah matematik Laura. Mata Zaid pula terarah tepat kearah anak mata Laura yang asyik melihat dirinya sedari tadi. Senyum senget terbit dibibir Zaid.

"Sayang awak nakal eh, saya duduk syok terangkan kaedah rumus ni dekat awak. Awak pula tengah sedap usya saya" tembak Zaid lalu kening sebelah diangkat.

Wajah Laura yang putih kini telah bertukar merah bila kegiatannya tadi kantoi busuk dengan tuan punya badan.

"Ma.....ma.....mana ada" salah tingkah laura dibuatnya. Zaid jahat! Tidak semena-mena ketawa halus Zaid tercetus. Laura yang sudah merah malu bertambah malu bila lelaki itu gelakkan dirinya.

"Sudahlah sayang, saya keluar ke tandas jap. Sayang selesaikan soalan tu. Saya sudah terangkan tadi, jadi yang saya tahu lepas balik tandas saya nak sayang jawap dengan betul!" Arahan telah diberikan kemudian Zaid berlalu keluar untuk ke tandas.

Laura melihat bayangan Zaid sudah hilang tiba-tiba tersenyum sendiri.

"Zaid ni boleh tahan juga ya kalau tengok dari jarak dekat, lagi menawan!" Omel Laura Alaika sendiri lalu tersenyum gatal. Tidak lama dia berkeadaan begitu kemudian dia sedar ke alam nyata lalu kepala digelengkan menghapus bayangan gatalnya.

"Syuhhh, syuhhhhh pergi kau bayangan gatal!" Halau Laura lalu dia kembali menjawab soalan tapi masih ada senyuman gatal yang tersisa.

Sudah hampir sepuluh minit Zaid keluar tidak balik-balik lagi. Sembelit ke kawan tu? Laura Alaika yang setia menunggu Zaid sudah mula bosan. Soalan banyak lagi yang dia tinggal kerana masih tidak faham untuk buat macam mana.

"Abang we need to talk!" Terhinjut bahu Laura bila disergah sebegitu. Tangan kanan naik melurut dada. Mata memandang gerangan yang serbu masuk tanpa salam.

"Natra what are doing here?"

"Oh, kau perampas. Mana abang?" Ujar Natra sangat sinis

"Perampas?" Berkerut wajah Laura menghadam tuduhan daripada Natra.

"Kau rampas lelaki yang bernama Zaid Naj.."

"Natra!" Bagaikan petir sergahan Zaid memotong kata-kata Natra.

"What the hell are you doing here!?" Soal Zaid dengan wajah yang bengis. Untuk pertama kalinya Laura Alaika melihat wajah versi bengis Zaid.

"Abang! Apa abang cakap ni? Natra rindu abanglah sebab tu Natra datang nak jumpa abang" perlahan-lahan Natra hampiri Zaid lalu tangannya bermain dikawasan dada dan leher Zaid persis ingin menggoda.

"What are you doing Natra!" Naik seoktaf nada Zaid lalu laju menempis tangan Natra.

"Kenapa abang ni!? Dulu boleh je sekarang sejak perempuan perampas ni wujud semua tak boleh" amuk Natra

"Balik Natra! Kita bincang dekat rumah. Dekat sini abang nak cari rezeki"

"Kalau Natra tak nak?" Cabar Natra sambil tangan menggoda Zaid lagi.

"Abang kata balik tu BALIKLAH!!" Naik seoktaf nada Zaid buatkan bahu Laura terhinjut buat kali kedua. Kalau lama-lama Laura dekat sini memang dia sudah kena serangan jantung dengan suara petir si Zaid ni.

"Abang jahat!" Bersama amarah yang masih berbuak-buak Natra mengatur langkah keluar meninggalkan dua manusia yang menyakitkan hatinya.

"Zaid it's she fine?" Takut-takut Laura mengajukan soalan. Ya Laura takut melihat wajah amarah Zaid sekarang ini.

"Yeah she's fine don't worry. You can go home now" dan Zaid berlalu begitu sahaja tanpa berpaling kearah Laura.

Laura Alaika sedikit terasa hati dengan sikap Zaid yang ini tapi dia faham kalau seseorang yang sedang marah pasti akan berkelakuan begita. Kalau dia pun dia akan buat perangai macam tu. Laura Alaika mengemas meja belajarnya dan langkah kaki diatur keluar meninggalkan bagunan tuition.

SEGENAP ruang bergema dengan suara teriakkan Natra. Segala barang dalam rumah menjadi bahan amukkannya. Sudahlah biliknya semalam sudah tunggang langgang ini ruang tamu rumah pula yang menjadi sasaran. Belum puas dia mengamuk tiba-tiba iPhone miliknya berbunyi meminta perhatian. Tanpa melihat nama pemanggil terus icon hijau ditekan.

"Hello!" Jawab Natra kasar.

"Hello babe! Kenapa marah-marah ni? Period ke?"

"Oh I'm sorry babe. I tak perasan you calling me, sorry"

"Jom babe kita enjoy! Tempat biasa"

"Wow! Dapat bapak gula baru ke?"

"Of course lah babe, ini Delina okay. Daddy sugar itu semua celah gigi I jerlah" sedikit angkuh nada Delina. Natra menjulingkan mata keatas mendengar kawannya angkat bakul sendiri.

"Whatever lah babe. See you soon" panggilan ditutup kemudian kunci kereta dicapi dan langkah kaki diatur menuju kearah kereta.

Bunyi kuat lagu yang diutarakan oleh Deejay club membuatkan Natra khayal dengan dunianya sendiri. Hilang seketika masalah yang dihadapi. Apa yang dia tahu dia nak enjoy!

"Babe sorry late" sapa Delina yang entah dari mana muncul.

"Kenapa? Ada masalah dengan bapak gula mana pula ni?" Natra faham sangat dengan Delina ni. Kalau lambat adalah tu masalah dengan bapak gulanya. Maklumlah bapak gula dia bukan seorang tapi ramai.

"Datuk ketot tu la. Sudahlah pendek gemuk pulak tu. Kalau bukan sebab poket dia memang taklah aku nak hadap dia. Jijik sister" luah Delina geram.

"Datuk mana pula ni"

"Datuk Megat Rafi tu lah. Sejak dah angau dengan minah saleh celup mana entah terus taknak jumpa aku" jus oren milik Natra terus dia hirup. Haus tekak bercerita tentang orang tua miang itu.

"Kau kenal ke minah tu?" Korek Natra.

"Kenal, anak Dato'Izlan yang baru balik luar negara tu. Tak silap aku nama dia Laura kot Laura apa entah"

"Laura!?" Menjerit kecil Natra menyebut nama musuhnya. Terus iPhone miliknya dicari kemudia tangan menari diatas screen lalu disuakan kearah Delina.

"Maksud kau Laura ini" laju kepala Delina jatuh mengiyakan.

"Mereka pernah berjumpa ke?" Korek Natra lagi.

"Pernah sekali dekat PD atas urusan kerja. Masa tu aku saja nak ikut datuk sambil cuci mata" cerita Delina. Kemudian terbit senyum misteri dibibir Natra. Senyuman yang penuh seribu satu muslihat.

BERSAMBUNG..............

Hope you guys enjoy! (◠‿◕)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience