Bab 25

Drama Series 6057

Entah keberapa kali air liurnya diteguk dan entah keberapa kali dia mengeluh di hadapan pintu pejabat Papanya. Laura Alaika berkira-kira untuk masuk atau tidak kedalam dan akhirnya dia masih berdiri disitu.

"Laura why you tak masuk masuk lagi? Sudah setengah jam I tengok you bertapa depan pintu office Papa you" sapa Susan iaitu PA kepada Dato'Izlan.

"I'm scared Susan! How Papa? His mood okay or not?" Luah Laura Alaika akhirnya.

"Hahaha Dato' okay don't worry girl" hati Laura Alaika sedikit lega mendengar bahawa Papanya dalam mood yang okay.

"Okay thanks Susan, i feel okay now" senyuman manis diberi kepada Susan kemudian pintu pejabat Dato'Izlan diketuk beberapa kali sebelum suara didalam menyuruh masuk.

"Assalamualaikum pa" salam diberi dengan penuh hormat.

"Waalaikumusalam Laura Alaika anak Papa" sambut Dato'Izlan teruja melihat anak daranya berada didepan mata.

"Kenapa kamu datang ni sini little girl?" Soal Dato'Izlan dengan senang hati.

"Pasal yang kita borak dalam phone semalam" ujar Laura Alaika dengan muka dan nada yang sangat serious. Raut wajah Dato'Izlan juga bertukar serious mendengar topik semalam dibangkitkan. Lama mereka berbincang akhirnya Dato'Izlan bangkit dan menuju kearah rak yang penuh dengan fail-fail penting. Lalu satu fail dicapai.

"So Laura this is file you want" fail tersebut dicampak diatas meja depan Laura. Tanla basa-basi terus Laura Alaika membelek fail tersebut dan tidak lama kemudian satu senyuman terbit dibibir cantiknya.

"Okay Papa that's all" tubuh langsing itu bangkit dari duduk dan berlalu keluar. Baru saja tombol pintu ingin dipulas tetapi terjeda sebelum kepala diarah kepada Dato'Izlan yang asyik memerhati gerak geri anaknya.

"Thanks Papa you always be my hero. I love you papa" ucap Laura Alaika ikhlas.

"I love you too little girl" ucap Dato'Izlan dan hanya menghantar bayangan anak daranya dengan jelingan mata.

JEMARI Laura Alaika laju menari diatas papan kekunci komputernya sambil mata tidak lekang dari screen computer sampai tidak perasan figura Sofea yang sudah elok berdiri didepan mejanya.

"Miss Laura" sapa Sofea berhati-hati tidak mahu mengejutkan majikannya. Laura Alaika yang tersedar namanya diseru terus pandangan dialih kepada empunya suara.

"Eh, Sofea dah lama ke berdiri dekat situ?"

"Tak lama pun miss Laura, baru saja"

"Jadi ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Soal Laura Alaika tanpa basa-basi kerana hari ini dia sangat sibuk.

"Ada beberapa fail yang perlu miss sign" lalu fail itu diserah kepada Laura.

Fail itu disambut lalu dibelek tanpa dia baca terus tandatangan Laura diturunkan. Beberapa kali Laura menurunkan tandatangan sebelum fail itu diserahkan kembali kepada Sofea. Fail bertukar tangan lalu Sofea meninggalkan Laura sendiri untuk menyambung kerjanya.

Baru tangan Laura Alaika ingin bergerak untuk menyambung kerja tiba-tiba ada email masuk. Tanpa berlengah terus Laura buka email tersebut.

"What! Bila masa pula syarikat keluarkan dana sebanyak ini!" Omel laura sendiri. Tangan yang melekat dekat mouse terus scroll untuk melihat lagi isi email tersebut.

Belakang badan disandarkan ke kerusi, pelipis kepala dipicit untuk mengurangkan sakit yang mula bertandan. Macam mana duit syarikat boleh dikeluarkan sebanyak itu tanpa ketahuannya? Selama ini dia tidak pernah tandatangan fasal dana syarikat.

Intercom ditekan lalu nama seseorang dipanggil. Tidak berapa lama kemudian orang yang dia panggil datang kemejanya.

"Ada apa cik Laura panggil saya"

"Raziz, awak yang hantar fasal email keluar masuk duit syarikat tu kan?" Serious saja suara Laura Alaika kali ini dengan pandangan mata yang tajam setajam mata helang.

"Ye puan" jawab Raziz agak gugup.

"You think what i think Raziz?"

"Yes miss, i think what you think"

"So what i think?" Soal Laura cuba untuk pancing lelaki didepannya.

"Mesti cik Laura semua duit yang keluar tu tanpa kesedaran cik Laura kan?"

"Wow! Good Raziz, tak sia-sia tau saya percayakan awak. Jadi awak tahulah kan apa yang perlu awak buat?" Soal Laura dengan senang hati.

"Cik Laura nak saya siasat hal ini kan?"

"Yes! Betul Raziz, i like you, you seorang yang peka you know. And one more thing, please check CCTV yang kita pasang dalam bilik ini hari itu. Saya rasa ada orang masuk dalam pejabat saya lah. I smell something fishy"

Kepala Raziz jatuh beberapa kali mendengar arahan yang keluar dari mulut majikannya. Raziz adalah salah seorang orang kepercayaan Laura Alaika. Pada hari mula-mula Laura masuk lagi dia sudah nampak yang Raziz seorang yang bagus dan boleh dipercayai dalam semua aspek. Jadi Laura Alaika tahu benda macam ini akan berlaku dan dia sudah bertindak lebih awal lagi dengan Raziz.

Raziz juga tahu banyak rahsia dalam pejabat ini kerana dia juga orang kepercayaan Dato'Izlan tetapi Dato'Izlan sejak dua menjak ini sudah kurang menggunakan khidmatnya. Entah kenapa dia merasakan Dato'Izlan ada merancangkan sesuatu dibelakangnya.

Tetapi semenjak dia bertukar majikan, kepercayaan dia telah lebih kepada Laura kerana bagi dia Laura seorang yang jujur, komited dan bertanggungjawab dalam buat kerja. Laura juga seorang bos yang sangat memahami semua pekerjanya.

Jadi mereka berdua telah merancang hal ini sejak dari Laura Alaika masuk bekerja lagi. Tetapi kerja mereka hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Orang lain tidak perlu tahu termasuklah granny dan Dato'Izlan.

Laura Alaika kembali bersandar ke kerusi lalu nafas dihela. Otak ligat berfikir berharap granny tidak tahu akan hal ini. Kalau hal ini sampai ke telinga granny habislah dia mesti granny sudah percaya dia lagi. Jadi sia-sia usaha dia selama ini, segala impian dan kebahagian yang telah dia korbankan selama bertahun-tahun.

"Impian? Aku ada impian tapi impian aku masih hidup ke? Atau telah berkubur bersama mama?" Soal Laura kepada diri sendiri.

"Tetapi kalau granny sudah tidak percaya aku suatu hari nanti. Aku berjanji akan hidupkan balik impian aku sudah bertahun terkubur. Aku ingin kejar cita-cita yang aku idamkan sejak dari dulu lagi. Kali ini aku tidak akan bagi muka dekat sesiapa. Tiada seorang pun boleh halang impian aku!" Tekad seorang Laura Alaika.

Sedang asyik Laura Alaika termenung memikirkan soal impiannya tiba-tiba ada bunyi yang menganggu. Laura mencari bunyi itu rupa-rupanya bunyi telefon yang dia silent. Nampak saja nama pemanggil terus mood laura yang serious bertukar riang.

"Assalamualaikum my future soulmate" sapa Laura dengan riangnya.

"Waalaikumusalam, sayang" kedengaran suara Zaid juga sama riang dengan Laura.

"Sayang dah makan ke belum ni? Sudah masuk waktu lunch dah ni" soal Zaid prihatin kepada Laura Alaika.

"Belum" meleret suara Laura lalu dibuat-buat manja.

"Sayang, kenapa belum makan lagi? Masa duduk jauh inilah awak tak nak makan" omel Zaid dihujung talian.

"Saya banyak kerjalah dear, tak sempat nak keluar lunch" jujur Laura Alaika.

"Sayang, kerja tu kerja juga tapi perut tu kena isi, kesihatan kena jaga. Kalau awak kerja 24 jam baik awak jadi robot saja sayang oi"

"Dear! Please janganlah membebel. Kalau awak membebel tak kenyang pun lah perut saya"

"Ha! Tau pun dah tu pergi keluar lunch sekarang Now!" Arahan telah dikeluarkan oleh Zaid. Laura sudah tidak tahu untuk berbuat apa-apa melainkan hanya akur dengan arahan yang diberi.

"Iyalah dear, saya sudah minta tolong PA saya tapaukan untuk saya" akur Laura Alaika mengalah.

"Bagus" puji Zaid yang tersenyum kemenangan. Bagi dia Laura Alaika tidaklah degil mana orangnya. Senang menurut perintah budaknya.

"Best ke duduk pantai timur tu dear? Sampai tak nak balik-balik lagi" soal Laura sedikit berjauh hati walaupun baru 3 hari Zaid meninggalkan dia.

"Uishhhhhh, sayang best giler! Banyak awek cun oooo. Manis manis belako ore alek pata timur ni! Bukan makanan yang sedap-sedap saja yang ada orang-orang sini pun semua peramah habis!" Cerita Zaid dengan sangat teruja.

"Ooo, awek cun, awek manis, okay faham faham. Dah lah orang rindu dia, dia boleh pulak puji puji perempuan lain! Dah lah Zaid saya merajuk dengan awak!" Terus panggilan Zaid diputuskan. Sakit hati!

"Pandai-pandailah kau pujuk Zaid, aku memang taknak kawan dengan kau empat hari!" Protes Laura Alaika lalu telefon dimatikan tanda dia tidak mahu dikacau.

BERSAMBUNG.......................

Majuk! ಥ_ಥ

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience