Bab 14

Drama Series 6057

Bingkai gambar yang berada sisi katil dicapai lalu ditatap sayu. Gambar keluarga yang diambil suatu ketika dahulu dihelus lembut.

"Abang maafkan saya, sebab saya tak berjaya nak satukan keluarga kita" ujar Granny sambil menyeka air mata yang jatuh ke pipi.

"Saya cuba satukan Izlan dengan Alaika biar mereka bersatu. Tapi saya salah abang, disebabkan saya yang selalu desak Alaika sampai dia dijadikan batu loncatan bagi Izlan" adu Granny kepada gambar  yang ada suaminya.

"Selama bertahun-tahun ini saya salah abang, saya tak pernah nak dengar cakap abang. Abang saya sangat menyesal" sambung Granny berselang seli dengan sendu tangisnya.

"Saya harap dengan menyuruh Alaika cari pasangan hidupnya, dia dapat bahagia yang hilang selama ini" tutur Granny sayu lalu gambar itu dipeluk erat dan dibawa baring bersama.

"Alaika Granny minta maaf sangat dengan kamu. Granny banyak dosa dengan kamu, kalau bukan sebab Granny yang selalu paksa kamu untuk capai apa yang Granny usahakan selama ini. Hal macam ini tak akan terjadi. Kamu tak akan korbankan masa hidup kamu selama 38 tahun ini. Dan kalau bukan sebab Granny juga Mak kamu pasti akan ada bersama dengan kita sekarang ini. Laura Alaika Granny minta maaf sangat-sangat. Sara Bonda minta maaf kerana tak pernah menganggap Sara sebagai menantu Bonda dan membuat Sara terseksa sampai akhir waktu Sara. Bonda minta maaf Sara." Pohon bonda berkali-kali dengan rasa bersalah yang menebal didada.

********************

Hari yang dinanti sudah tiba. Laura Alaika sudah tidak sabar untuk mendengar jawapan yang bakal Zaid Najwan katakan. Tangan capai telefon diatas meja sebelah katil lalu tanpa berlengah langsung jari jemari Laura Alaika menari laju diatas skrin telefon bimbit.

"Assalamualaikum futere fiance, today is the day, so let's meet! I'm so excited to know your answer"

Selesai mesej ditaip terus butang hantar ditekan. Tidak lama menunggu terus mesej Laura Alaika dibalas.

"Waalaikumusalam, jumpa kedai breakfast sekali"

"?? LOCATION"

Selesai saja mesej dibaca dan lokasi pertemuan dikenal pasti terus Laura Alaika terjun dari katil untuk ke pintu bilik air menyiapkan diri. Hari ini Laura Alaika ingin nampak sangat cantik didepan bakal tunangnya Zaid Najwan. Baju kemaja putih yang siap digosok dicapai lalu dipakai ke tubuh langsing milik Laura Alaika kemudian midi skirt berwarna hitam bercorak bunga-bunga menjadi pilihan untuk dipadankan dengan baju kemeja tadi. Baju kemeja dimasuk ke dalam skrit hitam supaya jadi lebih kemas dan rapi. Rambut panjang straight milik Laura Alaika disikat rapi lalu cekak rambut berwarna nude yang dilekatkan tali sama panjang disisnya diambil dan diletak elok diatas kepala. Rambut pada bahagian depan dikeluarkan sedikit kiri dan kanan lalu tali yang dilekat dengan cekak rambut tadi lalu disimpul pada rambut panjang milik Laura Alaika dan terjadilah ikatan ponytail. Berpuas hati dengan gaya rambut lalu Laura Alaika beralih kepada riasan muka pula. Make up kali ini Laura Alaika inginkan simple dan cantik bertemakan warna nude and orange. Selesai merias diri terus barang-barang wajib yang selalu Laura Alaika pakai dicapai dan berlari bergegas keluar bilik.

Laura Alaika sampai 10 minit awal ke tempat mereka membuat janji temu. Dari pukul 9 kini angka menjadi pukul 10 tetapi orang yang dinanti masih belum juga munculkan diri. Untuk kesekian kali Laura Alaika mengeluh, akhirnya dia mengalah baru saja Laura Alaika berkira-kira untuk meninggalkan kedai makan tiba-tiba Zaid Najwan muncul entah dari mana membuatkan niat Laura Alaika ingin pergi dibatalkan.

"Ms Laura I'm so so sorry for being late. I have something to handle I'm very sorry" mohon Zaid Najwan atas kesalahan yang telah dia buat.

"Is okay Mr Zaid just relax, only for you i will wait untill you come to me to say what i want to hear" jawab Laura Alaika tenang lalu senyuman yang sangat manis dihadiahkan kepada lelaki pujaan hatinya.

"Jadi, dah makan?" Soal Laura Alaika memecahkan sunyi apabila mereka berdua tiba-tiba hilang kata.

"Ah, belum jap saya order, Ms Laura dah makan" soal Zaid Najwan.

"Belum" jawb Laura Alaika sambil kepala digeleng. Mereka berdua memesan makanan dan tidak ambil masa begitu lama untuk makanan yang mereka pesan sampai. Laura Alaika menguis makananya dalam pinggan sambil mata melirik-lirik kearah Zaid Najwan yang begitu asyik melantak makananya persis macam orang tak makan berhari-hari.

"Ehem ehem" puas memikirkan cara akhirnya Laura Alaika berdehem untuk menarik perhatian Zaid Najwan. Zaid Najwan dengar Laura Alaika berdehem terus kepalanya diangkat memandang tepat kearah wanita cantik depan matanya dan batalkan niatnya untuk terus menyambung makan.

"Maaf Mr Zaid, saya bukan nak kacau mood makan Mr Zaid but i need to know your answer" ujar Laura Alaika beranikan diri.

"okay not to waste your time and mine too, I will answer your questions that have been hanging for the last 2 weeks" ujar Zaid Najwan lalu digantung buatkan Laura Alaika tertunggu-tunggu. Zaid Najwan menyedut beberapa teguk air untuk membasahkan tekak dan biarkan Laura Alaika sedikit menunggu jawapan daripadanya.

"And my answer is yes i will marry you" jawapan yang diberikan Zaid Najwan buatkan Laura Alaika tercengan.

"Are you serious Mr Zaid. Awak tak tipukan, awak tak main-mainkan saya? Soal Laura Alaika inginkan kepastian.

"Kalau saya nak main-mainkan awak, saya tak duduk depan awak dah, saya ada banyak kerja lagi untuk saya buat daripada buang masa dekat sini" terang Zaid Najwan dengan nada serius dan tegas. Laura Alaika tersentap dengar kata-kata Zaid Najwan.

"Tapi ada syaratnya" tambah Zaid Najwan buatkan Laura Alaika tersentak dari lamunanya seketika tadi.

"Syarat.......syarat apa?" Soal Laura Alaika sedikit binggung. Zaid Najwan hanya sambung habiskan makanan yang masih tersisa dan membiarkan wanita didepannya terus tertanya-tanya.

*****************

Kepala diletakkan diatas meja sambil tangan bermain dengan pen. Puas duduk begitu Laura Alaika menyandarkan tubuh langsingnya ke kerusi pula sambil kepala di dongakkan keatas menghadap syiling pejabat. Puas duduk menyandar dia berdiri puas berdiri Laura Alaika mundar mandir di dalam pejabatnya sambil tangan mengosok belekang tengkuknya.

"Arghhhh!" Laura Alaika menjerit kecil lalu punggung dilabuhkan diatas meja kerjanya lalu fikiran terbang teringatkan syarat Zaid Najwan.

"Apa syaratnya?" Soal Laura Alaika sedikit mendesak.

"Syaratnya kau kena jawap soalan matematik budak SPM. Bukan matematik tambahan tau ni matematik biasa. Kalau kau dapat markah 50 keatas hari itu juga aku hantar rombongan ke rumah kau kita tunang. Kalau kau dapat markah 50 kebawah seeloknya kita kawan sajalah" terang Zaid Najwan tenang sambil menghabiskan minuman yang masih tersisa. Terjatuh rahang Laura Alaika buatkan dia sedikit ternganga mendengar syarat gila Zaid Najwan.

"Tapi kalau aku dapat 50 atas pagar macam mana? Kau nak tunang dengan aku tak?" Soal Laura Alaika inginkan kepastian.

"Kalau markah kau atas pagar jadi jawapan aku pun atas pagarlah" jawab Zaid Najwan sambil tersenyum senget kepada Laura Alaika.

****************

"Ish! Macam mana dia tahu aku bod*h math ni? Adoi kalau aku gagal ni memang tak kahwin lah aku ni arghhhhhh aku buntu!" Kata Laura Alaika sendiri.

"Tapikan! Kalau diikutkan aku dengan Zaid dah jadi gf bf lah kan?" Soalnya kepada diri sendiri. Lalu telefon diatas meja dicapai dan ditekan skrin telefon beberapa kali dan terus telefon ditekap ke telingan.

"Hello assalamualaikum Zaid" sapa Laura Alaika bila panggilan bersambung.

"Waalaikumusalam, yes Ms Laura anything i can do for you? Jawab Zaid Najwan sambil tangan sibuk menanda kertas diatas meja.

"Are you busy?"

"It's kind of busy, but why u call me?" Soal Zaid Najwan tidak mahu membuang masa kerana sebentar lagi dia ada kelas.

"Ermmmm, tadikan Mr Zaid said yes to married with me, so have we been declared boyfriend and girlfriend?" Soal Laura Alaika straight to the point inginkan kepastian walaupun sekarang ini mukanya telah merah padan menahan rasa malu. Terjeda seketika Zaid Najwan apabila dengar soalan daripada Laura Alaika.

"Hello Mr Zaid are you hear me?" Panggil Laura Alaika apabila tiada balasan daripada Zaid Najwan.

"Haaa dengar" balas Zaid Najwan sedikit gugup.

"Jadi apa status kita?" Soal Laura Alaika lagi. Lama mereka berdua senyap sampailah Zaid Najwan memberikan jawapan.

"Laura" panggil Zaid Najwan

"Yes!" Jawab Laura Alaika sedikit terkejut bila Zaid Najwan tida ber 'mis' lagi dengannya.

"from now on we are lovers, you and me are couples" jawab Zaid Najwan lalu nafas dihembus tanda lega dapat memberi jawapan yang tepat. Ya itulah pilihan yang dia mahu, menjadikan wanita bernama Laura Alaika sebagai pasangan.

"WHAT! Terima kasih Zaid" ujar Laura Alaika kegembiraan sampai hilang kata-kata. Tiada apa yang boleh digambarkan tentang perasaan yang Laura Alaika rasakan saat ini. Ingin saja dia terbang seperti rama-rama tika ini.

"Okay lah Laura saya ada kelas ni" kata Zaid Najwan diseberang.

"Oh, okay kerja baik-baik jangan lupa makan tau" pesan Laura Alaika.

"Okay awak pun sama jangan kerja sampai pagi nanti tak cukup tido" pesan Zaid Najwan pula.

"Okay baik bos, assalamualaikum bye handsome" selesai berbicara terus panggilan dimatikan. Senyuman dibibir Laura Alaika tidak lekang, bahagia! Itulah yang dia rasakan saat ini.

"Akhirnya Laura Alaika tidak single lagi" ujar Laura Alaika sendiri lalu fokusnya dialih kepada kerja yang tergendala seketika tadi. SEMANGAT!

BERSAMBUNG.....................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience