Bab 30

Drama Series 6057

"sayang majlis kita nanti awak nak yang macam mana?" Soal Zaid Najwan yang dari tadi asyik dengan kerjanya. Sejak mereka sudah sah bertunang. Pasti setiap hari Laura Alaika datang jenguk Zaid Najwan bila tiba waktu makan tengah hari. Bila ditanya jawapan Laura Alaika hanyalah untuk menambah selera makan. Kalau tanya fasal kerja pula pasti ada banyak alasan yang Laura berikan.

"Of course lah I nak yang grand-grand kalau boleh I nak dapat title weeding of the year!" Jawab Laura Alaika semangat sambil tangan naik keawan-awangan membayangkan majlis yang grand.

"Membazirlah love" potong Zaid Najwan. Sejujurnya dia hanya mahu majlis yang biasa-biasa sahaja.

"Apa yang membazirnya dear? Kahwin ni hanya sekali seumur hidup tau. Lainlah orang tu nak kahwin empat kali pun boleh" lalu jelingan maut dia hadiakan kepada Zaid Najwan.

"Love, nak jaga awak pun macam apa dah. Sekarang ni awak nak cakap saya kahwin dua tiga empat? Alamatnya mati berdirilah saya love" seloroh Zaid Najwan mengundang tawa dibibir manis Laura Alaika.

"Ada-ada sajalah awak ni Wan" ujar Laura Alaika masih dalam sisa tawanya.

"Oh, sebelum saya lupa. Ahad ni jom teman saya pergi ambil Hans dekat airport" sambung Laura Alaika bila dia teringat dekat sepupu kesayanganya.

"Ahad ni? Kejap saya tengok jadual" terus lengan sasa itu bergerak mencapai fail yang terletak elok disisi meja. Setelah dapat fail itu terus fail dibuka dan Zaid Najwan melihat dengan sangat teliti.

"I'm sorry love, ahad ni saya sudah ada dekat resort. Ada program untuk budak-budak" ada nada hampa dalam ayat Zaid Najwan. Kalau boleh dia tidak mahu membiarkan Laura Alaika pergi kemana-mana sendiri. Dia risau dengan keselamatan tunangnya.

"Kalau macam tu, saya pergi sendirilah jemput Hans dekat airport" putus Laura Alaika.

"No! A big no!" Cegah Zaid Najwan mengejutkan Laura Alaika.

"But why dear?" Soal Laura hairan dengan perangai tunangnya.

"Because I'm worried about you my love" jujur Zaid Najwan sedikit sebanyak buatkan jantung Laura Alaika tidak reti duduk diam. Mahu saja Laura Alaika tika ini tersenyum sampai ke telinga tetapi dia kawal air mukanya. Dia tidak mahu Zaid Najwan nampak dirinya yang mudah cair ini.

"Lepastu saya nak ajak siapa? Sya balik kampung dah. Saya tak ada kawan lain" ujar Laura Alaika hampa mengenangkan diri yang hanya ada Syafikah sebagai teman.

"Siapa kata awak tak ada kawan lain?" Berkerut dahi Laura Alaika dengar kenyataan yang diluah Zaid Najwan.

"Siapa?" Laura layankan sahaja.

"Najwa bakal adik ipar awak" jawab Zaid Najwan sebaris sambil fokus terarah kepada kerjanya. Langsung terukir satu senyuman lebar dibibir Laura Alaika.

"Ya Allah dear! Hampir saya lupa fasal Najwa" seraya tangan kanan melekat ke dahi.

"Kalau macam tu nanti saya tanya Najwa free tak hari ahad ni" terus tangan laju mencari telefon didalam beg.

"Tak payah tanya love, awak pergi saja kerumah hari ahad ni lepastu bawa saja si budak Najwa tu. Dia bukan ada kerja pun budak tu, sehari-hari habiskan beras dekat rumah je" halang Zaid Najwan. Bukan dia tidak tahu perangai adiknya yang selalu goyang kaki dekat rumah. Kalau Najwa nak keluar pasti duit belanja akan dia minta dengan abangnya. Kalau ditanya kenapa masih lagi tidak bekerja alasan dia cuma satu. 'Kenapa perlu kerja? Sedangkan adik masih ada ATM bergerak'. Adik....adik nasib sayang.

Tersenyum sendiri Zaid bila terkenangkan perangai si adik yang entah bila nak betul. Selalu ada sahaja alasan dia bagi kalau cakap soal kerja.

"Ini apa pasal ni? Sengih sorang-sorang? Ingat perempuan mana pula ni?" Soal Laura Alaika ada nada cemburu dalam ayatnya.

"Ish! Kesitu pula love ni. Saya teringat dekat adik sayalah. Najwa"

"Adik Najwa ke adik hmmm hmmm" kali ini nada Laura Alaika penuh dengan perlian pula.

"Love, don't start!" Larang Zaid sambil matanya masih fokus kepada kerjanya.

"Mana ada saya start apa-apa" ujar Laura Alaika dengan muka selamber badaknya. Zaid hanya pandang Laura Alaika sekilas lalu dia sambung buat kerja. Kadang-kadang dia malas mahu melayan tapi aura seorang Laura Alaika buatkan seorang Zaid Najwan tidak boleh abaikannya.

"Macam mana adik angkat kesayangan awak sekarang? Lama saya tak nampak dia datang sini?" Soal Laura Alaika tetap mahu dalam topik Natra.

"Entahlah, sejak saya larang dia jumpa saya dekat sini terus dia tak datang-datang" jawab Zaid Najwan bersahaja. Melopong mulut Laura Alaika. Hari itu bukan sayang sangat dekat adik angkat dia. Hari ini main larang-larang jumpa pula.

"Tapi kenapa dear?"

"Because I don't want to lost you again love" jujur dari hati jawapan dia. Ada betul kata Najwa yang sebenarnya Natra lah masalah dalam hubungan cintannya.

Laura Alaika cuba cari anak mata Zaid Najwan. Dia mahu cari keikhlasan dan kejujuran dalam anak mata itu. Ya dia jumpa semua jawapan yang dia mahu. Zaid Najwan adalah sebaik lelaki yang tulus mencintai dirinya. Hanya Zaid Najwan yang mampu buat jantung Laura Alaika tidak tentu arah dengan kata-katanya.

"Dia tahu ke kita sudah bertunang?" Soal Laura Alaika lagi.

"Dah, Najwa yang bagitahu" kepala dijatuhkan berkali-kali mengiyakan kata-kata dia. Kepala Laura juga turut terangguk-angguk.

Laura Alaika tahu adik iparnya sejenis anti Natra. Sebagai buktinya setiap kali dia melangkah masuk kerumah mereka pasti dirinya akan diheret Najwa masuk kedalam biliknya dan topik yang selalu dibuka mestilah Natra. Najwa selalu berpesan untuk selalu berhati-hati dengan perempuan itu. Katanya Natra macam parasit suka rosakkan hubungan abangnya.

"Sayang, awak tak nak masuk kerja ke? Lunch hour dah nak habis dah ni" tegur Zaid Najwan bila dia lihat sudah ramai cikgu masuk kedalam bilik sambil mata melihat jam ditangan. Laura yang baru tersedar ke dunia nyata terus dia melihat kiri kanan. Memang betul sudah ramai cikgu sudah pulang dari makan tengah hari.

"Saya pergi dulu love" pamit Laura Alaika lalu bergegas bangun untuk keluar. Belum sempat Laura melangkah tiba-tiba tangan dia disambar Zaid. Laura berpaling semula kearah Zaid dan kemudian.

"I. Love. You. So. Much!" Seperti biasa hanya gerak bibir sahaja yang bergerak tanpa suara. Laura Alaika baca satu persatu ayat yang dimainkan dibibir Zaid Najwan buatkan dirinya tidak keruan. Ada-ada sajalah Zaid ini.

Laura Alaika lihat kiri kanan tiada yang memerhati kemudian dia balas apa yang Zaid buat kepadanya.

"I. Love. You. Too" gerak bibir Laura Alaika. Kemudian badan dipusingkan dan kaki melangkah keluar dari bilik itu tanpa berpaling kearah Zaid Najwan yang sudah tersengih macam kerang busuk.

TANGAN yang tidak duduk diam dari tadi lagi asyik mengacau straw dalam gelas minum yang dia pesan. Muka yang tadi ceria kini berubah masam semasam cuka didapur.

"Mana orang tua ni!" Rengus dia geram lalu tangan dibawa kedada memeluk tubuh sambil mata melilau mencari kelibat orang yang dia tunggu.

"Hai sayang, lama tunggu?" Soal Datuk Megat Rafi yang baru tiba bersama sejambak bunga Ros. Mata hitam Natra naik keatas menjeling orang tua didepannya lalu muka diketatkan tanda protes.

"Alololololo, sayang merajuk ke?" Tidak semena-mena tangan tua itu naik lalu mencuit pipi Natra. Ingin saja dia menepis tangan tua itu, jijik! Tapi dia sabarkan sahaja demi Zaid Najwan dia sanggup.

"Dah jangan marah-marah. Ini untuk sayang" lalu bunga Ros ditangan dia hulur kepada Natra. Huluran bersambut kemudian Datuk Megat Rafi ambik duduk berhadapan dengan Natra.

"Straight to the point Datuk I..."

"Abang! Bukan Datuk" potong Datuk Megat Rafi sebelum Natra menyudahkan ayatnya. Natra menarik nafas dalam-dalam mengumpul kekuatan. Jijik! Sungguh dia jijik untuk bahasakan Datuk tua depan matanya inj sebagai abang.

"Okay, Abang sayang saya nak barang saya please. I ada banyak lagi nak buat ni" hampir nak termuntah Natra selepas menutur kata-kata keramat itu.

"Kenapa cepat sayang? Abang tak puas lagi nak lepaskan rindu ni" lalu mata kanan dikenyitkan kepada Natra. Air muka cuba dikawal Natra supaya tidak membuat muka menyampah atau jijik. Sekarang ini dia nak makan pun tidak lalu dengan Datuk Megat Rafi yang miang tidak bertempat ini.

"Please i have a lot work to do today" rayu Natra berharap sangat orang tua ini faham.

Tidak lama kemudia satu fail berwarna coklat diserahkan kepada Natra. Bersinar mata Natra menerima fail coklat itu.

"But promise. Tonight you and me okay" ujar Datuk Megat Rafi sebelum serahkan fail itu. Natra hanya anggukan kepala dengan janji Datuk tua itu. Macamlah dia tidak boleh lari dari Datuk miang tu.

"Thank you, I'll go first" tanpa basa-basi terus dia bawa badan rampingnya keluar dari situasi yang sendiri tidak mahu.

Setelah sampai dikawasan parking terus badan ramping itu meluru kearah kereta. Setelah selamat masuk kedalam perut kereta terus kereta dia kunci dan fail coklat itu dibuka. Keluar beberapa keping gambar dan sebuah Pendrive. Senyuman Natra sudah sampai telinga bila dia lihat gambar-gambar tersebut.

"Kebahagian kau tidak akan bertahan lama perampas!" Senyum penuh muslihat terukir.

BERSAMBUNG....................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience