Bab 12

Drama Series 6057

Sudah seminggu berlalu, tapi progress yang dicapai masih lagi 15%. Disebabkan kerja yang banyak akibat sahabatnya perlu keluar negeri terpaksa dia tangguhkan dulu misinya. Waktu tersisa seminggu lagi sebelum jawapan diberikan kepada Laura Alaika.

"Woi! Apa yang kau renung sangat kertas tu" sergah Kamil bila lihat temannya asyik sangat merenung kertas depan matanya. Agaknya yang dilihat temannya tu mungkin bella porch? Sampai tidak berkedip matanya.

"Eh, kau ni terkejut aku" ujar Zaid Najwan sambil tangan dilurutkan ke dada.

"Tu laaaa tenung lagi kertas tu lama-lama" gurau Kamil. Zaid Najwan garu kepala yang tidak gatal. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini dia asyik termenung cicak, mungkin asyik memikirkan jawapan yang harus dia katakan kepada Laura.

"Eh, Mil bini kau datang tak tengah hari ni?" Soal Zaid Najwan.

"Datang kenapa? Kau jangan macam-macam Id, bini aku tu" seloroh Kamil.

"Ehhh, kau ni kesitu pulak, kau ingat aku tak tahu dosa pahala ke? Tak adalah, kalau dia datang aku nak pesan suruh dia bawa kawan dia esok. Budak-budak tu dari minggu lepas lagi asyik tanya mana kawan bini kau" terang Zaid Najwan bila temannya mengesyaki bukan-bukan tentang dirinya.

"Tak adalah aku gurau jer. Kau ni pun satu bercinta zaman bila lah tak ada contact number girlfriend sendiri" seloroh Kamil lagi sambil kepala digelengkan. Terdiam Zaid Najwan bila dengar perkataan 'girlfriend' yang selalu disebut orang sekelilingnya. Sejak bila dia telah mengiktiraf Laura sebagai girlfriendnya, ke ada dia terlepas cakap sebelum ini? Bingung dengan diri sendiri.

"Lah, tengok tu termenung lagi" ujar Kamil bila lihat sahabatnya kembali merenung masa depan. Tangan diangkat lalu digerakkan ke kiri dan ke kanan persis melambai-lambai depan muka Zaid Najwan tapi tiada tindak balas dari Zaid Najwan.

"Jauh betul member ni meramal masa depan" ujar Kamil lalu tergelak sendiri melihat sahabatnya ini.

"Sejak sejak kau ada girlfriend ni, kuat sungguh kau termenung cicak ya Id, baru kau tahu bila hati tu diisi seseorang, serba tak kena lah hidup kau nanti Id. Ni baru kekasih belum bini lagi" detik hati Kamil.

******************************

"Assalamualaikum, abang" salam diberi lalu tangan sang suami disambut dan dicium lembut tanda taat.

"Waalaikumusalam, sayang cepat datang harini" sahut Kamil.

"Ha'ah, sebab sayang tak balik rumah Ibu lagi ni mungkin sayang balik lepas nak ambil Adam nanti" terang Syafikah sambil tali leher Kamil dikemaskan sedikit.

"Sayang" panggil Kamil lalu kepala Syafikah didongak keatas sedikit akibat beza ketinggian antara mereka berdua. Kening diangkat sebelah tanda tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh suaminya.

"Tu tengok tu" tunjuk Kamil dengan muncungkan mulutnya kearah Zaid Najwan yang asyik termenung sambil kepala ditongkat dengan lengan.

"Kenapa dengan dia?" Soal Syafikah dengan nada perlahan gaya berbisik. Yang dapat didengar oleh dia dan suaminya. Dia pun tidak tahu kenapa dia berbisik.

"Masalah cintalah" jawab Kamil juga berbisik mengikut gaya isterinya. Berkerut kening Syafikah mendengar jawapan suaminya. Dia ada kekasih ke? Macam mana dengan Laura?

"Dia ada buah hati ke? Siapa?" Soal Syafikah inginkan kepastian takut nanti sahabatnya makan hati berulam jantung saja.

"Sayang tak tahu ke?" Soalan dibalas soalan membuatkan Syafikah makin pelik lalu laju kepala digeleng tanda tidak tahu.

"Dengan Laura lah sahabat sayang tu" jawab Kamil dengan gaya tidak percaya kerana sahabat sendiri bercinta pun tidak tahu. Nafas dihembus lega mendengar nama sahabatnya Laura disebut.

"Lah dah declared ke?" Soal Syafikah pelik, cepat juga sahabatnya ni buat kerja.

"Itu yang masalah tu, abang pun tak tahu kalau sayang nak tau sayang tanyalah dia sendiri" ujar Kamil.

"Oh, sebelum abang lupa, Id ada cakap nak jumpa awak tadi" sambung Kamil lagi lalu punggung dilabuhkan ke kerusi kerjanya.

"Nak jumpa? Kenapa?" Soal Syafikah lagi.

"Entah, katanya nak cakap tentang Laura" jawab Kamil sambil tangan sibuk membelek bekal yang dibawa isterinya. Tanpa berlengah terus barang yang dipesan Laura Alaika diambil lalu langkah diatur menuju kearah Zaid Najwan yang dari tadi termenung cicak.

"Assalamualaikum" salam diberi menyapa Zaid Najwan.

"Waalaikumusalam" jawab Zaid Najwan sedikit terkejut lalu duduk dibetulkan. Syafikah menghulurkan satu bekas berupa bekal kepada Zaid Najwan. Lambat-lambat Zaid Najwan menyambut huluran dari Syafikah.

"Apa ni?" Soal Zaid Najwan sepatah.

"Bekal dari bakal bini kaulah" jawab Syafikah. Huluran itu disambut lalu dibuka. Terukir senyuman dibibir Zaid Najwan bila melihat isi dalam bekal tersebut. Bekal yang berisi bento yang dibentuk jadi muka kucing dan dihiasi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk makan tengah harinya. Senyuman Syafikah juga terukir melihat kebahagian pada wajah Zaid Najwan. Tiba-tiba mata Syafikah tertumpu kepada sejambak bunga Daisy dibelakang Zaid Najwan.

"Wah! Cantiknya bunga tu, siapa bagi?" Soal Syafikah.

"Siapa lagi kalau bukan sahabat baik kau" ujar Zaid Najwan lalu kembali membelek bekal miliknya. Syafikah hanya anggukkan kepala sambil senyum penuh makna dihadiahkan.

"Sya, sebelum aku lupa, selepas kau lunch dengan laki kau, aku nak jumpa kau sebentar ya" pinta Zaid Najwan. Anggukkan kepala diberikan kepada Zaid Najwan tanda setuju dan terus Syafikah berlalu pergi kepada suaminya.

Niat ingin menyuap bento ke mulut terbatal bila dia lihat ada satu nota terselit pada bekas makanan miliknya. Nota itu diambil lalu dibuka.

"To my sweetheart, Don't forget to fill your stomach with healthy food??"

Terukir senyuman dibibir Zaid Najwan buat sekian kali. Kedegilan wanita ini sangat menarik perhatiannya. Kepala digeleng perlahan dengan senyuman yang tidak lekang dibibir. Chopsticks diambil lalu gumpalan nasi dikepit dan dimasukkan ke dalam mulut. Sedap itu yang dapat dia gambarkan bila suapan pertama dan suapan kedua tidak kalah sehinggalah ke suapan yang terakhir semuanya sedap. Pertama kali perutnya kenyang diisi dengan makanan yang sangat sihat, kalau tidak sebelum ini dia hanya menjamah apa yang ada depan mata saja. Jarang dia mengambil makanan sihat kerana kesibukkan diri.

"Sya jom, aku ada benda penting nak tanya kau ni" ajak Zaid Najwan setelah mereka selesai makan tengah hari. Syafikah meminta izin dengan suaminya dulu setelah mendapat izin barulah dia mengikut Zaid Najwan menuju cafe bersebelahan dengan pusat tuition. Duduk dilabuhkan dimeja kosong lalu mereka memesan air kepada pelayan yang datang meminta pesan. Setelah pelayan beredar barulah mereka memulakan bicara.

"Apa yang penting sangat tu Id" soal Syafikah memulakan bicara.

"Kau nak tolong tak?" Soal Zaid Najwan dengan pandangan serius menatap Syafikah di hadapannya.

"Mestilah aku nak, kenapa tu Id macam serius ke bunyinya" jawab Syafikah sedikit gelisah bila ditatap serius oleh Zaid Najwan.

"Okay bagus" ujar Zaid Najwan sepatah lalu nafas ditarik berat kemudian dihembus perlahan memikirkan ayat yang sesuai untuk dilontarkan kepada Syafikah.

"Boleh tak, kau cerita tentang latar belakang cik Laura?" Pinta Zaid Najwan setelah sekian lama mendiamkan diri. Terlepas tawa dari bibir Syafikah bila itu saja yang ingin Zaid Najwan tanyakan. Dia ingatkan masalah dunia apa yang dihadapanya.

"Kenapa kau ketawa? Boleh ke tak boleh ni?" Bentak Zaid Najwan bila dirinya diketawakan.

"Ya ya boleh apa yang tak bolehnya" ujar Syafikah dengan sisa tawanya.

"Kau nak tau apa pasal diri dia?" Soal Syafikah setelah tawanya reda.

"Pasal biodata diri dia nama umur apa semua tu lepastu latar belakang pendidikan dulu dia sekolah dekat mana lepasty pasal family dia, dia tu anak yang macam mana beraap orang adik beradik, duduk dengan siapa?" Ujar Zaid Najwan panjang lebar. Ternganga mulut Syafikah mendengar soalan yang Zaid Najwan ingin tahu tentang hal sahabat baiknya.

"Kalau pasal biodata Laura tu aku boleh send WhatsApp kat kau, kalau pasal pendidikan tu pun ada kat biodata yang aku hantar tapi aku boleh cerita serba sedikit lah. Lepastu pasal dia duduk dengan sapa tu buat masa sekarang ni dia sudah duduk seorang kalau dulu dia duduk dengan ayah dan nenek dia kalau kau nak tau lebih-lebih semua ada aku dah hantar dekat WhatsApp apa-apa kau tengok jer" jawab Syafikah serba sedikit yang dia tahu tentang sahabat baiknya.

Zaid Najwan membaca isi dokumen yang dihantar oleh Syafikah.

Nama: Laura Alaika Binti Izlan
Umur: 38 tahun
Tarikh lahir: 04/08/1984
Adik-beradik: anak tunggal
Status: single
Nama bapa: Dato'Izlan Bin Irsyad
Umur: 63 tahun
Status: duda
Nama ibu: Julia Laurent
Umur: 60
Status:-

Bekerut kening Zaid Najwan bila membaca nama penuh Laura. Seperti pernah dia ingat nama itu.

"Alaika? Macam pernah aku dengar nama ni" omelnya sendiri tapi dapat telinga Syafikah mendengarnya.

"Kenapa Id, ada yang tak kena ke?" Soal Syafikah sedikit risau.

"Sya boleh tak kau ceritakan dekat aku kat mana Laura Alaika ni sekolah menengah dulu" tanya Zaid Najwan sedikit mendesak. Syafikah yang didesak terus menceritakan dari A sampai Z tentang Laura Alaika pada waktu dulu. Tercengan Zaid Najwan mendengar semua penjelasan Syafikah.

"Laika, adakah awak yang saya cari selama ini?" Soal hati kecilnya.

BERSAMBUNG......................

Maaf jika ada typo atau ayat yang tidak betul

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience