Candlelight dinner malam ini adalah yang paling penting dalam hidup Natra. Dia tahu malam ini dia akan dapat Zaid Najwan sepenuhnya.
Malam ini Natra mengenakan long dresses berwarna merah hati dan ada belahan sampai paha. Rambut pula dia buat style rambut Ariana Grande. Sengaja dia berpakaian begini kerana dia ingin menggoda lelaki yang bernama Zaid Najwan. Tidak lama dia Natra menunggu kemudian tiba satu susuk tubuh lelaki dihadapannya.
Dari jauh Zaid Najwan hairan dengan suasana romantik candlelight dinner yang Natra sediakan. Tidak cukup dengan itu siap ada taburan kelompak bunga ros lagi. Tetapi Zaid Najwan buat tidak tahu sahaja kerana dia perlu tahu semua tentang Laura Alaika.
"Sorry I'm late" ujar Zaid Najwan lalu tanpa basa-basi terus punggung dia labuhkan ke kerusi.
"It's okay" penuh manja nada suara Natra.
"So straight to the point Natra. I just want to know about the photos? Where you got it?" Soal Zaid tanpa membuang masa. Sejujurnya naluri dia sebagai lelaki tidak dapat dia tahan dengan melihat Natra berpakaian seksi sebegitu rupa. Bahagian dada terdedah luas, bahagian kaki pula terdedah sampai keatas. Buatkan Zaid Najwan sudah tidak senang duduk.
"Rahsia" senyum senget terbit dibibir Natra.
"Natra jangan nak tipu abang!" Ternaik suara Zaid Najwan bila rasa dirinya seperti dipermainkan. Adakah Natra ingin merosakkan hubungan cintanya lagi?
"Kalau abang tengok video ini, Natra pasti abang akan lebih percayakan siapa" lalu telefon pintar disuakan kepada Zaid Najwan dan video dimainkan.
Terbuntang luas mata Zaid Najwan bila melihat video jijik depan matanya.
"Astagfirrullah Laura!" Hanya itu yang dapat Zaid luahkan. Kepala Zaid ligat berfikir bermacam perkara ada yang elok dan ada yang tidak elok buatkan dua suara beperang dalam otaknya.
"Tak tak tak tak tak mesti Natra tipukan!?" Zaid Najwan masih lagi percayakan tunangnya. Ya dia hanya percayakan Laura Alaika.
"Kalau abang tak percaya, balik nanti kita jumpa dengan lelaki tua dalam video itu" ujar Natra dengan nada masih lagi untuk menggoda Zaid Najwan. Dengan tidak semena-mena lalu tubuh ramping itu bangkit dan dekati Zaid Najwan. Terus tangan runcing itu dibawa kewajah Zaid Najwan yang sudah berkerut.
Pada mulanya Zaid Najwan hanya bisukan diri kerana otak masih mencerna apa yang telah berlaku kemudian tubuhnya terkejut apabila ada tangan yang sudah sampai ke muka dia dan membelai lembut wajahnya. Anak mata Zaid jatuh kedalam anak mata Natra. Terus tangan yang bermain diwajahnya ditempis kasar lalu Zaid berlalu meninggalkan Natra yang sudah jatuh terduduk akibat ditolak kuat olehnya.
"Kau tunggu! Aku akan buat korang menderita!" Amuk Natra yang masuh lagi dilantai. Rancangan Natra untuk goda Zaid Najwan malam ini tidak membuahkan hasil malah dirinya yang menjadi mangsa tolakkan kasar Zaid Najwan.
PERASAAN sedih, sakit dan hancur Laura Alaika simpan kemas didalam hati. Setelah mendapat berita dari Raziz pagi tadi buatkan diri seorang Laura Alaika hancur. Rupanya selama ini yang menjadi musuh dalam selimut adalah orang yang dia percayai. Lebih parah lagi bila rasa dirinya seperti ditikam dari belakang.
Najwa yang perasan muka cemberut bakal kakak iparnya terus dia menyiku Hans yang duduk disebelahnya. Hans yang ralik main Telefon pintar terus alihkan pandangannya kearah wanita cantik molek yang bertutup litup lalu kening diangkat tanda dia menyoal apa. Kemudian anak mata Najwa diarahkan ke Laura yang masih lagi termenung jauh. Hans mengalihkan pandangan kearah Laura pula.
"Kak!" Jerkah Hans kuat mengejutkan Laura. Bukan Laura sahaja yang terkejut, Najwa yang berada disebelah dia sudah mengurut dada lemah semangat.
"Hans apa ni jerit-jerit?" Berkerut muka Laura Alaika kerana marah.
"Akak tu ajak kami berdua keluar makan lepastu tunjuk muka ayam tercekik halkum kenapa?" Seloroh Hans lalu mata kembali kearah telefon ditangan.
"Iyalah kak, akak kenapa? Gaduh dengan abang Wan ke?" Celah Najwa cuba untuk selamatkan lelaki ditepinya kerana daripada raut muka bakal kakak iparnya dia tahu yang Laura akan cekik Hans sampai hilang nyawa.
"Eh tak lah, akak okay saja dengan abang Wan" jawab Laura jujur lalu makan yang tidak tersentuh dari tadi dia kuis-kuis.
"Habis tu kenapa muka macam orang tercekik biji durian?" Soal Hans yang tidak memandang kearah sepupunya.
"Masalah kerjalah. Kau apa tahu? Kau tu budak kecil yang baru nak belajar" pangkah Laura geram dengan mulut yang tiada insuran Hans ini.
"Kenapa dengan kerja kak?" Soal Hans kali ini nadanya serius.
"Tak ada apalah nanti kau dah start masuk dalam pejabt tu kau tahulah" Laura cuba untuk tidak ceritakan soal masalah besar ini kepada Hans. Dia tidak mahu Hans masuk campur kerana Hans masih baru dalam masalah ini.
"Pulak" ujar Hans dengan nada kecewa lalu menatap kearah telefon lagi.
"Yang kau sibuk sangat dengan telefon tu kenapa? Chatting dengan awek kat sana ke?" Soal Laura Alaika cuba untuk ubah situasi.
"Mana adalah kak, siapa yang nak dekat orang?"
"Eleh! Kura-kura naik perahu pura-pura tak tahu" seloroh Laura Alaika lalu anak mata terarah tepat kearah Najwa yang sama memandang kearahnya. Terus kening Laura ternaik satu. Najwa tahu apa yang dimaksudkan oleh bakal kakak iparnya terus wajah dia ditunduk memandang pinggan kosong miliknya. Malu!
Hans yang perasan apa yang dibuat oleh sepupunya terus berdehem beberapa kali.
"Mana ada kura-kura naik perahu dah zaman ni kak oi. Kura-kura zaman sekarang ni naik kapal terbang dah" ujar Hans cuba memancing Laura daripada terus mengusik gadis disebelahnya.
"Kura-kura apa yang naik kapal terbang?" Soal Laura Alaika terpancing dengan soalan Hans.
"Wonderpets" jawab Hans sepatah lalu anak mata kembali menghadap telefon.
"Ish! Kau ni kalau tak main-mainkan kakak kau memang tak sahkan!?" Marah Laura Alaika geram. Dari dulu sampai sekarang perangai suka menyakat orang tidak hilang-hilang.
"Sudahlah kak jangan layan sangat nanti berkedut muka akak sebab asyik marah saja" sampuk Najwa yang sedari tadi hanya diamkan diri menonton pergaduhan dua bersaudara ini.
Dengar ayat berkedut dengan automatik tangan Laura melekat ke muka terus dia ambil cermin dan diraba mukanya.
"Berkedut sangat ke?" Soal Laura Alaika yang masih menatap wajah didalam cermin.
"Haah, macam mak lampir" jawab Hans bersahaja dan tidak semena-mena satu cubitan ketam hinggap dibahunya. Terus keluar suara jantan milik Hans akibat sakit.
"Hans! Jangan cakap macam tu!" Kali ini Najwa pula yang marah.
"Okay fine! I'm sorry!" Akhirnya Hans mengalah terus muka diketatkan tanda protes. Najwa hanya geleng kepala lihat gelagat keanak-anakan Hans. Comel!
"Najwa jom teman akak pergi beli barang-barang penjagaan kulit. Dekat rumah dah habis semua akak guna" ajak Laura lalu terus berdiri sedia untuk pergi. Bagi andartu yang berumur 38 tahun dan tidak lama lagi akan menamatkan zaman bujangnya perlu ambil serius dalam penjagaan muka. Kerana dia tidak mahu bakal suaminya rasa berkahwin dengan wanita tua.
"Habistu Hans macam mana?" Soal Hans yang rasa dirinya bakal ditinggalkan.
"Ikut sajalah" lalu lengan baju Hans diheret oleh Najwa. Mereka bertiga berjalan beriringan lalu tiba-tiba langkah Hans terjeda. Matanya menatap satu susuk wanita cantik jelita yang sedang makan di salah satu restoran. Najwa yang perasan orang disebelahnya hilang terus berpaling untuk mencari. Kemudia anak matanya menangkap susuk tubuh Hans yang sedang asyik memandang ke suatu arah. Perlahan-lahan Najwa menampak kearah Hans berdiri. Sementara menunggu Laura Alaika guna tandas sempat untuk Najwa siasat apa yang dilihat Hans sampai tidak berkelip mata.
Cinta yang baru ingin berputik terus gugur apabila melihat Hans asyik menatap musuh abadinya Natra. Langkah Najwa yang tadi maju kini mundur kembali dia mahu pergi dari sini. Hatinya remuk dan hancur.
Baru beberapa langkah Najwa berjalan tiba-tiba dia hentikan langkah terus kepala ditegakkan. Dia tidak boleh berkelakuan begini! Natra buka perempuan yang baik-baik. Natra adalah parasit! Dia tidak boleh biarkan Hans jadi mangsa perempuan parasit itu! Zarina Najwa perlu lindungi Hans! Zarina Najwa perlu selamatkan Hans! Demi cinta ini Zarina Najwa sanggup pertahankan.
Langkah kaki terus melangkah kearah Hans yang masih pegun berdiri.
"Tengok apa tu" soal Najwa cuba untuk mengawal perasaan.
"Tu perempuan yang pakai baju hijau tu" jawab Hans sambil tunjuk kearah perempuan yang sedang duduk direstoran itu. Sah! Memang Hans perhatikan Natra.
"Awak nak ke bekas orang?" Soal Najwa serius.
Berkerut wajah Hans dengar kata-kata Najwa.
"Bekas orang? Maksud awak?" Soal Hans inginkan pencerahan.
"Nampak tak orang tua yang baru sampai duduk dengan dia?" Lalu jari tunjuk kearah orang tua yang baru sampai lalu memeluk mesra tubuh ramping itu. Laju kepala Hans angguk.
"Tulah sugar daddy dia" sungguh Najwa tidak tahu betul atau tidak tapi dia terpaksa berkata begitu untuk buat Hans patah hati daripada terus mengejar Natra.
"Oh! Tak apalah lagipun benda itu biasa dekat luar sana" jawab Hans bersahaja. Jawapan Hans mengundang kemarahan dalam hati Najwa dengan tidak semena-mena terus hujung lengan baju Hans ditarik kasar dan tubuh sasa Hans terheret ikut langkah Najwa.
"Eh! Apani?" Protes Hans cuba untuk lepaskan diri.
"Kak Laura sudah lama tunggu kita" dingin nada suara Najwa dan langkah dilajukan. Hans hanya ikut sahaja apabila dengar nama sepupunya disebut.
Lain kali dia perlu keluar seorang diri untuk memikat gadis tadi.
BERSAMBUNG............
(╯°□°)╯︵ ┻━┻
Share this novel