Waktu berlalu dengan pantas, sudah sebulan berlalu selepas kejadian Laura Alaika dipaksa untuk bertunang dalam masa beberapa bulan lagi. Fikiran Laura Alaika makin kusut apabila kerjanya semakin hari semakin banyak. Badan langsing disandar, kepala didongak keatas lalu mata dipejam kejap bagi melepaskan rasa serabut di kepala. Nafas dihela berat apabila telefon pintar miliknya meminta perhatian untuk diangkat, dengan rasa acuh tak acuh Laura Alaika mencapai telefon pintar yang berada disisi meja kerja lalu nama pemanggil dibaca. Nama Granny tetera di skrin telefon, dengan tidak semena-mena terus telefon pintar itu dilempar kembali ke atas meja tanpa ada niat untuk mengangkat panggilan tersebut. Sejak kebelakangan ini Granny selalu mencari dirinya, bukan hanya telefon pada setiap jam tapi sampai menghantar pesanan ringkas mengingati tentang hal pertunangan itu. Laura Alaika sudah hampir gila dengan kegilaan yang dilakukan oleh granny.
Ting! Ting!
Bunyi tanda ada orang menghantar massage melalui aplikasi WhatsApp. Mata Laura Alaika melirik ke arah skrin telefon lalu nama Papa tetera di skrin telefon. Tanpa berfikir panjang terus Laura Alaika membuka massage daripada Papanya.
"Laura rumah yang kamu nak tu Papa dah uruskan, petang ni kamu dah boleh pindah masuk, kamu tak perlu tido dekat hotel dah lepasni"
"Thank you papa?? you're the best Papa in the world???? thank you sebab faham Laura, kalau tak ada Papa Laura tak tahu nak bergantung harap dekat sapa"
"You're welcome Princess???? for my one and only daughter i will do anything, kalau kamu nak apa-apa kamu just call me okay baby girl"
"Okay Papa, i love you so much Papa ??"
Terbit sebuah senyuman yang sangat indah dibibir cantik Laura Alaika.
"Papa kau lah hero untuk anakmu ini" cetus hati kecil Laura Alaika. Niatnya yang ingin menutup skrin telefon pintar terbatal apabila biji matanya tertumpu tepat ke arah nama yang telah di pin atas sekali iaitu "future husband" sudah lama Laura Alaika tidak mendengar khabarnya, lalu skrin ditekan berkali-kali sebelum dia meletakkan kembali telefon pintar disisi meja dan menyambung siapkan kerja yang masih banyak tertungak.
**************
Ting! Ting!
Mata terus melirik kearah telefon pintar yang berada diatas meja dengan pantas Zaid Najwan mencapai telefon pintar miliknya dan membuka massage yang dihantar oleh seseorang, mana tahu massage itu massage penting? Memang jenis Zaid Najwan kalau ada yang cari memang dia akan cepat bertindak.
"Assalamualaikum future husband ???? lama tak tanya khabar, how are you? I really miss you ?? Don't forget to take care of your health???? and don't forget to eat and drink okay?? I love you very much bye????"
Terangkat kening Zaid Najwan membaca isi massage tersebut.
"Nombor ni lagi, siapa dia ni? Dia ada dalam kalangan pelajar aku ke? Tapi dia kata lama tak jumpa? Ada ke pelajar aku tidak hadir lama?" Soal dia kepada diri sendiri lalu laju jari jemari menari diatas skrin telefon pintar miliknya.
"Waalaikumusalam, ni siapa ye? Kalau awak pelajar saya, awak lama ke tak datang kelas?"
Selesai menaip terus massage dihantar. Tidak lama kemudian massage dibalas lagi daripada "pelajar misterinya".
"Ehhhh, I'm not your students my beloved mathematics, but I'm your Destined soulmates ehekkkk???? Okay, let's chat again later, I have a lot of work to do, see you later, my future husband. Love from the bottom of my heart???"
Terukir senyuman dibibir Zaid Najwan apabila baca isi massage tersebut. Entah kenapa dia rasa seperti yang mesejnya ini bukan pelajarnya tetapi seseorang yang ingin mendekatinya dalam diam, tapi siapa?
"Alololololo, sir chat dengan girlfriend haritu lah tu" kata seorang pelajar perempuan yang duduk di meja hujung
"Haishhhhh, janganlah kacau sir tu, sir tengah musim bunga tu" sambung seorang lagi dan disambut dengan gelak ketawa yang lain. Wajah Zaid Najwan terus berubah merah akibat dikenakan oleh pelajarnya sendiri.
"Alololololo, merah dah muka dia, tu laaaa kalau nak bermusim bunga pun jangan nampak sangat" ujar seorang pelajar lagi lalu galak mereka ketawakan guru mereka.
"Okay, dah dah, kamu semua siapkan kerja yang sir bagi kalau tak siap jugak sebelum balik ni sir tambah lagi kerja rumah kamu biar lagi banyak" ujar Zaid Najwan lalu langkah diatur menuju keluar kelas untuk mengambil angin luar. Malu! Ya itulah yang dirasakan Zaid Najwan tika ini. Ketika dia jalan pulang dari tandas ingin ke kelas dia tidak sengaja terdengar pelajarnya sedang berbual dan yang menariknya topik yang dibual oleh mereka adalah tentang dirinya.
"Wey, comel do sir tadi balas chat dengan girlfriend dia siap senyum-senyum lagi"
"Eh, betul ke dia chat girlfriend dia? Mungkin mak dia ke adik beradik dia ke?"
"Balqis, kau dah berapa lama belajar dekat sini? Kau tau kan sir tu jenis serious kan? Lagipun aku tak pernah tengok sir senyum-senyum macam tadi bila balas chat"
"Kannnn, baru aku teringat, tapikan kira girlfriend sir tu kakak yang berkawan dengan isteri sir kamal kan? Yang macam model luar negara tu"
"Haah lah kan akak tu memang cantik gila, memang idola laaa kakak tu sesuai dengan sir Zaid" Zaid Najwan yang mendengar dari tadi hanya tersenyum sendiri. Sampai macam tu sekali pelajarnya fikir tentang dia. Sebelum perbualan pelajarnya pergi lebih jauh lebih baik dia tegur mereka berdua.
"Ehem, ehem" dehem Zaid Najwan lalu dua orang pelajar yang asyik berbual tentangnya tadi terkejut beruk.
"Ehh, sir Zaid" ujar mereka serentak.
"Tak ada kelas ke?" Soal Zaid Najwan dengan nada sedikit tegas
"Ada, kami masuk dulu" ujar pelajrnya lalu berlari anak meninggalkan Zaid Najwan seorang. Zaid Najwan hanya memandang kelibat mereka sehingga hilang lalu kepala digeleng perlahan.
"Kan dah jadi bual mulut orang" omelnya sendiri lalu pergi masuk kedalam kelas yang ditinggalkan seketika tadi.
"Assalamualaikum" salam dihulur sebelum melangkah masuk kedalam bilik guru, lalu makanan yang dibawa oleh Syafikah diletakkan diatas meja kerja suaminya.
"Nah, Adam bagi kat Papa Zaid kamu, ingat jangan bagitahu Papa Zaid yang aunty Rara belikan okay?" hulur Syafikah kepada Adam lalu tangan diangkat menunjukkan ke arah meja yang diduduki oleh Zaid Najwan. Adam yang faham terus berlari riang menuju kearah Papa angkatnya.
"Papa!" Jerit Adam riang lalu menerpa tepat kearah Zaid Najwan. Tersentak kuat Zaid Najwan akibat terkejut, habis semua lamunanya seketika tadi hilang.
"Ehhhh, Adam kamu datang dengan Umi kamu ke?" Soal Zaid Najwan sambil tubuh Adam diangkat dan diriba diatas paha kekar miliknya.
"Haah, lepastu Umi bagi ni untuk Papa Zaid" ujar Adam lalu bekas makanan dihulur kepada Zaid Najwan. Bekas makanan bertukar tangan lalu bekas makanan itu diletak diatas meja. Dia belum ada selera untuk menjamah makanan hari ini. Kelibat Kamal masuk kedalam bilik guru sambil membawa beberapa helai kertas ditangan. Adam nampak kelibat Abinya terus terjun dari ribaan Zaid Najwan dan berlari kearah Abinya. Zaid Najwan melihat keluarga bahagia sahabatnya, ada terdetik satu rasa yang jauh di dalam lubuk hatinya, rasa yang dia inginkan beberapa tahun yang lepas. Mungkin masih bukan rezekinya untuk memiliki keluarga kecil seperti orang lain, mungkin ada yang lebih baik untuknya suatu hari nanti.
"Id ni jadual kau" tegur kamal yang tiba-tiba muncul depan Zaid Najwan sambil menghulurkan sehelai kertas. Kertas yang dihulur disambut lalu mata melirik melihat jadual yang telah ditetapkan untuknya.
"Mak aiiii full sangat aku bulan ni" terbuntang luas mata Zaid Najwan apabila melihat isi jadual yang baru dia dapat.
"Biasalah Id, aku kena pergi khusus jadi kaulah yang kena cover kelas aku" terang Kamal ringkas. Kepala Zaid Najwan dianggukkan tanda faham dengan apa yang dijelaskan oleh Kamal.
"Abang, sayang nak minta izin boleh" celah Syafikah yang datang entah dari corok mana.
"Apa sayang" jawab Kamal lembut. Zaid Najwan hanya buat riak biasa walaupun hati singlenya telah meronta hebat. TERASA SINGLE ITU ADA GUYS!
"Abangkan ada khusus dalam bulan ni kan?" Tanya Syafikah separuh lalu soalan itu diiyakan saja oleh Kamal.
"Boleh tak sayang hantar anak kita kat rumah ibu?" Pinta Syafikah berharap suaminya memberi izin.
"Kenapa nak hantar rumah ibu?" Soal Kamal inginkan kepastian
"Ingatkan kawan baik sayang yang haritu? Laura? Ingat?" Tanya Syafikah dan dijawab dengan anggukkan kepala oleh suaminya
"Sayang nak minta izin nak tido rumah dia dalam seminggu macam tu, sebab dia baru pindah rumah dan dia cakap dia takut sebab duduk seorang jadi dia nak sayang teman dia dalam seminggu begitu, biar rasa takut dia hilang" terang Syafikah dalam senafas. Kamal yang dengar penjelasan isterinya sedikit terkedu lalu kepala digeleng kerana tingkah isterinya sedikit membuat dia geli hati.
"Abang jangan ketawakan sayang, sayang minta izin ni boleh ke tak boleh?" Bentak Syafikah lalu muka ditarik tanda merajuk akibat diketawakan oleh suaminya sendiri.
"Alololololo isteri abang seorang ni majuk pula dia, alololololo dah dah jangan majuk lagi dah tak lawa dah muka tu dengan muncungnya lagi boleh buat sangkut hangers dah tu, hahaha oky abang izinkan sayang teman kawan baik sayang tu" pujuk kamal dengan nada yang dilembutkan lalu kepala sang isteri digosok perlahan. Syafikah yang telah diberi izin terus memeluk erat tubuh kekar suaminya tanda terima kasih dan gembira.
"Thanks my lovely husband" ujar Syafikah ikhlas lalu pelukkan diperkemaskan.
"Ehem, assalamualaikum puan dan tuan, tolong eh hormat sikit orang single terlajak ni" celah Zaid Najwan apabila drama sinetron laki bini ini semakin menjadi-jadi di depannya. Tawa Syafikah dan Kamal terletus apabila melihat riaksi wajah single terlajak yang Zaid Najwan tunjukkan.
BERSAMBUNG............................
send a big love ♥️✨
Share this novel