Bab 24

Drama Series 6057

Anak mata menangkap satu figura tubuh seseorang yang sedang menyendiri. Langkah kaki diatur menuju kearah tubuh seseorang yang sedang berteleku itu.

"Dear, what are you doing here alone?" Sapa Laura Alaika perlahan tidak mahu buat buah hatinya terkena heart attack

"Eh love, tak adalah saja ambil angin" anak matanya masih memandang kehadapan tidak pedulikan Laura yang asyik melihatnya disisi.

"Dear you have a problem ke? Tak nak share with me?" Prihatin Laura Alaika bertanya. Pertama kali dia melihat Zaid dalam mood begitu.

"Nothing lah, love. You don't worry okay. Saya saja ambil angin sebab dua tiga hari ini saya kan busy" tenang Zaid jawab menafikan tekaan si jantung hati yang tidak tepat.

"Kalau macam tu, saya nak tanya awak sikit boleh?" Soal Laura takut-takut.

"Boleh sayang apa dia?" Lalu wajah dipalingkan memandang buah hati yang sangat cantik hari ini.

"Saya baru tahu latar belakang pendidikan awak, jadi saya nak tanya kenapa awak jadi cikgu disini? Kenapa awak tak jadi cikgu dekat sekolah harian biasa? Itukan lagi mengutungkan? Dan awak ada PhD Zaid, kenapa awak tak kerja sebagai pensyarah universiti?" Lalu anak mata Laura Alaika mencari anak mata Zaid. Dia mahu lelaki itu jujur kerana lelaki dihadapan dia sekarang ini bukan calang-calang orang.

"Oh, awak dah tahu" ujar Zaid sebaris lalu dia termenung lama hadap ke depan.

"Sebenarnya saya nak ceritakan hal ini kepada awak tapi masa tidak mengizinkan. So since awak dah tahu saya akan ceritakan" sambung Zaid selepas dia bersedia untuk cerita.

"Sebenarnya dulu saya pernah menjadi cikgu di salah sebuah sekolah menengah tapi tak lama sebab saya sambung belajar balik ambil PhD. Selepas saya dapat PhD tu saya minta jadi pensyarah dekat salah satu universiti, tapi tak lama sebab" terjeda ayat Zaid tiba-tiba. Laura menanti dengan sabar dia harus mendengar cerita Zaid dengan sabar.

"Sebab?" Soal Laura akhirnya. Dia tidak mampu untuk bersabar.

"Sebab suasana dia tidak sama. Saya rindukan suasana yang hiruk pikuk dengan suara pelajar-pelajar yang minta untuk pulang awal, rehat awal dan sebagainya. Dalam masa yang sama saya pun inginkan suasana menjadi pensyarah dan akhirnya saya jumpa tempat ini atas berkat Kamil. Mula-mula saya datang sini agak kekok tapi lama-lama saya sudah biasa. Dan saya juga sedar yang saya sayang tempat ini. Kalau suatu hari owner tuition ini nak jual bagunan ni sayalah orang yang paling sedih" cerita Zaid penuh emosi. Laura terkedu melihat reaksi wajah Zaid yang penuh emosi. Dia sendiri tidak tahu untuk buat apa. Pujuk? Dia takut dia tersalah kata, abaikan? Dia tidak kejam. Akhirnya Laura mendiamkan diri hanyut bersama emosi yang dibawa Zaid.

"Jom Laura kita makan saya laparlah" adu Zaid bawa lari dari situasi yang canggung ini, lalu muka kesian dibuat-buat.

"Jom!!" Semangat Laura bila sebut pasal makan. Tidak semena-mena lengan Zaid dirangkuk lalu diheret pergi. Zaid ketawa melihat keterujaan kekasihnya macam budak-budak.

KEPALA yang tidak gatal digaru. Kertas ulang kaji dibelek satu persatu. Semakin dia belek semakin susah soalan ulang kajinya. Akhirnya keluhan berat dilepaskan.

"Sayang kenapa ni?" Prihatin Zaid bila dengar keluhan yang keluar dari mulut Laura Alaika.

"Dear saya kena ulang kaji semua ini ke?" Soal Laura tidak percaya.

"Yes my love, siapa suruh cepatkan tarikh ujian? Kan dah kena ulang kaji banyak-banyak" muka Laura dicebek protes! Nasib engkaulah labu siapa suruh cepatkan tarikh.

"Dear ulang kaji dekat meja saya okay, saya ada kelas ni kalau awak tak reti atau tak faham Syafikah ada. Dia pun otak geliga tu" usai memberi pesan terus langkah kaki dihayun laju menuju keluar untuk mengajar. Laura hanya menghantar Zaid pergi dengan pandangan mata.

Langkah kaki diatur menapak kearah Syafikah yang sedang santai dimeja suaminya. Langkah terhenti bila dia sudah sampai di hadapan meja yang menempatkan Syafikah.

"Sya kau sibuk ke" sapa Laura risau takut-takut menganggu masa sahabatnya.

"Taklah, ini aku tengah sibuk scroll tiktok kenapa?" Lalu screen iPhone disua kearah Laura menunjukkan dia sedang bermain tiktok.

"Aku nak tanya kau sikit boleh tak?" Soal Laura ragu-ragu tapi dia perlu tanya pendapat Syafikah dalam hal.

"Apa tu tanyalah" lalu fokusnya terarah kepada Laura sepenuhnya.

"Aku nak tanya pendapat kau lah kan. Kalau satu masa nanti owner tuition ni nak jual bagunan ni macam mana?" Soal Laura dengan nada yang sangat serious. Kali ini dia tidak main-main.

"Aku, aku entahlah. Bagi aku okay saja sebab aku bukan owner tempat ni. Tapi" Syafikah biarkan ayatnya tergantung lalu keluhan berat dilepaskan.

"Kenapa Sya?"cemas Laura bertanya. Risau dengar keluhan berat dari Syafikah.

"Aku bukan apa, banyak kenangan aku dekat sini. Aku ingat lagi dulu first time aku jumpa Kamil dekat sinilah masa aku nak daftar adik aku dulu. Lepastu yang paling aku tak boleh lupa" jeda Syafikah lalu dia tersenyum manis sambil mengenang kenangan lalu.

"Dalam bilik ni lah dulu Kamil ajak aku kahwin" sambung Syafikah tersipul malu.

"Aku tak fikir panjang terus aku terima dan akhirnya aku kahwin dengan Kamil. Bukan tu sahaja banyak gila kenangan aku dan Kamil dekat sini. Bagunan inj begitu banyak kenangan untuk aku dan Kamil, Laura" luah Syafikah beremosi.

Terkelu Laura Alaika dengar luahan daripada Syafikah. Walaupun hanya bagunan biasa begini tetapi banyak kenangan yang tercipta disini. Laura sebenarnya iri hati dengan mereka yang berada disini kerana untuk bahagia bukan dicurah dengan wang ringgit tapi bahagia bagi mereka hanyalah dengan hal kecil walaupun sekecil ini. Laura sedikit sebanyak sedar yang bahagia sebenarnya bukan datang dari harta benda tetapi kenangan itu sendiri dan orang yang berada disekeliling kita.

"Jadi Sya kau sukalah kalau bagunan ini tidak dijual" soal Laura saja inginkan kepastian.

"Kalau boleh aku tak nak lah sampai kena jual. Sebab begitu banyak kenangan aku dekat sini" jawab Syafikah. Dapat Laura tangkap intonasi sedih yang Syafikah tahan dari tadi.

"Thanks Sya sebab sudi jawab soalan aku dan maaf sebab buat kau beremosi macam ni" terbit rasa bersalah dalam diri Laura Alaika kerana telah buat sahabat baiknya emosi.

"Tak apalah Sya mungkin sebab pembawaan budak kot" jawab Syafikah bersahaja.

"Oh, pembawaan bud... HAH! KAU MENGANDUNG LAGI! BAPAK KUAT KAU!" Jerit Laura riang.

"Shhhhh jangan kuat sangat suara kau tu" larang Syafikah dengan suara separa berbisik lalu dengan pantas tangan dia dibawa kemulut Laura Alaika.

"Apa yang korang buat ni? Kenapa main tutup tutup mulut Laura ni Sya?" Soal Zaid yang entah muncul daripada mana kemudian disusuli Kamil belakang Zaid Najwan.

Bila tangan dimulutnya terasa longgar dengan pantas dia melompat lari daripada gengaman Syafikah lalu menyorok belakang Zaid.

"Love kenapa ni?" Soal Zaid tidak faham dengan permainan mereka. Kamil yang berada disebelah Syafikah sudah tergaru-garu kepala.

"Dear awak tidak tahu ke!? Yang Syafikah MENGANDUNG LAGI!!" ujar Laura gembira.

"Laura!" Tempik Syafikah lalu ingin mencekik Laura Alaika sekarang juga.

"Kejap, kejap sayang jangan marah Laura" tenang Kamil menahan isterinya.

"Tak sayang tak marah Laura pun tapi suara dia tu kuat sangat nanti orang dengar macam mana?" Muka seposen dibuat-buat.

"Itu yang awak risaukan, kesian Laura tahu tak" hampir saja Kamil ketawa melihat mimik wajah isterinya.

"Ala sabarlah Sya, lagipun tu berita gembira apa" sokong Zaid pertahankan si buah hati.

"Kan awak kan" sokong Laura pula.

"Okaylah, maaf Laura aku bukan sengaja" pohon Syafikah akur.

"Okay aku maafkan kalau korang semua setuju untuk dinner together tonight! Kita celebrate berita gembira ini!" Cadang Laura Alaika semangat. Mereka pandang sesama sendiri sebelum memutuskan.

"SETUJU!"

"SETUJU!"

"SETUJU!"

Mereka berempat keluar makan malam bersama dan banyak hal gembira mereka ciptakan. Laura Alaika sedar yang kebahagian yang dia cari selama ini ada disini.

BERSAMBUNG................

Thanks for the support (人 •͈ᴗ•͈) don't forget to follow, komen and vote my story thank you (◍•ᴗ•◍)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience