Bab 35

Drama Series 6057

"Laura cuba teka apa yang kami jumpa?" Soal Jeremy teruja.

"Jumpa apa? Macam memarik je bunyi dia" soal Laura balik kali ini emosi Laura Alaika sudah kembali seperti biasa berkat kesabaran dua bapa saudaranya yang sabar memujuk.

"Tak namanya teka teki lah kalau kami jawab soalan yang kami bagi sweetheart" seloroh Jeremy lalu disambut dengan tawa Laura Alaika.

"Ala uncle Jimmy Laura tak dapat fikirlah. Uncle jumpa apa?" Tidak sabar Laura Alaika ingin tahu benda apa yang bapa saudaranya jumpa.

"Close your eyes" putus Samuel.

Tanpa bantahan langsung Laura Alaika menutup rapat matanya.

"When I count one, two and three you can open your eyes. Okay?" Arahan yang diberi laju diterima Laura lalu kepala dianggukkan tanda faham.

"Okay"

"One"

"Two"

"And" sengaja samuel senyap lama untuk lihat reaksi anak buahnya.

"Uncel janganlah prank Laura" rengek Laura Alaika manja. Terdengar tawa halus Samuel dihujung telingan Laura.

"Three!"

"Open your eyes sweetheart"

Laju matanya dibuka untuk lihat apa yang dijumpai bapa saudaranya. Bertaut kening Laura Alaika bila melihat barang yang berada ditangan kedua bapa saudaranya.

"Sketchbook?" Soal Laura Alaika hairan.

"Kamu sudah lupa ke?" Soal Jeremy pula. Gelengan kepala diterima Jeremy tanda Laura Alaika memang sudah lupa dengan buku lukisan itu.

"Kalau uncle tunjuk ni mesti kamu tak lupa" lalu buku lukisan itu dibuka dan Jeremy tunjuk isi dalam buku itu. Hampir melompat Laura Alaika melihat isi dalam buku lukisan yang sudah lama dia lupakan.

"Ya Allah! Uncle! Mana jumpa buku ni? Rindunya dengan buku lukisan ni" ujar Laura Alaika gembira apabila melihat design baju yang pernah dia lukis suatu ketika dulu.

"Kami jumpa masa kemas bilik lama kamu. Pada mulanya kami nak buang yang mana sudah tidak dipakai tapi bila kami jumpa buku ni terus kami berdua buat panggilan video dengan kamu" terang Jeremy.

"This is your goals right?" Soal Samuel tetapi tidak dijawab oleh Laura Alaika. Serba salah ingin Laura jawab. Betul itu memang cita-cita hakiki dia, itu memang matlamat dia tapi dia tersekat dengan jerat granny yang inginkan dia mewarisi syarikat ini. Syarikat yang tidak pernah ada dalam kamus hidup Laura Alaika.

"You want to be a famous fashion designer right?" Soal Samuel lagi. Kali ini dibalas dengan anggukan kecil daripada Laura.

"Laura listen"

"If you wannabe a fashion designer, just keep it up sweetheart. Come here and we discussed about it. Mrs Jenny like your art work Laura and Mrs Jenny want to help and guard you to join her in fashion world. What do you say?"

"Laura tak tahu uncle" jelas Laura Alaika keliru dengan pilihan yang dia ada.

"Laura dekat Malaysia tiada siapa yang hargai perjuagan Laura. Just comeback and create new life, new relationship, new job and new experience" kali ini Jeremy pula cuba untuk memujuk.

"Laura....." Lama dia jeda.

"Ingat Laura peluang hanya ada sekali seumur hidup. Ini yang Laura inginkan dari dulu lagikan"

"Lau..." Belum sempat Laura ingin memutuskan tiba-tiba saja Raziz muncul dengan gaya persis baru lepas marathon dengan nafas tidak cukup dan tercungap-cungap.

"Cik Laura maaf menganggu" sapa Raziz yang tidak cukup nafas dimuka pintu pejabat Laura Alaika.

"Kenapa Raziz ada hal penting ke?" Soal Laura Alaika inginkan jawapan kenapa Raziz datang ke biliknya dengan keadaan tidak cukup nafas begini.

"Saya dapat berita yang saham kita yang sudah terjual tanpa pengetahuan cik Laura tu sudah dibeli oleh Syarikat system and electronic diluar negara!" Cerita Raziz yang cuba mengawal nafas yang tidak teratur.

"System and electronic" ujar Laura cuba untuk ingat nama syarikat ini. Seperti pernah dia dengar nama ini walaupun nama ini boleh didapati dimana-mana tapi nama ini seperti terlalu dekat dengannya.

Jenuh Laura Alaika berfikir sehingga anak matanya terpandang skrin komputer miliknya. Dapat dia lihat senyuman nakal dari kedua bapa saudaranya. Melopong luas biji mata Laura Alaika. Tangan yang tadi asyik bermain didagu kini naik menutup mulut yang ternganga luas.

"Uncle Sam! Uncle Jimmy!" Ujar Laura Alaika teruja campur terkejut.

"So Laura back to our discussion" kali ini suara Samuel semakin serius.

"Take it or leave it?"

"Akak!"

"Kak Laura!"

Tersentak Laura Alaika dari lamunan dia dengan kedua bapa saudaranya tiga hari lepas.

"Ya, ada apa Hans?" Soal Laura Alaika bila dia ternampak susuk tubuh Hans yang sedari tadi berdiri didepannya.

"Tak adalah, Hans datang ni nak tanya fasal offer uncle Sam dan uncle Jimmy dekat akak. Betul ke akak dah fikir masak-masak dengan keputusan akak?" Soal Hans inginkan kepastian. Dia tidak puas hati kenapa sepupunya yang satu ini sanggup menolak peluang depan mata.

"Hans, kamu kena faham yang akak ni tunang orang. Takkan lah akak nak tunggal abang Zaid kamu demi untuk capai cita-cita akak dekat luar negara tu. Lagipun akak ada banyak kerja dekat sini" terang Laura berharap Hans faham dengan keputusan yang telah dia buat. Dia sudah pilih jalan hidupnya untuk melupakan cita-cita hakiki miliknya demi seorang lelaki yang bernama Zaid Najwan.

Salah faham yang berlaku selama ini dia perlu selesaikan. Laura mahu tamatkan apa yang dia telah mulakan dulu. Zaid Najwan perlu jadi miliknya titik.

"Kalau itulah yang akak nak, Hans tidak boleh kata apa"

"Thanks Hans sebab faham dengan keputusan akak"

Kepala Hans hanya diangguk dan dia berlalu pergi tinggalkan Laura Alaika seorang diri dalam pejabat milik sepupunya.

Tidak lama Hans keluar tiba-tiba suara Sofea berbunyi melalui intercom.

"Yes sofea" sahut Laura

"Miss Datuk Megat Rafi ada dekat luar nak jumpa Miss" ujar Sofea

"Suruh mereka tunggu lima minit" ujar Laura Alaika sedikit cemas bila dengar nama orang tua miang keladi itu.

Alamak! Macam mana ni? Aku kena buat sesuatu. Lama dia berfikir sehinggalah dia ternampak fail dalam almari kaca miliknya.

"Binggo!"

Tanpa buang masa terus iPhone dicapai dan icon kamera ditekan kemudian dia rakam video lalu telefon disorok dicelah-celah fail supaya tidak dijumpai oleh siapa-siapa.

"Sofea" panggil Laura melalui intercom

"Yes Miss"

"Let him in"

"Okay"

Tidak lama kemudian masuklah seorang lelaki tua pendek bertumbuh gempal kedalam bilik kerja Laura Alaika.

"Ada apa Datuk Megat Rafi datang nak jumpa saya? Kita sudah tidak ada apa-apa untuk dibincangkan" serang Laura tidak mahu basa-basi. Kalau boleh dia tidak mahu berdua-duan dengan lelaki miang ini.

"Tenanglah sayang" ujar Datuk Megat Rafi dengan senyuman yang terpaling gatal.

"Siapa sayang kau orang tua!" Jerkah Laura Alaika geram dengan perangai muang keladi orang tua ini. Tidak padan dengan sugar baby keliling pinggang. Dia juga yang jadi sasaran.

"Lagi sayang garang lagi abang geram aumm" ujar Datuk Megat Rafi kemudia langkah diatur menuju kearah Laura.

TING!

Tingkat yang ingin dituju telah sampai dan tanpa berlengah terus Zaid Najwan keluar dari perut lift dan menuju kearah meja salah seorang pekerja disyarikat itu.

"Maaf menganggu" sapa Zaid Najwan sopan.

"Ya encik, boleh saya bantu" jawab perempuan cina yang sedikit seksi itu juga sopan.

"Dimana bilik encik Hans ya?"

"Oh bilik dia dihujung sana belah kanan ya" ujar perempuan cina itu sambil tangan sibuk menunjuk kearah hujung sana.

"Okay terima kasih"

"Welcome"

Sempat Zaid Najwan membalas senyuman perempuan cina itu sebelum dia berlalu menuju kearah bilik yang ditunjukkan tadi.

Kalau bukan sebab adik bertuah seorang itu tidak hingin dia jejak kaki disyarikat ini tetapi dia inginkan jawapan kenapa adiknya berperangai aneh sejak dua menjak ini.

Gayanya tidak ubah seperti orang putus cinta dengan makan tidak mahu ajak berbual pun tidak mahu kalau tak dialah yang paling riuh dalam rumah. Dulu jarang melekat dekat rumah sekarang asyik menyepi dalam biliknya sahaja.

Hari ini tiba-tiba dia keluar dengan berita yang sangat mengejutkan Zaid dan kedua orang tuanya.

"Cik, encik Hans ada?" Soal Zaid kepada Sofea selaku secretary kepada Hans.

"Oh ada, sekejap ya encik"

Lalu intercom ditekan menyambung kebilik Hans.

"Mr Hans"

"Yes sofea"

"You have a guest"

"Who" lalu sofea angkat kepala kearah Zaid meminta nama.

"Zaid Najwan" jawab Zaid faham dengan apa yang diiginkan perempuan didepannya.

"Zaid Najwan"

"Oh! Suruh dia masuk"

"Silalah encik zaid. Bilik dia belah kanan"

"Terima kasih" ucap Zaid penuh tertib

"Sama-sama"

Pintu diketuk sebelum ada suara yang menyuruhnya masuk. Setelah mendapat kebenaran terus dia terjah masuk kedalam bilik sepupu tunangnya.

"Natra apa yang Natra buat dekat sini?" Soalan pertama yang luncur dari bibir Zaid Najwan.

"Saja berkenalan dengan orang handsome" jawapan selambe diberi. Zaid hanya biat muka kosong tidak berminat dengan jawapan yang diberi. Lalu anak matanya ditala kearah Hans. Dia perlu mendapatkan jawapan daripada Hans.

"Natra boleh keluar sekejap tak? Abang nak cakap hal lelaki dengan Hans" pinta Zaid Najwan. Natra akur dan dia bangun dari duduknya dan mengatur langkah menuju kearah pintu. Sebelum dia keluar sempat dia berbisik sesuatu ketelinga Zaid Najwan.

"Jangan terlepas free show tau" berkerut wajah Zaid. Tapi dia abaikan kerana ada benda lagi penting yang perlu dia bincangkan.

"Hans!" Panggil Zaid Najwan tegas.

"Yes bang!" Sahut Hans

"Nah adik aku bagi" lalu sepucuk surat diserahkan kepada Hans.

"Najwa bagi?" Soal Hans dan lambat-lambat huluran bersambut. Kepala Zaid Najwan agguk sahaja.

"Aku tak tahu apa hubungan korang berdua tetapi kenapa kau buat Najwa aku bukan macam Najwa yang selalunya? Kau buat dia yang selalu ceria jadi pendiam seribu bahasa, kau buat dia yang happy-go-lucky jadi gadis paling sedih didunia ni kenapa Hans?" Ternganga mulut Hans mendengar kenyataan daripada Zaid.

"Okaylah yang tu aku tak ambil pusing sangat. Yang aku pening sekarang ini dia buat keputusan yang dangat besar dalam hidup dia kau tahu tak?" Dambung Zaid Najwan lagi.

"Keputusan apa bang?" Soal Hans ingin tahu.

"Keputusan yang mana kalau aku tanya dulu dialah yang paling kuat menolak dan dia tidak akan pernah setuju untuk buat. Dan akhirnya hari ini dia buat keputusan untuk tinggalkan kami sekeluarga" ujar Zaid Najwan sayu mengenakan adik kesayangan dia.

"Dia kemana bang?" Desak Hans tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Zaid Najwan.

"Dia tak bagitahu. Dia kata jawapan ada dalam surat itu" tutur Zaid Najwan sedih.

"Tak apalah Hans abang balik dulu. Abang cuma sampaikan amanah orang sahaja"

"Okay baik bang" ujar Hans. Sungguh dia tidak percaya pergaduhan mereka pada hari itu. Apa yang ditutur Najwa pada hari itu. Semuanya telah Najwa makbulkan. Dia memang menghilangkan diri dalam hidup Hans Azmeer.

"Najwa...."

BERSAMBUNG....................

Sudah hampir ke penghujung(╥﹏╥)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience