Bab 11

Drama Series 6057

Langkah lemah dihayun menuju meja kerjanya. Punggung dilabuhkan, nafas dihela berat kemudian kepala didongak keatas lalu jari memicit batang hidung. Pusing! Ya itu yang dapat Zaid Najwan rasakan sekarang ini.

"Arghhh! Kusut lah fikiran aku!" Amuk Zaid Najwan sendiri, nasib tiada seorang pun dalam bilik guru ini kecuali hanya dirinya.

"Macam mana aku nak bagi jawapan dalam masa dua minggu? Dah lah aku baru kenal dengan dia, jumpa baru berapa kali je takkan aku nak terima bodoh bodoh macam tu jer? Risau dia tu pembunuh bersiri ke? Penjual organ ke? Haishhhhh Zaid kenapa dengan dengan kau ni? Overthinking kalah perempuan" omelnya sendiri panjang lebar. Lama berfikir akhirnya Zaid Najwan capai telefon pintar yang berada didalam poket seluarnya. Dia mesti cari tahu tentang Laura dengan kuasa dihujung jari.

"Apal ya nama Instagram, Twitter, Fac, perempuan tu? Nama pun aku tahu Laura saja kalau cari memang berlambak lah nama Laura dalam media sosial ni, nak nak pulak dia tu dulu duduk luar negara lama lagilah susah" bebelnya lagi sambil jari dimainkan di atas skrin telefon pintar miliknya. Sejanak Zaid Najwan berfikir akhirnya dia mendapat satu akal, terus laju jarinya menari diatas skrin telefon.

"Bingo!" Ucapnya lalu senyum senget terbentuk tanda satu masalah dapat diselesaikan. Instagram milik isteri sahabatnya discroll laju mencari gambar yang dia mahukan. Akhirnya gambar yang dia cari telah dijumpai. Gambar Laura bersama Syafikah, lalu skrin ditekan munculah nama yang ditag.

"Julie.Laurent" sebut Zaid Najwan membaca nama yang ditag Syafikah. Tanpa membuang masa nama itu ditekan, munculah gambar-gambar milik Laura Alaika.

"Wow! Bukan main gambarnya pun, sebijik model international" detik hati kecilnya lalu dia scroll ig milik Laura Alaika sehingga lah matanya berhenti ke satu gambar.

"Wow! Ramai jugak kawan mat salleh dia ni dah lah semua herlok herlok nak dibandingkan dengan aku memang jauh panggang dari apilah jawabnya. Tapi kenapa dia pilih aku? Apa yang aku ada tapi kawan luar negaranya tak ada?" Bisik hati Zaid Najwan hairan dengan selera Laura Alaika. Sudah puas stalk feed ig Laura dia beralih kepada story ig pula. Story ig yang dimuat naik hanya story biasa. Story seorang businesswoman, lalu tiba-tiba mata Zaid Najwan terpikat dengan satu story highlights yang diberi nama 'bare face'. Dengan pantas jari menekan story highlights tersebut dan keluarlah muka Laura Alaika tanpa sebarang make up. Terpegun Zaid Najwan melihat betapa cantiknya Laura tanpa sebarang make up. Story ditekan lagi kemudian keluar muka Laura berserta kapsyen 'morning world' yang masih berselimut persis baru bangun tidur.

"Secantik ini ciptaan mu ya allah" pujinya tanpa sedar apabila melihat wajah sebenar Laura Alaika. Baru saja dia ingin melihat lebih lanjut story highlights Laura tapi niatnya terbatal bila ada seseorang menegurnya.

"Wow! Cantiknya girlfriend sir Zaid" ujar seseorang. Tersentak hebat Zaid Najwan mendengar suara seseorang dari belakang. Lantas kepala dipusing kebelakang untuk melihat siapa yang telah mengejutkan dirinya.

"Ya allah Balqis terkejut sir" ujar Zaid Najwan sedikit lega apabila yang menegurnya adalah orang dan yang paling tepat lagi pelajarnya sendiri. Mengekek Balqis ketawakan sirnya yang terkejut mendadak.

"Ha, ketawa lagi ketawa lagi" bentak Zaid Najwan tapi tetap saja dirinya diketawakan oleh pelajarnya

"Ni apa yang kamu nak datang sini?" Soal Zaid Najwan

"Saya datang ni nak tanya sir tak nak masuk kelas mengajar ke?" Jawab Balqis. Dengan laju tapak tangan Zaid Najwan hinggap ke dahinya.

"Ya Allah, hampir saya lupa, okay jom kita ke kelas sekarang" bergegas Zaid Najwan menuju ke kelasnya.

*********************

"Okay kelas, hari ini cukup setakat ini dulu kita belajar, sir nak kamu semua buat ulangkaji untuk bab ni dan bab sebelumnya. Okay kelas bersurai" ujar Zaid Najwan menamatkan sesi pembelajaran. Tangan mencapai pemadam papan putih lalu dihayun untuk memadam tulisan yang berada di papan putih.

"Sir" panggil seseorang. Dengar namanya seperti diseru lantas Zaid Najwan pusingkan badan menghadap orang yang menyerunya.

"Hah, kenapa kamu and the gang tak balik lagi?" Soal Zaid Najwan bila melihat ada pelajarnya yang belum pulang lagi.

"Sir, sebenarnya kami semua ni peminat girlfriend sir, kami semua teringin nak bergambar dan berjumpa dengan girlfriend sir. Boleh tak sir tolong bawa dia esok" terang salah seorang pelajarnya. Berkerut wajah Zaid Najwan dengar permintaan dari pelajarnya.

"Dia famous sir, cuba sir tengok ni followers dia hampir cecah 15M" sambung seorang lagi sambil menunjukkan telefon kearah Zaid Najwan. Mata ditumpu kearah skrin telefon dan betul apa yang dikatakan pelajarnya pengikut Laura sudah cecah puluhan juta. Kenapa dia tidak perasan benda ini tadi?

"Sir boleh lah" ujar pelajarnya lagi bila melihat sir mereka mendiamkan diri dari tadi. Zaid Najwan masih pertimbangkan permintaan dari pelajarnya. Perlu ke dia telefon Laura untuk datang kesini? Nanti dia dicop gila bayang pula. Tapi sekarang dia perlukan info tentang Laura. Lama berfikir akhirnya Zaid Najwan mengeluh sendiri.

"Kenapa sir? Tak boleh ke?" Soal pelajarnya apabila dengar keluhan berat keluar dari mulut gurunya.

"Tak apa sir kami sanggup buat apa saja untuk sir, asal kami dapat bergambar dengan girlfriend sir" sambung salah seorang pelajarnya lagi. Ada sinar diwajah Zaid Najwan bila dengar ayat dari pelajarnya ini.

"Betul kamu sanggup buat apa saja yang sir suruh?" Soalnya inginkan kepastian. Soalannya dijawab dengan anggukkan kepala dari pelajar-pelajarnya.

"Baik sir akan suruh dia datang nanti tapi dengan syarat" ujar Zaid Najwan.

"Apa syarat tu sir? Soal pelajarnya.

"Sir nak kamu semua rapat dengan girlfriend sir dan sir nak kamu korek semua benda yang dia suka, yang dia tak suka, dulu sekolah dekat mana, nama penuhnya apa, semualah tentang diri dia boleh?" Arah Zaid Najwan berharap pelajarnya dapat melaksankan misi ini.

"Alololololo, sir ni sweet jugak orangnya, okay sir baiklah kami akan buat apa yang sir suruh. Kami akan cari tahu semua tentang girlfriend sir" kata salah seorang dari mereka lalu tabik hormat dibuat tanda faham diikuti dengan yang lain. Zaid Najwan menghela nafas lega apabila 15% daripada misinya telah terselesaikan. Kini tinggal 85% lagi perlu diselesaikan dalam masa dua minggu.

"Akan aku korek semua hal tentang kau Laura. Semua latar belakang kau akan aku cari" omelnya sendiri dan berlalu pergi kearah bilik guru. Meja kerja dituju, baru saja punggung ingin dilabuhkan matanya terhenti pada sejambak bunga rose yang diberi Laura. Bunga itu dicapai lalu dia belek bunga tersebut tiba-tiba jatuh sekeping kad diatas meja kerjanya. Sejambak bunga rose itu diletak ketepi lalu kad itu diambil dan dibuka.

"Hi, my mate will always be waiting for you??"

Isi diatas kad dibaca dan tanpa dia sedar kepalanya digeleng perlahan. Sungguh dia tidak boleh berkata apa dengan tindakan Laura Alaika. Ada juga ya perempuan yang keras kepala macam ni? Sakit juga kepala kalau sepuluh perempuan yang datang menagih cintanya seperti ini. Nasib Laura ini unik sedikit, entah kenapa hatinya berkata begitu. Hanya Laura saja yang dapat buat dia seharian berfikir tentangnya kalau sebelum ini ada orang confess dia akan menolak dan tidak akan berfikir soal itu lagi tapi Laura ini lain dari yang lain.

Lama Zaid Najwan mengelamun tiba-tiba ingatannya teringat akan seseorang gadis yang sangat polos ketika dahulu. Gadis yang sedikit chubby dan comel yang selalu buat dia tersenyum bila melihat gelagatnya suatu ketika dahulu. Tapi sejak kes yang terjadi dulu dia telah hilang jejak gadis polos itu.

"Laika apa khabar kau sekarang? Lama aku tak dengar berita tentang kau. Adakah kau masih hidup atau mati pun aku tak tahu. Aku berharap kita dapat berjumpa suatu hari nanti" detik hati kecilnya sayu bila mengingati gadis polos itu.

BERSAMBUNG.................................

Maaf jika ada typo atau ayat berbelit

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience