Bab 16

Drama Series 6057

Wajah pucat yang menepek di dada bidangnya dia Pandang dengan penuh kasih. Rambut Laura yang tutup wajah diselak oleh Zaid lalu diamati raut wajah yang pucat itu. Kepala Laura dibelai dengan penuh kasih buatkan Laura Alaika memeluknya lagi erat seperti tidak mahu lepaskan kekasih hatinya. Zaid Najwan perasan wajah kekasihnya sedikit berkerut, mungkin badanya lenguh oleh kerana tidur dalam keadaan memeluk dirinya dengan kaki yang bersimpuh diatas sofa.

"Sya sini jap" panggil Zaid Najwan bila dia nampak Syafikah yang sedang bersahaja di meja kerja suaminya.

"Kenapa tu Id" tanya Syafikah bila dia sudah sampai depan Zaid Najwan.

"Sya tolong ambilkan bantal kecil dekat meja aku lepastu tolong ambilkan baju kod dan sejadah untuk aku sekali" pinta Zaid Najwan. Tidak membuang masa terus Syafikah pergi ambil barang yang dipinta oleh Zaid Najwan.

"Nah Id" ujar Syafikah sambil hulurkan barang yang dipinta tadi. Zaid menyambut huluran dari Syafikah lalu bantal dia letak diantara paha dan hujung kepala sofa, setelah puas hati dengan kedudukan bantal dan keselesaanya terus Zaid Najwan meminta Bantuan Syafikah lagi untuk alihkan tubuh langsing milik Laura Alaika supaya tidur beralaskan bantal diatas riba Zaid Najwan. Kemudian kaki Laura Alaika dia betulkan biar Laura baring dengan selesa dan bahagian kaki Laura yang terdedah akibat skirt singkat yang dipakai ditutup dengan sejadah sehingga paras pinggang. Bahagian atas tubuh pula diselimuti dengan baju kod milik Zaid Najwan supaya si kekasih hati tidak sejuk dengan penghawa dingin yang dipasang pada suhu yang sejuk.

"Thanks Sya" ucap Zaid Najwan ikhlas. Syafikah hanya balas dengan beri senyuman ikhlas kepada Zaid Najwan dan tatap sayu wajah sahabat yang pucat lesu.

"Jangan risau sangat Sya, Laura ni cuma tak cukup rehat saje. Insyallah lepas tidur ni dia sihatlah" terang Zaid Najwan bila melihat riak risau yang terpancar pada wajah isteri kawannya.

"Terima kasih sebab jaga Laura dengan baik" ucap Syafikah sayu.

"Sudah memang tanggungjawab aku Sya" tutur Zaid Najwan ikhlas dengan apa yang dikatakan. Syafikah tersenyum ikhlas dengar jawapan dari kekasih sahabatnya.

"Kau bertuah Laura Alaika sebab dapat lelaki macam Zaid ni" detik hati kecil Syafikah.

Cahaya lampu yang terpancar tepat atas kepala buatkan mata yang masih inginkan rehat terbuka. Badan yang sudah sihat sedikit cuba untuk bangkit dari pembaringan. Mata melilau lihat sekeliling mencari sang kekasih.

"Rasa tadi aku tidur atas riba Zaid, kenapa sorang-sorang pula ni" detik hati kecil Laura Alaika sedikit binggung bila melihat buah hati tiada disisi. kepala yang sedikit berdenyut diurut kejap lalu badan langsing milik Laura Alaika disandarkan ke sofa sambil mata mencari orang dalam bilik guru itu.

"Eh, Laura kau dah sedar" tegur Syafikah yang entah muncul dari mana.

"Eh, Sya aku dah bangun dah ni" jawab Laura Alaika dengan suara yang masih lemah.

"Nah air untuk kau" segelas air panas disuakan kepada Laura Alaika. Laura terima huluran Syafikah lalu diteguk air itu seteguk dan kemudian dia letak gelas air di atas meja depan sofa yang dia duduki.

"Sya pukul berapa sekarang?" Soal Laura Alaika.

"Dah hampir nak pukul 10 malam dah ni" kata Syafikah sambil jam dinding di belakang Laura dikerling sekilas.

"Hah! Ya Allah" teriak kecil Laura dan tidak semena-mena langkah seribu dibuka menuju kearah pintu keluar.

"Eh Laura kau nak kemana?" Soal Syafikah cuba untuk menahan sahabatnya.

"Tandas" jawab Laura Alaika dan berlari anak mencari tandas. Selesai guna tandas Laura Alaika menampak kearah cermin muka pucat ditilik lalu dia segarkan dengan air paip dan ditilik kembali muka yang basah di cermin. Keluhan berat tiba-tiba kedengaran.

"Lemahnya kau Laura Alaika! Boleh pula kau sakit depan Zaid haishhhhh memalukan!" Marah Laura kepada diri sendiri di depan cermin kemudian tisu yang disediakan dia ambil lalu muka yang basah dilap kering dan bergegas keluar untuk menuju ke bilik guru kembali. Masuk saja dalam bilik guru terus handbag berjenama miliknya dicapai dan kunci kereta dicari.

"Sya aku balik dulu dah lewat ni" pamit Laura Alaika lalu bergegas menuju ke arah pintu. Syafikah yang lihat sahabatnya ingin pulang dengan keadaan yang masih tidak stabil langsung menahan Laura daripada pulang seorang diri. Syafikah tidak mahu ada apa-apa benda buruk terjadi lagi kepada Laura sahabatnya.

"Eh, mana boleh kau balik dalam keadaan macam ni" tahan Syafikah sambil tangan Laura dipegang erat.

"Tapi Sya aku dah lewat ni esok aku ada kerja" Laura cuba mohon untuk dilepaskan.

"Ahhh, tak da tak da, kau tunggu sini jap aku panggil Zaid kejap je" rayu Syafikah kemudia berlari entah kemana mencari Zaid mungkin. Tidak lama Syafikah menghilang kemudian dia kembali bersama Zaid dengan raut wajah yang sedikit cemas.

"Love kenapa ni? Sya cakap Love nak drive balik sorang betul ke" tanya Zaid dengan intonasi lembut dan kedua lengan Laura Alaika digengam kejap persis seorang ayah memujuk anaknya.

"Dear dah lewatlah saya nak kena kemas baju untuk ke PD lusa, lepastu esok saya ada kerja sampai lewat malam, jadi saya kena balik awal" terang Laura Alaika berharap Zaid Najwan faham dengan situasinya.

"Okay love give me five minutes, i will back to you okay?" Kata Zaid Najwan dan hanya anggukkan lemah yang dibalas Laura Alaika. Laura Alaika terpaksa beralah kalau tidak sampai esok dia tidak dapat pulang ke rumah.

"Tunggu ya jangan kemana-mana. Sya jaga dia kejap lepas ni aku datang balik" sempat Zaid Najwan berpesan sebelum berlari menuju ke kelas untuk sambung kerja.

Sesuai dengan apa yang Zaid Najwan janji dia tiba tepat dengan masa yang dipinta.

"Let's go love i send you" jari jemari Laura Alaika diraih lalu digengam erat. Laura Alaika membontoti langkah Zaid Najwan menuju ke kereta yang dia parking.

"Love nanti dekat sana jangan nakal tau, lepastu pakaian tu saya nak love pakai yang tidak menjolok matalah, kalau yang singkat labuhkan kalau yang ketat longgarkan haaa macam tu dan kalau bolehkan lagi cantik kalau love pakai seluar panjang dan tak ketat lagilah love nampak cantik dan menarik. And then lepas je love siap semua kerja jangan keluar dengan mana-mana lelaki okay? Siap kerja terus masuk bilik kunci pintu rapat-rapat nak keluar pantai pergi tempat yang ramai orang jangan pergi tempat yang sunyi okay love?" Pesan Zaid Najwan panjang lebar pecahkan sunyi antara mereka berdua di dalam kereta.

"But why dear?" Soal Laura Alaika sedikit protes dengan pesanan kekasih hatinya dan muka yang tenang seketika tadi kini telah berkerut. Selama dia hidup Dato' Izlan tidak pernah kongkong dia seperti ini.

"for your safety love" jawab Zaid Najwan tenang lalu anak matanya menikam kedalam anak mata Laura Alaika. Lama mereka begitu sehingga kereta belakang bunyikan hon tanda suruh mereka bergerak kerana lampu telah bertukar hijau. Laura Alaika yang tersedar terus alihkan pandangan keluar tingkap, muka dia saat ini terasa panas tangannya pula jadi sejuk dan jantungnya berdegup laju disebabkan malu direnung sebegitu oleh seseorang yang dia cintai. Inilah pertama kali dia merasakan perasaan aneh ini. Adakah ini cinta?

Kereta elok di parking dibawah porch yang disediakan. Laura dan Zaid keluar bersama lalu zaid berlari anak mendapatkan Laura Alaika.

"Kita dah sampai jadi, selamat malam, mimipi indah jangan tidur lewat sangat okay" pesan Zaid.

"Okay baiklah terima kasih dear sebab tolong hantarkan" ucap Laura Alaika ikhlas

"And love please ingat pesan saya yang dalam kereta tadi okay, saya bukan nak kongkong awak tapi saya tahu setiap mata lelaki yang pandang awak mereka ada niat mereka tersendiri so love please dengar kata okay? all this is because I love and care of you love" Pinta Zaid Najwan agar kekasih hatinya faham dengan apa dia lakukan. Hati kecil Laura Alaika tersentuh dengan kata-kata yang ditutur Zaid Najwan. Pertama kali dirinya dihargai begini, dulu dirinya rosak akibat pergaulan bebas, lagi dia seksi lagi ramai yang ingin mendekati lagi dia bebas lagi ramai mengenali dirinya tapi alhamdullilah dia tidak pernah izinkan mana-mana lelaki sentuh dirinya.

"Saya tak nak hilang awak buat kali kedua love" tutur Zaid Najwan perlahan tapi dapat ditangkap oleh halwa pendengaran Laura Alaika. Tersentak hebat Laura bila dengar ayat yang keluar dari mulut Zaid Najwan.

"Apa...." Belum sempat Laura Alaika tanya lebih lanjut tiba-tiba hon kereta dibunyikan oleh Kamil yang masih tunggu Zaid Najwan untuk pulang.

"Oh, Kamil dah panggil saya pergi dulu bye, love you" pamit Zaid Najwan dan berlari anak kearah kereta yang dipandu Kamil. Laura Alaika menghantar kereta yang Zaid Najwan naikki dengan pandangan penuh tanda tanya.

"Kali kedua? Kita pun baru saja berjumpa Zaid, saya tidak pernah kenal awak sebelum ini" detik hati kecil Laura Alaika dan berlalu kedalam rumah.

BERSAMBUNG........................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience