Bab 18

Drama Series 6057

Rambut hitam panjang paras pinggang dijalin kemas. Baju kemeja labuh pada bahagian belakang berwarna putih bergaris hitam halus dipadankan dengan seluar panjang boots cut. Make up dipakai ala kadar sekadar untuk menambah seri sahaja, kemudian beg galas disandang kebelakang. Puas meniliti diri sendiri didalam cermin akhirnya Laura Alaika keluar dari bilik dan anak tangga dituju. Laura Alaika telah bersedia untuk belajar matematik kembali! Segala meeting telah dia batalkan dan schedulenya juga berubah. Setiap hari yang ada kelas matematik pasti jadualnya akan dikosongkan, jadi Laura Alaika tidak pusing-pusing lagi pasal mesyuarat yang akan terlepas nanti kerana semuanya telah diatur kemas oleh PA kesayangannya Sofea.

Kelas Laura sepatutnya pada tengah hari tapi saja dia datang pada waktu pagi untuk surprise kan kekasih hati yang hampir sebulan dia tidak tinggalkan khabar berita dan bersua muka. Terdetik rasa rindu buat sang kekasih, disebabkan itu Laura telah membeli sarapan kegemaran buah hatinya Nasi Lemak Sambal Sotong! Yummy!

Setelah Laura rasa keretanya telah terparking elok dalam kotak yang telah disediakan, langsung badan langsing itu keluar dari perut kereta. Mata pandang bagunan tuition itu lama sebelum kaki melangkah menuju ke pintu masuk.

Ramai mata yang memandang Laura Alaika tika ini, mungkin terkejut dengan imej barunya? Atau mereka sudah tahu yang Laura akan menjadi salah seorang pelajar disini? Semua soalan yang keluar dibenak fikirannya dia abaikan. Apa yang penting sekarang ialah Laura perlu bersua muka dengan Zaid si pengarang jantung hati ini.

Langkah kaki terhenti bila sampai didepan pintu bilik guru. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum Laura menguak pintu itu. Baru saja dia ingin buka pintu telinga Laura dapat tangkap satu suara bisikkan a.k.a gosip anak muda.

"Wey kau kenal tak akak baru yang datang dua minggu lepas?"

"Yang mana?"

"Ala yang selalu berkepit dengan Sir tu"

"Oh! Haah lah aku baru teringat. Bukan main manja eh dia dengan Sir kita tu. Kalau akak model tu tau matilanak! Mau perang dunia ketiga!"

Laura Alaika bagaikan terkena petir. Betulkah Zaid telah curang dengan dia? Adakah sebab dia tidak ambil peduli tentang Zaid selama bulan Zaid telah pasang dua? Adakah semua ini akan jadi sia-sia? Adakah aku telah kalah tanpa sempat bertanding? Bermacam-macam persoalan yang wujud dibenak fikiran Laura Alaika tika ini.

"Argh! Aku tak boleh mengalah! Fight for my love!" Desis hati kecilnya bersemangat! Lalu dengan penuh keyakinan pintu bilik guru itu dikuak dan terbuka luas. Tapi sayang keyakinan itu hanya muncul seketika setelah hal pertama yang dipandang Laura Alaika adalah kemesraan Zaid dan seorang gadis muda mungkin umurnya dalam lingkungan 20-an.

Melihat Zaid yang asyik berbual mesra dengan gadis itu sambil makan buatkan hati kecil Laura sedikit retak. Mata yang tadi penuh semangat yang berkobar-kobar kini telah berkaca. Ditahan juga air mata supaya tidak tumpah ditempat umum ini.

"Eh Laura! Kau kemana sebulan menghilang?" Terangkat bahuku terkejut akibat disergah Syafikah. Air mata yang ingin terjun tadi Laura seka cepat tidak mahu Syafikah nampak. Belum sempat Laura menjawab soalan Syafikah tiba-tiba ada yang menegur.

"Ms Laura long time no see" sampuk seseorang yang dirindui tetapi rasa rindu itu tiba-tiba jadi tawar bila Zaid menukar panggilan sweet mereka dengan panggilan formal. Keras seperti batu Laura Alaika tika ini sungguh dia terkedu tapi dia gagahkan diri juga untuk memberi senyuman yang paling manis untuk orang sekelilingnya.

"Hey dear" balas laura kepada Zaid dengan perkataan dear itu ditekankan. Zaid yang dengar hanya buat pekak lalu sambung makan dengan gadis itu lagi. Laura Alaika rasa tidak puas hati bila dirinya tidak dilayan Zaid. Laura ketika ini bagaikan angin lalu kepada Zaid. Dan Laura juga bukan seorang yang berputus asa. Dia terus menerpa kearah meja Zaid.

"Dear today i bring you Nasi Lemak Sambal Sotong your favourite for your breakfast" ujar Laura Alaika sambil menayangkan bungkusan yang berisi Nasi Lemak itu.

"I'm sorry Ms Laura hari ini saya dah sarap dengan Mee Goreng" tolak Zaid Najwan lalu senyuman dihadiahkan kepada Laura Alaika. Riak muka laura tiba-tiba berubah dari senyum yang semanis kurma ke masam semasam cuka.

"But you hate Mee Goreng" tegas Laura. Dia ingat lagi yang Zaid pernah berkata dia sangat tidak suka dengan Mee Goreng tapi kenapa sekarang dah lain?

"now it's not, because it was made by someone special" hampir terlepas bungkusan Nasi lemak yang digengam Laura Alaika. Nasib dia dapat kawal perasaannya tika ini, walaupun hatinya bagaikan disiat-disiat.

"Oh, okay enjoy your special breakfast" tutur Laura Alaika sambil ditekankan ayat special breakfast itu dan berlalu pergi menuju kearah Syafikah yang sedang sibuk melayani suaminya. Nasi Lemak Sambal Sotong tu? Bagi Syafikah dan Kamil sajalah. Pinggang tak retak nasi tak dingin orang tak hendak lagikan tak hingin! Betul ke?

Mood Laura hari ini sangat kelaut dalam bila mengenangkan dia masih ada proposal yang belum siap tapi perlu dibentangkan esok. Lepas kelas ni habis Laura perlu bergegas ke office dan siapkan proposal itu sebelum hari menjelang esok. Maka bertukarlah Laura Alaika kepada Panda si mata hitam pada hari esok kerana tidak cukup tidur.

"Laura bersiap cepat kelas kau dah nak mula ni" tegur Syafikah. Laura Alaika tiba-tiba hairan kerana masih belum nampak bayang batang hidung Zaid lagi sebab dalam jadual kata guru tuition aku adalah Zaid.

"Tapi Zaid tak ada lagi ni" soal aku hairan.

"Dia tukar dengan laki aku last minute" jelas Syafikah sedikit kendur suaranya tapi dapat Laura tangkap. Kini Mood Laura betul-betul karam kelaut dalam. Kalau panggil penyelamat pun penyelamat itu sendiri yang perlu diselamatkan. Terasa! Itu yang Laura Alaika rasakan sekarang ini. Ingin saja Laura lari dari tempat ini tapi bila difikirkan balik dia sudah bayar untuk belajar disini dan dia tidak mahu membazir. Nak tak nak Laura masuk juga kelas bersama Kamil dan berharap kelas ini cepat tamat.

Selesai saja waktu pembelajaran, meja dikemas dan semua buku dimasukkan ke dalam beg galasnya.

"Maaf Laura sebab Zaid tiba-tiba nak tukar" ujar Kamil memecahkan kesunyian. Mungkin dia dapat baca dari riak muka Laura Alaika yang seperti dilanda tsunami itu.

"Sebab apa dia nak tukar?" Siasat Laura tidak puas hati dengan keputusan Zaid.

"E-e-e-rrrrrr sebab" sedikit tergagap suara kamil untuk jelaskan. Tiba-tiba laura terdengar suara orang tengah bermesra. Alangkah terkejutnya seorang Laura Alaika apabila melihat si pujaan hati lengannya dipaut mesra oleh gadis 'Special' itu.

Kaki meluru laju kearah pasangan itu dan tanpa basa-basi.

"Dear! Who is she?" Soal Laura sedikit berang.

"Oh lupa nak kenalkan, Natra ini Akak Laura, Laura ini Natra adik angkat saya" tutur Zaid tenang seperti tiada apa yang berlaku. Laura Alaika yang sedang berapi tika itu usah dikata memang nak saja dia cekik mahkluk dua ekor didepan matanya.

" Berangkat buat cara berangkat! Ini gaya dah macam terangkat!!" Maki hamun Laura dalam hati. Tidak berani dia kata depan mereka takut lain yang jadi nanti.

"Okay enjoy with your adik angkat!" Lalu kaki diatur menuju kepintu dan tubuh langsing itu telah berlalu pergi hilang dari pandangan mata Zaid, Natra dan juga Kamil yang sedari tadi menjadi pemerhati.

"Abang" panggil Natra meleret manja. Zaid hanya angkat kening tanda apa?

"Natra ladies jap" ujar Natra dan berlalu pergi bila Zaid hanya anggukan kepala. Tanpa membuang masa terus Kamil meluru kearah Zaid.

"Kau dah gila ke apa? Kau nak mainkan Laura ke?" Soal Kamil geram dengan tindakkan tidak waras kawannya. Dulu masa Laura hilang bukan main macam bapak hilang anak tapi bila empunya badan sudah depan mata dia buat tidak endah pula. Apa yang tak kena ni?

"Hmmmm biarlah dia, esok aku pujuklah" kata Zaid endah tidak endah seperti tidak tertarik untuk membahas soal Laura tika ini. Kamil hanya gelengkan kepala tanda tidak faham dengan perangai kawannya seorang ini.

BERSAMBUNG.......................

Bonus❤️✨

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience