Bab 38

Drama Series 6057

Derap kaki melangkah menuju ke sofa di ruang tamu. Amarah dalam diri sudah tidak dapat dibendung lagi, bila-bila masa sahaja dia akan meletus.

Beg tangan yang dia sangkut dibahu telah dia lempar entah kemana. Punggung dihempas kuat ke sofa lalu dia mengeluh dengan kasar.

"Ya Allah Najwa kau kenapa ni? Kau hempas pintu rumah aku bagai nak rak lepastu campak barang suka hati kau. Kau kenapa ni?" Bebel Maisarah yang muncul dari ruang dapur bersama segelas mug yang berisi Milo panas ditangan.

"Abang aku dia.." hampir tidak dapat diungkap oleh Najwa.

"Dia kenapa Najwa?" Soal Maisarah sudah tidak sabar. Mug ditangan diletakkan diatas meja depan sofa yang Najwa duduki kemudian Maisarah labuhkan duduk disebelah Najwa.

"Dia putuskan pertunangan dengan akak Laura" ada nada kecewa dalam ayat Najwa.

"What!!" Bergegar segenap ruang tamu yang tidak berapa luas itu kerana suara bak petir milik Maisarah.

"Aduh sakitlah telinga aku!" Adu Najwa sambil gosok telinga dia disebalik tudung.

"Macam mana kau tahu?"

"Tadi dia call aku, cakap dia dekat balai polis. Berdesup aku pergi balai polis fikir dia kena ragut ke rompak ke apakan alih-alih dia buat report fasal kes pukul dan kes cubaan merogol" cerita Najwa.

"What!?" Bergegar ruang tamu rumah sewa mereka. Sekali lagi telinga Najwa perih akibat suara teriakan Maisarah.

"Kalau kau jerit sekali lagi aku hempuk kepala kau" ujar Najwa geram lalu jelingan tajam dia hadiahkan kepada kawan serumahnya. Maisarah angkat kedua belah tangan tanda menyerah lalu buat isyarat zip mulut lalu dia diamkan diri.

"Lepastu Kakak aku kata semua ini angkara perempuan tak guna tu! Dia berjaya hancurkan hubungan abang aku dengan kak Laura sama seperti kak sarah dulu" ujar Najwa sangat kecewa.

"Perempuan tak guna? Maksud kau Natra?" Kepala Najwa jatuh beberapa kali.

"Lepastu apa jadi dengan kakak kau?"

"Dia sudah decide, dia nak pergi jauh dari sini"

"Kau tak nak halang?"

"Gila ke aku tak nak halang? Aku sayang dia. Kalau boleh aku tak nak dia pergi tinggalkan Abang aku tapi aku faham sangat perasaan dia saat ini. Rasa dikhianati, Rasa diabaikan, rasa dibuang" lama Najwa termenung selepas dia menuturkan ayat dibuang. Dia tiba-tiba rasa sakit sangat didada. Rasa ingin menangis bila mengenangkan peristiwa itu.

"Zarina Najwa! Kau janganlah nangis" tersentak dari lamunan terus Najwa memandang tepat kearah Maisarah dengan wajah hairan.

"Kenapa?" Soal Najwa polos

"Kau menangis tu. Janganlah menangis aku tahu kau sayang sangat dengan kakak ipar tak jadi kau tu tapi janganlah nangis sampai macam itu sekali" pujuk Maisarah sambil dia hulurkan tisu kepada Najwa.

Dengan pantas Najwa menyetuh pipi yang basah. Aku menangis? Tapi kenapa? Takkan sebab ingatkan Hans? Soal Najwa kepada diri sendiri. Najwa menyambut huluran tisu daripada Maisarah lalu dia lap air mata yang berjujuran keluar.

"Esok kau nak jumpa dia ke?" Soal Maisarah

"Tak boleh esokkan aku kena lapor diri" hanya anggukan kepala Maisarah sahaja yang menjadi jawapan.

"Abang kau macam mana?" Soal Maisarah lagi.

"Entah pandai-pandailah dah tua dah pun takkan itu puna ku nak kena fikir. Pandai buat pandailah tanggung. Bukan aku tak pernah nasihat fasal Natra tu, sudah berbuih mulut aku cakap tapi kau tengok. Last-last ini penyudahnya sama macam kes kak Sarah dulu" luah isi hati Najwa geram dengan perangai abangnya yang tidak pernah ambil serius apa yang dia pesan dan ingatkan. Jauh disudut hati kecilnya dia berharap yang Hans tidak ikut jejak langkah Abangnya.

"HANS! kau ada jumpa dengan akak kau tak?" Terjah Zaid Najwan yang tiba-tiba muncul dalam pejabatnya.

"Tak bang, dia masih belum contact saya lagi" jawab Hans hampa. Zaid Najwan yang dengar jawapan yang dia tidak mahu dengar akhirnya mengeluh hampa. Sudah beberapa hari dia mencari Laura Alaika tetapi tidak juga dia temui.

Laura awak kemana? Sudah puas saya cari awak sayang omelnya sendiri.

Hans yang melihat kegusaran diwajah Zaid Najwan juga turut sama gusar tapi Hans terlebih gusar kerana dua wanita telah hilang dari pandangan matanya. Wanita pertama mestilah sepupunya yang dia sayangi. Wanita kedua sudah pasti Najwa peneman setia dia dari mula sampai Malaysia sehinggalah hari peristiwa hitam itu.

"Abang" panggil Hans memecahkan kesunyian yang jadi peneman mereka sedari tadi.

"Hmmm" gumam Zaid Najwan. Otaknya sekarang ini tengah serabut memikirkan kehilangan cik tunang tanpa jejak.

"Maaf saya nak tanya" agak ragu-ragu untuk Hans utarakan soalan yang dari kes dia dapat surat itu lagi.

"Tanya apa?" Tidak sabar Zaid Najwan ingin tahu apa yang berat sangat Hans nak beritahu.

"Najwa tak cakap dia kemana?" Senyap. Lama Zaid Najwan dalam keadaan begitu. Ini satu lagi masalah. Dia sendiri tidak tahu kemana adiknya menghilang sama seperti Laura Alaika. Tiba-tiba kepalanya rasa sakit memikirkan misteri hilangnya orang yang dia sayang.

Gelengan kepala menjadi jawapan kepada soalan Hans tadi. Kini Hans menjadi semakin hampa. Tanpa mereka sedari mereka telah lepaskan keluhan berat bersama.

"Tak apalah Hans, abang pergi dulu assalamualaikum" pamit Zaid Najwan lalu bangun dari duduk dan mengatur langkah menuju kearah pintu pejabat Hans.

"Waalaikumusalam" jawab Hans dan dia hanya perhati susuk tubuh itu sehingga hilang disebalik pintu.

Selepas Hans pasti yang Zaid Najwan telah hilang dari pandagan dengan pantas laci meja kerjanya dibuka kemudian sebuah kotak yang menyimpan rantai dan satu surat dia ambil. Surat itu dibuka lalu dia baca.

Kehadapan Hans.


Warkah ini ditulis untuk meleraikan salah faham antara kita. Saya pergi bukan kerana kecewa tetapi saya pergi hanya untuk memunuhi permintaan awak Hans. Kemana saya pergi usahlah awak ambil tahu kerana antara kita tidak ada apa-apa untuk awak risaukan.

Hans, saya sebagai orang yang mengenali Natra sudah lama. Saya cuma mahu nasihatkan awak supaya janganlah jatuh cinta dengan dia. Natra seorang perempuan yang licik Hans. Pendek kata jangan pernah jatuh dalam perangkap cinta Natra. Dengan orang lain saya tidak kisah Hans tapi tidak dengan Natra.

Akhir kata dari saya, saya harap awak Hans akan jumpa orang yang dapat bahagiakan awak, fahami awak dan yang paling penting tidak buat awak rasa rimas bila dia ada disisi. Selamat tinggal Hans, semoga kita tidak berjumpa lagi.

Salam dari saya
Najwa.

Air mata lelaki yang ditahan akhirnya jatuh kepipi. Entah kenapa setiap kali dia baca surat dari Najwa pasti akan ditemani air mata. Hans menyeka air mata dipipi lalu surat itu dilipat kembali dan dia simpan dengan elok. Hanya itu sahaja lenangan atau peninggalan daripada gadis itu.

Kotak rantai diatas meja dia buka kemudian rantai rama-rama yang bertakhtakan berlian berwarna biru dan dipagar dengan berlian putih sebagai rangka rama-rama dia ambil. Lama dia tilik rantai itu. Fikiran terbang teringatkan gadis cantik yang bertutup litup itu.

Satu persatu kenangan mereka terbang bagaikan seperti melihat wayang. Kenangan dia dan Najwa mendaki gunung diganti pula dengan kenangan mereka pergi Zoo dan bertukar kepada kenangan kenangan mereka pergi jalan-jalan ke sebuah taman. Dan satu kenangan yang buatkan Hans tersenyum manis iaitu kenangan ketika mereka pertama kali berjumpa di airport.

Sangat manis kenangan itu. Dengan gelagat Najwa yang kelam kabut, pipi yang merah akibat malu dan.

"Kacang?" Tiba-tiba terngiang-ngiang suara Najwa yang menawarkan kacang kepadanya. Terus semakin mekar senyuman Hans.

"You're my peanut!" Ujar Hans sendiri lalu dia letak kembali rantai rama-rama itu kedalam kotak kemudia dia simpan kedalam laci meja kerjanya dan laci itu dikunci.

Kunci yang telah dipasang dengan keychain kacang hadiah pemberian Najwa kepadanya. Dia telah nekad akan mencari kembali Najwa yang hilang.

BERSAMBUNG.........................

Almost there (. ❛ ᴗ ❛.)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience